BAB 12

49 7 3
                                    

MEJA makan beradab dihadapan mereka itu direnung lama oleh Elnaura. Cantiknya! Hiasan bunga segar serta lilin diatas meja itu menceriakan lagi suasana. Hari ini, majlis mereka diteruskan di rumah keluarga belah pengantin lelaki pula.

Majlis menyambut menantu.

Kalau sambut betul betul macam tak dapat sebab Elnaura ni badan je kecik tapi berat macam anak gajah.

Matanya kemudian menjeling ke sekeliling mereka. Kebanyakan tetamu sedang sibuk menjamu selera di meja masing-masing. Ada jugalah seorang dua yang memandang ke arah mereka.

Rasa.. malu lah pula.

"Kenapa tak makan-makan lagi ni? Kan lapar pula nanti..." Tegur Thaqif sambil dia menyendukkan lauk ke pinggan si isteri. Pandangannya jatuh pada tangan Elnaura yang hanya sekadar memegang sudu, akan tetapi masih belum menyentuh apa-apa makanan di dalam pinggan tersebut.

"Saya nak makanlah ni. Ish sibuk je." Elnaura mencebik sedikit. Pinggannya ditarik mendekat.

Thaqif tersenyum kecil. Dia tahu bahawa isterinya masih lagi segan. Aih tahu pula malu kan? Sebelum kahwin dulu kemain tunjuk terpaling gengster.

"Pandang apa lagi, sayang?" Tanya Thaqif dengan nada yang lembut. Tatapannya tidak lepas dari tertancap pada wajah cantik isterinya.

"Ramai juga eh saudara mara kau.."

"Eipp panggil abang apa tadi?"

"Err.. okey fine. Sorry, tersasul sikit." Elnaura mengetap gigi. Dia tahu salah dia. Sepatutnya dia cuba untuk membiasakan diri.

Kau dah jadi isteri orang, Elnaura!

"Maaf diterima only and only if kalau sayang suap abang." Thaqif tersenyum mengusik. Mulutnya dibuka kecil, menunggu suapan dari isterinya.

Elnaura menjeling tajam. Bahu lelaki itu dia tolak ke depan. "Jangan nak mengada sangat boleh ke? Pukul kang?"

"Uish nak pukul abang depan semua tetamu ke?" Thaqif mengusik lagi.

"Abanggg!" Elnaura berpeluk tubuh. Tak habis-habis nak usik dia. Ish dia ni.

Thaqif tertawa kecil melihat si isteri yang sudah merajuk itu. Segera dia meraih tangan Elnaura lalu dia usap perlahan. "Dah, jangan merajuk. I am sorry okay?"

"Maaf diterima only and only if abang suap Naura." Taktik tadi dikembalikan semula kearah si suami. Hah padan muka.

"Boleh aje. Buka mulut, aaaa.." Sudu yang sudah dia kaut sedikit nasi itu dia halakan ke mulut Elnaura yang masih lagi tertutup.

"Abang ni!!!" Elnaura menjerit, wajahnya jelas terpampang sedikit bengang. Lagi sekali dia usik eh.

"Aik, tadi dia yang suruh..." Sengaja Thaqif menyakatnya kembali. Saat wajah isterinya berubah kemerahan menahan rasa malu, Thaqif menghamburkan gelak tawanya. Senak perut setiap kali menyakat isteri dia ni.

"Awak ni saja je kan.."

"Saja apa eh? Abang tak fahamlah."

"Dahlah. Malas!" Elnaura menjulingkan matanya keatas. Pinggan ditarik mendekatinya lalu dia lahap sendiri hidangan tersebut.

"Senyum-senyum pulak kau bujang.." bahu Izz Amar ditepuk seseorang dari belakang. Sedar tak sedar, dia tak sedar yang sudah lama dia melemparkan pandangan kearah pasangan pengantin itu.

Senyuman lelaki itu serta merta mati. Amar tersentak kecil, kepala ditoleh memandang orang yang menepuk bahunya itu. Kemudian dia lemparkan pandangan menyampah kearahnya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 3 days ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Her Captain [OG]Where stories live. Discover now