- Bab 21 -

12 0 0
                                    

" Encik, saya merayu. Saya dah minta maaf kan? Saya cuma terlanggar badan encik saja "

" Saya tak sengaja. Saya perlu cepat sebab customer ramai hari ni. Saya minta encik faham lah keadaan kami "

"Kalau encik nak saya bayar kan, saya tak kisah. Bagitahu je berapa saya perlu bayar. Tapi saya minta satu je "

" Jangan libat kan boss saya. Saya tak kisah jika saya diberhentikan. Tapi saya taknak besarkan masalah ni " Merayu-rayu Qisya pada pelanggan itu

Lembut tutur kata Qisya Makayla. Dia hanya mampu bersabar kerana ingin menjaga air muka pelanggan itu

Malu pula jika dia menjerit-jerit disebabkan hal kecil. Nanti makin besar pula masalah ini. Sampai bila-bila pun tak akan selesai

" Okay baik. Aku lepaskan kau. Kau tak perlu bayar pun berapa harga baju aku ni. Tapi kalau aku nampak muka kau ni depan aku, memang aku kerja kan kau. Faham?! " Pelanggan lelaki itu pun menurukan ego nya secara perlahan-lahan

Semua pelanggan yang berkumpul di kawasan situ pun bersurai. Ada sesetengah merekodkan kejadian itu

Akan tetapi Qisya tidak kisah jika wajah nya terpampang di mana mana laman media. Bukan nya dia berbuat salah apa-apa pun

Qisya mengutip semula ke semua cawan-cawan dan dulang yang bertaburan di lantai itu. Sementara itu, Asyraf pula menolongi Qisya dengan mengemop di lantai itu supaya tidak melekit

Selepas Qisya mengutip, dia menuju ke pelanggan yang sepatutnya minuman itu dihantar untuk mengakui bahawa itu adalah salahnya atas kecuaian

" Saya minta maaf puan. Saya tak sengaja tumpahkan air-air ini. Saya salah. Saya terlalu cuai sampai tak jaga hati . Pelanggan sendiri " Dia menunduk kan kepala nya dan memandang lantai. Ia benar-benar merasa bersalah atas kejadian itu

" Tak apa dik. Saya maafkan. Nanti saya bayarkan ganti rugi ya? Adik pergi lah buat air yang baru untuk kami. Kami boleh tunggu. Jangan risau, kami tak kecil hati mahupun marah pada awak pun " Balas pelanggan perempuan muda itu dengan mengukir satu senyuman yang manis

Qisya pun berlalu pergi dari meja makan itu untuk menghantar cawan-cawan yang tertumpah tadi itu ke dapur dan dia terus membuat air yang baru yang dipesan oleh pelanggan tadi

Setelah selesai Asyraf mengemop dan membersihkan lantai, dia bergegas pergi ke dapur mendekati serta melihat keadaan isterinya, Qisya Makayla

" Cutie, kau okay? " Soal Asyraf tatkala tangannya menarik lengan baju Qisya

" Okay " Jawab Qisya secara mendatar. Dalam hati dia ingin menangis tetapi disebabkan dia berada ditempat kerja, dia harus paksakan hatinya supaya tampak kelihatan kuat

" Aku tahu kau tengah tak okay. Habis kerja nanti kita spendtime okay? Balik dengan aku tau " Ujar Asyraf dengan nada yang lembut supaya hati isterinya lebih tenang apabila mendengar suaranya

Asyraf pun berpamit pergi dari tempat membuat air itu untuk menyambung semula kerja-kerjanya yang tertunda akibat terkejut dengan suatu insiden tadi mengenai isterinya, Qisya Makayla

Keadaan suasana yang meriah itu sudahpun kembali seperti sedia kala dan semakin reda. Masin-masing mengemas apa yang patut sebelum mereka menutupi kedai itu

Qisya Makayla menyapu sampah di luar dan di dalam kedai beserta mop lantai. Sebelum dia menyapu sampah itu dia akan mengangkat kerusi dan meletakkan ke atas meja terlebih dahulu supaya senang dia ingin melakukan sesuatu kerja dan sentiasa tampak bersih

Afiq pula selaku pembuat air yang terkenal di kedai makan di Seremban itu membasuh ke semua cawan-cawan yang kotor yang telah digunakan oleh pelanggan-pelanggan tadi

Selepas itu, dia menyusun cawan-cawan itu di tempat di sedia kala supaya tampak tersusun dan tidak lah terlalu serabut

Badri sebagai pembantu tukang masak membasuh pinggan-pinggan yang telah digunakan oleh pelanggan-pelanggan dan tukang masak. Lalu dia menyusun ke rak-rak pinggan

Asyraf Rayyan pula menolong isterinya, Qisya Makayla menurunkan semula ke semua kerusi-kerusi itu dan memasukkan ke bawah meja makan

Selepas itu, dia pergi ke dapur untuk mengambil kain basah dan penyembur pewangi dan dia kembali semula dari luar ke dalam kedai setelah dia mengelap meja-meja makan supaya meja makan itu tidak melekit

Kak Deeba pula selaku tukang masak yang paling sedap sekali. Bukan sahaja pelanggan menyukainya, malah pekerja-pekerja di situ turut jatuh cinta dengan masak beliau

Kak Deeba tidak pernah penat pun melayani kerenah apa yang diminta oleh semua orang pun kerana dia memasak itu dengan penuh kasih sayang

Kak Deeba tergelak kecil apabila teringatkan permintaan daging ' Black Pepper ' daripada Qisya Makayla

Qisya Makayla masuk ke tempat kerja dengan wajah yang masam. Entah tak ada ribut, tak ada petir tiba-tiba mahu emosi tak tentu pasal

Dengan semua orang dia mahu memarahinya. Mungkin bendera merah?

Selepas  itu, Qisya masuk ke kedai menuju ke tempat duduk dengan membuat wajah yang masam mencuka

" Kau kenapa ni? Muka masam je. Kau bendera merah ke? " Soal Asyraf yang sedang berasa seram sejuk terhadap isterinya itu sambil mengusap bulu roma di tangan kiri dan kanan yang sedang menaik itu

Qisya tetap diam dan tidak menjawab pun soalan Asyraf malah dia makin memuncungkan bibirnya

" Kamu kenapa ni cutie? Aku ada buat salah apa? Atau kau nak apa-apa tak? Aku boleh suruhkan Kak Deeba masakkan untuk kau " Ucap Asyraf dengan nada yang lembut

Qisya menggelengkan kepalanya

" Kalau kau taknak apa-apa, kenapa muka kau monyok semacam je ni? Tak cantik dan tak comel tahu tak?! "

Qisya menutup mukanya menggunakan kedua-dua belah tapak tangan . Air matanya mula membasahi pipi. Dia menangis macam budak kecil kena cubit. Teresak-esak dibuatnya

Cepat-cepat Asyraf memujuk isterinya tatkaa terdengar suara esakan menangis yang semakin kuat

" Eh Qisya! Sayang! Cutie! Kau kenapa ni? Jangan buat aku risau lah! " Bersusah payah Asyraf menarik kedua tangan Qisya untuk melihat wajah cantik cinta hatinya itu

Kak Deeba terburu-buru keluar dari dapur menuju ke hadapan untuk melihat apa yang telah terjadi. Dia berjalan mendekati Qisya sambil bercekak pinggang

" Hm "

" Aku craving "

" Craving apa Qisya? " Laju Asyraf menyoal Qisya dengan gelabah

" Aku nak makan daging ' Black Pepper " Perlahan-lahan Qisya bersuara memberitahu apa yang dia mahukan itu

" Allahuakbar! Sakit jantung aku tahu tak?! Aku risau lah kau tiba-tiba nangis ni. Kau jarang nak menangis macam ni "

" Sorry lah hm. Kalau aku tak dapat memang nangis macam ni "

" Alahai. Manja nya isteri Acap ni " Rajin betul Asyraf melayani kemanjaan Qisya

Kak Deeba hanya mampu tergelak kecil sahaja melihat kerenah dan gelagat Qisya Makayla itu

Selepas selesai semua berkemas, mereka semua bergegas pulang ke rumah masing-masing untuk berehat setelah kepenatan terlalu banyak kerja yang perlu dilakukan pada hari ini

Sewaktu dalan perjalanan pulang ke rumah, Qisya termenung melihat pemandangan luar ditepi tingkap kereta 

Dia mengingat kembali kejadian yang menimpa dirinya pada siang hari setelah itu dia menarik nafas panjang-panjang supaya dia kembali tenang dan sabar




Dia, Cinta Matiku.Where stories live. Discover now