- Keluarga Encik Muhammad Qashid Mifzan
1) Puan Dheeya Aneesa
2) Nur Qisya Makayla ( anak sulung )
3) Nur Qistina Makayla ( anak kedua )
4) Danish Anshar ( anak ketiga )
5) Dani Aniq ( anak ke empat )- Keluarga Encik Hamzah Rasyad
1) Puan Ummu Zulaikha
2) Muhammad Asyraf Rayyan ( anak sulung )
3) Hazwan Rasydan ( anak kedua )
4) Umairah Zahirah ( anak ketiga )Qisya dan keluarganya terpaksa berpindah ke halaman kampung nya. Kerana ayahnya yang sudah bersara dari tentera. Berat hati hati dia ingin meninggalkan tempat itu kerana terlalu banyak kenangan bersama cinta pertamanya walaupun di taman permainan sahaja.
Dia mengenali lelaki itu tidak lah lama. Hanya 3 tahun sahaja. Itupun mereka tak sempat untuk mengenali sikap masing-masing dan lebih rapat lagi seperti kawannya yang lain.
Dan lelaki itu berpindah di Kuala Lumpur kerana ayahnya perlu bekerja di sana. Qisya termenung di cermin tingkap kereta memikirkan apa yang dia perlu buat.
Dia mengenang semula kenangan lamanya bersama lelaki itu, Muhammad Asyraf Rayyan.
Qisya dan keluarganya baru sahaja berpindah di Kuarters Tentera Udara Diraja Malaysia diIpoh Perak itu. Emaknya, Puan Dheeya menyuruh adik beradiknya keluar bermain atau mencari kawan baharu pada waktu petang.
Qisya seorang yang pemalu. Dia malu untuk bertegur orang-orang di situ. Waktu itu, Qisya berumur 12 tahun. Dia turun dari rumah flat nya itu dan menuju ke taman permainan.
Dia ternampak ada beberapa orang lelaki yang sedang bermain bola sepak di situ. Lelaki biasalah di mana-mana saja pun mereka boleh bermain.
Nama pun budak nakal. Tapi tak senakal Qisya dahulu. Mana tak nakal nya, mandi pun panjat bola lepas itu terjatuh akhirnya menyesal disebabkan kepalanya terkena pada bucu dinding tandas.
Kepalanya pun berdarah. Doktor mengesahkan dia perlu berjahit di kepala sebanyak 4 jahitan sahaja. Sungguh kelakar apabila mengingatinya semula.
Qisya terdiri di suatu kedudukan kerana dia takut bola terkena pada kepalanya. Ada pula seorang perempuan yang tidak dikenalinya menarik tangannya untuk bermain sekali dengannya.
" Hai! Nama saya Nur Nafeesa Aiman. Awak boleh panggil saya Nafeesa saja. ". Dia bersalaman dengan Qisya sebagai tanda awal perkenalan.
" Hai! Saya Nur Qisya Makayla, panggil saya Qisya ". Qisya membalas salaman itu tanda dia terima menjadi kawan kepada Nafeesa.
" Awak nak main dengan saya tak? ". Soal Nafeesa, wajahnya ceria apabila mempunyai kawan baharu.
Sejak dia berada kuarters itu, Nafeesa tidak ada seorang pun yang mahu berkawan dengannya.
" Nak main apa? " . Tanya Qisya seakan tidak sabar mahu bermain bersama.
" Kita main jongkang-jongkit ni tapi kita diri je. Siapa jatuh dia kalah ". Sambung Nafeesa
" Oh boleh boleh, jom lah! ". Qisya terus naik ke atas jongkang-jongkit itu.
Mereka bergelak ketawa dan mengimbangkan badan supaya tidak jatuh. Lalu Nafeesa terjatuh dari jongkang-jongkit itu.
" Haaa kalah dah! Nak main lagi ke? ". Qisya menyoal kepada Nafeesa kerana dia rasa bersalah. Dah lah baru kenal, dah kalah pula tu. Risau gaduh je nanti.
" Jom lah main lagi ". Nafeesa mengajak Qisya bermain lagi lalu dia terus naik semula ke jongkang-jongkit itu dan mengimbangkan badannya supaya tidak terjatuh lagi.
Nafeesa terjatuh lagi dan kalah buat kali kedua. Dia mengalah kerana sudah terlalu penat untuk bermain.
" Dah lah tu, penat lah. Kita berehat sekejap "
YOU ARE READING
Dia, Cinta Matiku.
Random# cerita ni mungkin tak banyak yang sedih, tapi saya cuba untuk ada part kesedihan tu. minta maaf awal awal takit cerita ni bosan. selamat membaca!