- Bab 8 -

3 0 0
                                    

" Bagi aku lah kan Qisya, kau solat sunat Istikharah je. Dengan solat tu mungkin kau akan dapat jawapan "

" Tapi kalau kau tak ada perasaan dan taknak kahwin dengan mamat tu, kau nak kahwin dengan siapa, Acap? " Dengan selamba je Azim menyakat

Mentang-mentang lah cinta pertama Qisya dah muncul balik. Pak ustaz ni dah bagi pendapat elok dah.

Ada yang balik rumah tidur luar nanti! Siap kau!

" Tak akan aku nak terima dia macam tu je? 10 tahun tau dia menghilang macam tu. Dah lah tak kenal sangat "

" Mesti akan ada masa nak kenal lagi rapat. Aku awkward lah nak borak dengan dia. Tunggu tu memang tunggu, kalau dia buat aku sakit lagi macam mana? "

" Macam ni jelah Qisya. Kau minta masa dekat dia. Aku rasa kau cuba je rapat dengan dia dulu dalam masa yang sama, kau cuba ambil masa yang dia bagi tu kau doa banyak-banyak supaya hati kau terbuka untuk terima dia " Aiman ni sejak bila pandai nasihatkan orang ni?

" Minggu depan aku dah nak tunang weh, macam mana ni? "

" Kalau macam tu apa kata kau terus terang je dengan ibu abah kau. Kau bagitahu yang kau dah jumpa bakal suami " Sambung Aiman lagi

" Aku rasa kau tangguhkan je dulu pertunangan tu. Kau cuba rapat dengan Acap lepastu bila dah kenal-kenal kau bawa dia jumpa ibu abah kau " Aman pula menyambung yang dari tadi hanya memerhati perbincangan mereka

" Idea kau dah okay dah tau Aman. Yang kena marahnya nanti aku. Tak apa lah aku cuba "

" Jangan takut Qisya. Benda yang kau takut nak lalui sekali lagi tu akan terjadi lagi. Kau cuma perlu redha je "

" Taknak kau kena terima dengan hati yang terbuka. Hari-hari kau luah rindu dia apa semua. Ini lah masanya untuk kau terima dia balik "

" Tak semestinya kau kena rapat dulu baru kahwin. Boleh je kalau kahwin dulu lepastu bercinta selepas nikah, kan indah macam tu? "

" Kalau jodoh kau bercinta dengan Acap lepas nikah apa salahnya? Aku taknak kau menyesal je Qisya. Sia-sia kau tunggu dia selama ni tapi kau tolak dia macam tu je "

Panjang berjela ye Azim memberi keterangan. Dan mereka pun terdiam seketika.

Qisya termenung di suatu tempat. Dia tertanya-tanya, betulkah dia sedang merindui Asyraf atau kenangannya sahaja?

Kebetulan pula, Asyraf membuat panggil Qisya untuk berjumpa dengannya pada waktu itu.

" Qisya, aku nak jumpa kau harini boleh? "

" Nak buat apa? "

" Aku nak cakap sesuatu dekat kau "

" Apa lagi Asyraf? Aku taknak dengar dah "

" Aku merayu Qisya, bagi aku peluang "

" Haih, yelah boleh. Dekat mana nak jumpa? Aku dekat luar ni "

" Kau dengan siapa? "

" Dengan bakal tunang aku " Qisya sengaja mengusik Asyraf sama ada dia cemburu atau tidak

Mengekek-ngekek dia bergelak ketawa mengenakan si Asyraf

" Oh yeke tak apa lah tak jadi. Nampaknya kau dah jadi hak milik orang. Aku taknak kacau. Sorry weh "

Qisya terus menamatkan panggilan itu kerana dia sudah tidak menahan ketawa.

" Kau dah kenapa Qisya? Macam orang gila aku tengok " Khairul menegur melihat dari tadi Qisya gelak berseorangan sambil memandang Qisya dengan penuh hairan.

" Entah, sejak bila kau ada tunang ni. Siapa pula tunang kau? " Sambung Azim

" Aku saja kacau Acap. Dia nak jumpa aku sekarang. Lepastu dia dapat tahu aku ada tunang terus tak jadi "

Dia berceritakan tentang kejadian tadi sambil gelak ketawa

" Allahuakbar! Kesian Acap tu woi! " Azim terkejut melihat kerenah Qisya . Di memarahinya sambil bercekak pinggang seperti bapak-bapak

" Adoi sakit lah perut aku gelak banyak sangat "

" Kau pujuk dia balik. Merajuk dah dia tu. Karang tak pasal-pasal dia tak cari kau langsung "

Qisya terus membuat panggilan Asyraf semula dan memujuknya dengan penuh kemanjaan

" Ye kenapa Qisya? Tunang kau marah nanti call-call aku ni "

" Aku mana ada tunang lah. Hahahaha adoi kelakar lah kau ni. Sakit perut aku "

" Aku tak buat lawak pun. Kau sengaja kan usik aku. Aku dah nak nangis tau tadi "

" Alahai cembeng lah kau ni. Itu pun nak nangis "

" Nangis lah. Rasa lambat tau nak pikat kau balik "

" Kau nak jumpa kan? Nanti aku bagi kau location. Datang cepat sikit "

" Tunggu aku, jangan pergi mana-mana "

Sampai esok pun tak habis boraknya lalu Qisya menamatkan panggilan itu

Sampai saja di tempat mereka sepatutnya berjumpa, Asyrah menampakkan cinta pertamanya dan terus memanggil dengan suara yang lembut.

" Qisya "

" Dio maghi doh sobat. Bau-bau nasi minyak " Aiman membuat bunyi siulan

" Ish kau ni, diam lah! Ketuk kepala kau kang " Marah Qisya lalu dia memukul lengan Aiman sekuat hati

" Aduh! Sakit lah. Tangan kecil, pukulan dia berbisa mat. Acap kau kahwin nanti, habis lah lebam-lebam Qisya buat kau "

" Tak apa demi Qisya tercinta " Asyraf mengenyitkan matanya ke arah Qisya

" Eh? Kau ada apa nak jumpa aku ni? "

" Aku nak jumpa kau sebab nak cakap pasal kahwin. Umi aku dah tanya dah bila nak ada calon "

" Kau cerita pasal aku ke? Malu lah aku. Stress lah hari-hari begini. Boleh botak aku ni "

" Sorry lah, aku takut kau kena rembat je. Aku takut aku lambat "

" Tapi Acap, hati aku dah mati. Aku tak ada rasa dah dekat lelaki. Aku takut nak terima kau. Jujur aku tak sembuh lagi kata-kata kau dulu. Kau cari lah orang lain. Aku tak layak, aku minta maaf weh "

" Tadi bukan main mengadu dekat kitaorang macam-macam sekarang hati mati pula " Azim sengaja membebel, dia menyampah melihat kerenah si Qisya ni

" Diam lah Azim " Dia menjeling matanya ke arah Azim

" Hati mati tu untuk orang yang tak ada Tuhan. Kau mati perasaan je. Bukan mati rasa " Sungguh benar kata-kata Azim itu

" Alamak! Yelah Azim yelah! Bagi aku masa boleh tak? Aku nak selesaikan masalah aku dulu. Kalau dah settle masalah aku tu, aku bagitahu apa keputusannya. Tapi kau kena redha lah dengan hati yang terbuka. Aku taknak tanggung perasaan kau "

" Baik Qisya. Aku sanggup tunggu. Tapi jangan lama-lama. Aku rindu "

Mereka berenam pun balik ke rumah masing-masing kerana sesi perjumpaan telah pun tamat.

Apa lah keputusan Qisya nanti ya?

Sesampai saja dirumah, Qisya terus pergi ke tandas untuk mencuci muka lalu dia buat solat sunat taubat.

Selepas itu, dia memakai produk penjagaan kulit mukanya. Patut lah cantik je berseri-seri air wudhuk dia sentiasa jaga tambah lagi produk macam-macam!

Pada hari seterusnya, Qisya memanggil Puan Dheeya dan Encik Qashid untuk duduk di ruang tamu kerana dia perlu memberitahu perkara yang sebenar.

" Kenapa Along panggil ibu abah ni? Macam ada benda penting je Along nak cakapkan "

Dia, Cinta Matiku.Where stories live. Discover now