" Umi ni betul ke suka dekat Qisya tu? Tiba-tiba je suruh dia datang sini? "
" Kamu ingat umi suka ke? Umi tak kenal dia. Dia orang mana pun umi tak tahu. Keturunan dia entah macam mana. Dia memang cantik bagi umi. Tapi umi nak tengok jenis keturunan dia "
" Keturunan macam mana lagi umi nak tengok? Umi nak tengok kekayaan dia ke? Dia dah cukup sempurna bagi Acap dah umi "
" Itu bagi Acap. Bagi umi? Kamu boleh kahwin dengan dia, tapi dengan syarat umi tak akan restu perkahwinan kamu berdua. Faham! "
Asyraf menarik nafas dalam-dalam. Puan Ummu pun sudah menyiapkan minuman dan makanan serta membawanya ke ruang tamu
" Apa lagi aku nak buat? Umi nak kahwin ke aku yang nak kahwin? Umi nak sangat dengan anak kawan dia tu boleh lah cakap. Aku ni bukan cintakan dia pun. Muka dengan nama pun tak pernah nampak. Huh! " Mengeluh saja si Asyraf ini
" Apa nak jadi, jadi lah. Asalkan Qisya tu jadi isteri aku. Kalau dia tak ada, aku tak sekuat sampai sekarang ni. Stay strong for myself! "
Qisya melihat pemandangan di ruang rumah yang besar itu. Cantik! Kalah rumah dia. Dia ternampak gambar frame keluarga mereka di atas rak yang berdekatan di kawasan itu
" Comel nya Acap masa kecil! Sekarang makin handsome! "
Gambar Asyraf masa kecil menarik minat hatinya. Dia teringat akan kenangan mereka bersama di taman permainanpada zaman sekolah dahulu
Dia mengambil gambar Asyraf itu lalu dia mengusap pada gambar itu. Dia memeluk erat gambar itu. Rindu.
Puan Ummu mencari di mana Qisya dan dia ternampak perempuan berdiri di suatu sudut
" Dah lah datang rumah orang, lepas tu tak tahu malu pula tu. Buat macam rumah sendiri " Rengek nya sendirian
" Hah Qisya buat apa tu berdiri dekat situ lama-lama? Duduk sini makan. Umi ada buat cekodok je ni. Hari ni rumah tak ada orang jadi umi tak masak apa-apa lagi. Asyraf pula keluar pagi tadi. Adik-adik pun pergi belajar dekat sekolah "
" Umi bukan dekat Penang ke? Rumah sana siapa yang jaga? "
" Umi saja balik sini sorang-sorang. Dah lama tak jenguk Asyraf ni. Sibuk sangat dengan kerja. Sampai balik Penang pun dah susah. Nasib lah umi memang cuti harini "
" Umi datang sini naik apa? Berani nya umi! " Sungguh teruja Qisya menanyakan soalan sebegitu
" Umi naik kereta je. Terminal dekat sana jauh sangat dengan rumah. Jadi tak ada siapa mahu jemput umi nanti. Susah lah "
Rancak mereka berborak tatkala saling bertatapan. Puan Ummu pula membuat senyuman palsu. Depan-depan sahaja dia berbaik dengan Qisya, tetapi dibelakang cukup tidak suka
Katanya ingin keturunan yang kaya-raya. Lihat sahaja Qisya seperti tidak berduit. Belum tahu latar belakang nya.
Lagi pun, rumah Asyraf banglo dua tingkat itu bukan lah atas nama dia. Tetapi hanya sewa sahaja. Asyraf memikirkan jika dia berkahwin nanti, dia akan duduk di rumah bakal isterinya. Sewa bulanan itu sudah lah mahal. Lebih baik dia berkongsi rumah dengan bakal isterinya nanti
Sesudah perjumpaan dengan Puan Ummu itu tadi, Asyraf mengajak Qisya pergi ke suatu tempat.
" Kita nak pergi mana ni? " Dia membuat muka cuak takut diculik
" Nak bawa kau lari kahwin dekat Thailand " Selamba saja Asyraf berkata begitu
" Woi! Aku nak balik lah! "
" Tahu takut. Aku nak bawa kau pergi suatu tempat. Mesti kau suka "
" Pergi mana pula? "
" Ikut jelah. Nanti kau tahu lah "
Sesampai sahaja di pantai Port Dickson, Qisya membuat wajah tidak berpuas hati. Buang tebiat agaknya si Asyraf ini tiba-tiba sahaja pergi di sini
" Kenapa bawa aku pergi sini? Lepas t u ada diaorang pula tu. Ada apa ramai-ramai ni "
" Diaorang ajak lepak. Kau tak tengok Whatsapp lah tu. Rancak sangat borak dengan umi aku "
" Cakap pasal umi kau. Betul ke dia restu hubungan kita ni? Macam tak percaya je dia suka aku. Dah lah baru kenal. Kalau dia tahu aku ada sakit mental macam mana? Mesti dia tak suka "
" Umi aku tak pernah borak mesra dengan perempuan dia tak kenal. Susah sangat dia nak bermesra. Kalau dia dah mula mesra macam tu, maknanya dia suka kau lah tu. Jangan lah risau pasal sakit kau. Aku tak akan bagitahu umi aku " Asyraf menafikan sebenarnya uminya cukup tidak suka dengan Qisya
" Kau kenapa tercegat je dekat situ? Macam nampak hantu je "
" Aku nervous semacam lah. Tak tahu kenapa '
" Kau jumpa diaorang je dah nervous kenapa "
Mereka pun berjalan menuju ke kawasan kawan-kawannya lepak. Suasana panas macam ni nak lepak apa nya. Dekat pantai pula tu. Seperti biasa lah, Asyraf kalau dah jumpa kawan-kawannya lupa dunia dah
" Kau pakai baju kurung ni mesti baru lepas jumpa bakal mak mertua kan? Ayu betul Qisya harini bercorak kan bunga-bunga pula tu "
Qisya tersipu malu mendengar pujian dari Yana itu
Qisya menikmati makanan yang sedap itu tiba-tiba sahaja Asyraf memanggil Qisya dengan suara yang lembut
Aiman, Azim, Rahman, Khairul, Naim, Yana dan lain-lain bertepuk tangan bersorak kerana ternampak Asyraf mengeluarkan cincin
" Wooo nasi minyak! " Sorak Aiman
" Qisya "
Sambil menghulurkan sebentuk cincin emas kepada Qisya
" Hari ini bersaksikan kawan-kawan kita, aku nak melamar kau. Sudikah kau menjadi isteri pertama dan terakhirku? "
Qisya mengambil cincin itu tanda dia menerima lamaran daripada Asyraf. Kedua pasangan mempelai itu pun turut gembira. Akhirnya mereka akan berkahwin juga
Tidak lama lagi Qisya dan Asyraf akan berkahwin secara besar-besaran. Puan Dheeya dan Encik Qashid tidak hadir ke majlis perkahwinan mereka
Qisya masih tertanya-tanya mengapakah ibu dan abahnya tidak hadir di hari gembiranya. Sudah lah tidak ada wali untuknya. Terpaksa lah Qisya berwali kan dengan wali hakim
Rumit betul masalah keluarga Qisya ini. Asyraf melihat Qisya kerisauan ke hulu ke hilir tidak reti duduk diam dari tadi
Walau bagaimana pun, majlis mereka tetap diteruskan seperti biasa. Lagipun tok kadi sudah menunggu lama. Ada pengantin lain yang perlu dinikahkan
Selesai sahaja majlis mereka itu, Qisya dan Asyraf bermalam di rumah banglo kediaman Asyraf terlebih dahulu kerana dia perlu membatalkan sewaan rumah itu secepat mungkin
Puan Ummu pula seperti biasa akan pura-pura suka dengan Qisya padahal tidak pernah suka pun. Apa lah dosa Qisya hingga orang tua itu tidak pernah suka akan kehadirannya
Qisya masuk ke bilik untuk membuat solat sunat Taubat seperti biasa dan mengambil wudhuk terlebih dahulu baru lah dia tidur
Selesai sahaja solat nya, sambil dia melipat telekung dan sejadah Asyraf mula masuk ke bilik itu. Dia tertanya-tanya solat apakah pada waktu malam begini
YOU ARE READING
Dia, Cinta Matiku.
Random# cerita ni mungkin tak banyak yang sedih, tapi saya cuba untuk ada part kesedihan tu. minta maaf awal awal takit cerita ni bosan. selamat membaca!