- Bab 6 -

7 0 0
                                    

Semua menjeling ke arah Qisya. Geli mendengarnya. Err!

" Kau memang cantik pun "  Bisik hati Asyraf

" Ha Acap cakap aku cantik. Korang ni dengki je sebenarnya "

" Aik macam mana dia tahu? Dia boleh baca fikiran aku ke? Adu parah ni "

" Acap, kau termenung apa? Tak order apa-apa ke? Qisya belanja ni. Rugi kau tak order "

" Tak apa lah, aku bungkus je tak makan sini. Banyak lagi barang aku nak kemas " Tergagap-gagap bercakap. Lama dia menung Qisya

" Lah pula dah, okay lah "

" Asal kau pindah sini " Qisya bersuara pula

" Sebab saya rindu awak eh sebab boss saya suruh kerja sini " Dia menepuk bibirnya dan memarahi diri sendiri

" Ish mulut apa pasal kau ni? Tadi gagap lepas tu terlepas pula "

Bungkusan makanan yang telah dipesan tadi sudah pun siap. Asyraf pun terus membayar makanan itu.

Dia meminta izin untuk mengundur diri kerana dia mahu pulang ke rumah

Sesampai saja di rumah, dia terus membebel seorang diri

" Kau ni kenapa Acap? Kenapa cakap macam tu, Ya Allah. Malu aku. Jatuh maruah lelaki "

" Lelaki kena jual mahal. Eh jual mahal apa? Dia bukan kenal aku pun. Tengok cara dia borak pun dah lain "

" Tak mungkin lah dia kenal aku. Tapi kenapa dia tak cam muka aku eh? Ke aku ni handsome sangat? "

" Lain sangat ke muka aku? Dulu aku macam mana? Handsome ke? Eh apa aku merepek ni. Dari aku berangan, baik aku kemas barang. Esok nak kerja dah "

Dah puas dia membebel, dia menjamu selera terlebih dahulu, lapar katanya. Dah menari-nari dah ni.

Tinggal nak buat konsert je. Dah kenyang sangat perut tu, dia berbaring di atas lantai

" Baring kejap lah. Senak perut ku. Mata macam mengantuk je ni. Tidur dulu kejap lah. Nanti aku kemas "

Akhirnya dia tertidur kerana terlalu kekenyangan. Niat saja lah ingin mengemas ke semua barang itu, dah kenyang ngantuk pula lepas tu tertidur.

Hari-hari dia begini, gemuk pula dia nanti. Risau kena reject je dengan cinta pertama dia.

Keesokan paginya, Asyraf terjaga dari tidur nya. Dia terkejut lalu dia cepat-cepat bangun.

" Eh aku dekat mana ni? Rumah siapa aku duduk ni? Aku kena culik ke? Woi tolong! Eh rumah aku lah kan? Tapi kenapa rumah bersepah ni? Ya Allah, nyanyuk dah aku ni "

Dia menepuk-nepuk dahinya. Lalu dia terus bangun bersiap-siap untuk pergi ke tempat kerja barunya itu.

Bukan main lagi dia bersiap, padahal hanya kerja kedai makan sahaja

Yelah, perniagaan majikannya bukan lah satu sahaja malah banyak cawangan di tempat lain.

Lepas itu, pekerja di situ pula tidak cukup jadi terpaksa lah menghantar Asyraf ke situ.

Dia terpaksa berjauhan dengan keluarganya demi mencari rezeki yang halal.

Sesampai sahaja di kedai makan tersebut, Asyraf membuka telefon bimbit nya untuk melihat lokasi yang diberikan oleh majikannya,

Dia menanyakan majikannya kenapa dia perlu pergi ke sini.

" Kenapa saya kena kerja dekat kedai makan? Bukan pejabat? "

" Maaf Asyraf, saya lupa nak bagitahu awak awal-awal. Seperti yang saya maklumkan, awak perlu bekerja di situ atas sebab tertentu "

" Tapi boss "

Tidak sempat dia mahu menyambung percakapannya itu, Encik Azim sudah pun meletakkan panggilan itu terlebih dahulu.

Sudah lah dia tak ada pengalaman bekerja di sini. Bukankah dia perlu ada sijil pengendalian makanan?

Tapi dia masih belum buat sijil itu.

" Nampaknya aku kena buat sijil lah ni. Aku tak tahu apa-apa ni. Alahai redha jelah Acap "

Dia pun keluar dari kereta Honda FD miliknya yang berwarna kelabu itu lalu dia masuk di kedai makan.

Semua pekerja di situ memandangnya kelihatan pelik. Dia terpinga-pinga apa yang patut dia lakukan.

" Dah kenapa semua pandang-pandang aku ni. Macam tak pernah nampak manusia je "

" Hai! Saya Muhammad Asyraf Rayyan, panggil Acap je. Saya pekerja baru dan dihantar ke sini. Kalau ada apa-apa yang perlu saya belajar, ajarkanlah saya "

" Nama bukan main panjang, panggil Acap je? " Tegur salah seorang pekerja yang berdiri tegak seperti henda menyanyi lagu Negeraku.

Asyraf menggaru kepalanya yang tidak

" Saya sebagai apa ye dekat sini? "

" Awak ambil order untuk customer. Lepas tu hantar makanan dan minuman customer. Yang lain biar mereka semua ni uruskan " Jawab pekerja itu tadi

" Hai korang! Selamat petang! Kenapa ramai-ramai ni? Ada tahlil ke? " Ada pula seorang perempuan yang menegur dari depan kedai mungkin dia baru sampai ke tempat itu

" Lah kau lagi Acap? Apa kau buat dekat sini? "

" Qisya, apa awak buat dekat sini? Saya datang sini sebab nak kerja. Boss hantar saya dekat sini "

" Aku selaku manager dekat sini. Tapi boss tak cakap pula kau kerja dekat sini? Sabar, aku call dia kejap "

Lalu Qisya pun mengambil telefon bimbit di dalam beg selimpangnya itu dan membuat panggilan dengan majikannya.

" Hello bosskur! Kenapa tak bagitahu kitaorang pun pasal ni? "

" Noh dia panggil aku macam tu je? Tahu lah aku kawan kau, sini tempat kerja woi! "

" Ala jangan lah marah. Aku dah terbiasa "

" Kau ingat aku kawan kau? Aku lupa lah nak bagitahu kau. Kau kenal dia kan? Betul tak muka dia yang kau tunjuk tu? Kau kata nak jumpa dia lepas 10 tahun, betul? "

" Macam mana kau tahu itu dia? "

" Kau lupa ke Qisya Makayla? Kau yang bagitahu aku pasal dia, sekarang kau lupa pula? Kau yang tunjuk gambar dia dekat aku, takkan lah aku nak tipu. Semalam aku tengok kau buat tak tahu je. Aku perhati je dia termenung muka kau. Bukan aku tak nampak "

" Ini dah melebih tau Azim. Nasib baik kau dekat Penang. Kalau tak, aku dah sekeh muka kau tu. Malu lah aku gila! "

" Apa nak malu? Benda betul kan? Aiman dengan Aman pun nampak, bukan aku seorang je "

" Ya Allah 3 ekor ni! Tunggu! Korang kena nanti dengan aku! "

Qisya pun meletak kan panggilan itu dan menghembus nafas lega kerana kegeraman dengan kerenah 3 lelaki itu.

" Hah Acap betul lah tu Azim cakap, eh boss. Lupa pula hehehe. Yang lain sambung buat kerja. Acap sini ikut aku pergi stor. Aku ajar macam mana nak kira stok "

Lalu Asyraf pun mengikuti Qisya pergi ke stor. Asyraf pula seperti biasa, dia akan merenung Qisya berlama-lamaan.

Mungkin dia mahu ingat semula segala kenangan-kenangan mereka bersama?

Qisya perasan yang Asyraf menung wajahnya dari tadi sejak mereka sampai di stor itu.

Sebenarnya Asyraf terkejut dan terpegun kerana kulit Qisya licin tidak seperti dahulu, segar saja mukanya.

Berbeza sangat dengan dahulu. Waktu zaman persekolahan, Qisya telah diejek dan dihina oleh rakan sekelasnya kerana Qisya tidak cantik.

Tetapi Asyraf sikit pun tidak kisah seperti apa wajah cinta pertamanya dia tetap menerima kekurangannya.

Dia, Cinta Matiku.Where stories live. Discover now