- Bab 1 -

22 2 2
                                    

Sampai saja di kampung halaman, Qisya turun dari kereta dan mengangkat ke semua barang-barang masuk ke dalam rumah. Perjalanan mereka mengambil masa dalam 5 jam juga lah tambahan lagi sesak.

Mereka berpindah di situ pada bulan Disember. Qisya tidak mahu berfikir tentang Asyraf lagi buat masa ni. Dia hanya perlu fikir di mana dia nak mencari kerja. Baginya dia perlu melupakan Asyraf.

Dia hanya sibuk kan diri sehingga dia penat baring hanya untuk tidur sahaja. Dia malas mahu berfikir tentang bercinta. 

Orang cakap, cinta pertama ni susah nak melupakan. Memang betul tapi tak semua orang. Sesetengah boleh melupakan cinta pertamanya.

Tapi bagi Qisya, dia susah nak melupakan. Kerana dia baru saja menyayangi seseorang lelaki. Sekarang umur Qisya sudah pun masuk 19 tahun. Dia hanya perlu menjadi orang yang matang.

Tak perlu bermain main dalam dunia percintaan. Puan Dheeya telah menjumpai satu artikel dilaman Facebook miliknya dimana ada yang sedang mencari pekerja.

Dia terus memberitahu kepada anak sulungnya, Qisya. Qisya hanya bersetuju sahaja kerana dia memerlukan duit. Dia ingin membeli kereta idamannya, Honda FD.

Pekerjaan yang dia dapat itu ialah membuat biskut sampan. Tak pernah dengar kan? Sepatutnya biskut ini dipanggil " biskut bot ". Tetapi nama ini tidak sesuai pula.

Dia perlu pergi ke kerja pada pukul 8 pagi hingga 6 petang yang tidak jauh dari rumahnya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dia perlu pergi ke kerja pada pukul 8 pagi hingga 6 petang yang tidak jauh dari rumahnya. Perjalanannya ke sana dalam 20 minit sahaja.

Itu pun dia menyuruh Puan Dheeya yang menghantarkan kerana dia tidak mengambil lesen buat masa ini.

Dia tidak mampu untuk membayar lesen kerana gajinya sebelum ini tidak lah mahal. Jadi, dia perlu menyimpan sedikit demi sedikit.

Ramai juga memaksanya untuk mengambil lesen kereta, tapi dia hanya mampu diam. Ada juga yang menyuruh Puan Dheeya dan Encik Qashid membelanjai lesen untuk anaknya itu.

Dia tidak mahu menyusahkan kedua orang tua itu. Cukup lah dia sudah bersyukur kerana ada ibubapa yang sanggup menghantar anak ke tempat kerja.

Pada hari pertama bekerja pun dia sudah balik lambat. Kira-kira pukul 9 malam baru dia balik. Itu pun rezeki dia, majikannya sanggup menghantarnya ke rumah sejauh itu.

Nasib lah Puan Dheeya tidak mengambil lagi kerana Qisya sudah memberitahunya terlebih awal yang dia balik lewat sedikit.

Sudah sebulan pun berlalu dia bekerja di situ. Kawan kawan kerjanya mengajaknya ke Seremban untuk menonton wayang bersama-sama.

Mereka merancang pergi ke sana pada waktu tengah hari dengan menaiki bas. Sampai saja di Terminal Seremban, mereka mencari Grab untuk pergi ke suatu tempat di mana bangunan itu mempunyai wayang atau kedai jual-jualan.

Puas mereka mencari tempat wayang. Hampir sejam juga mereka cari. Mereka menjumpai wayang itu di tingkat atas lalu mereka pun naik ke atas menggunakan lif.

Mereka pergi ke kaunter untuk membeli tiket. Sementara menunggu cerita itu bermula, mereka duduk di suatu tempat untuk megambil gambar bersama menggunakan telefon bimbit Qisya.

Nasib lah Qisya jenis menyimpan ke semua gambar kawan-kawannya. Kalau tidak, dia padam sahaja dalam galeri itu. Buat penuh galeri je simpan banyak-banyak.

Habis tonton wayang, mereka keluar dari panggung wayang itu dan terus turun ke bawah untuk membeli barang-barang keperluan.

Tepat pada pukul 7, sudah pun masuk waktu Maghrib. Mereka perlu balik ke rumah. Mereka pergi Terminal Seremban semula dengan menaiki Grab.

Sampai saja di Terminal itu, Qisya mahu balik bas asing, bukan balik bersama-sama kawannya yang lain.

Kerana dia sudah terlalu penat dan takut jika Puan Dheeya memarahinya. Dia ternampak satu bas yang menuju ke rumahnya. 

Di dalam bas itu, tempat duduk yang paling depan ada seorang pakcik memandang mereka di luar bas itu dari atas sampai ke bawah.

Qisya hanya buat tak tahu sahaja. Dia terus menaiki bas itu tanpa berfikir apa-apa dan duduk di tempat belakang. Bas itu pula bertolak pada pukul 9 malam, selepas Isyak.

Pakcik itu mula memandangnya dari depan. Lalu dia bangun dari tempat duduknya terus pergi ke sebelah kedudukan  Qisya.

Pada muulanya, pakcik itu memberikannya makanan dan minuman sahaja. Qisya terima semua itu kerana dia menganggap itu satu rezeki dari Allah SWT.

Pakcik itu memulakan membuka topik pada Qisya. Bertanyakan tentang peribadi Qisya. Qisya hanya jujur saja jika dia tidak layan orang tua itu nanti dikatakan tidak hormat orang tua pula.

Dah lah tengah mengantuk ni, penat lagi. Ada pula pakcik ni ni kacau aku! Qisya mengomel diri sendiri

Tiba sahaja di bandar Kuala Pilah, pakcik itu memberikan Qisya sehelai duit RM50. Qisya memaksa pakcik itu supaya tidak memberikannya.

Kerana dia berfikir duit itu dia boleh beri kepada cucunya nanti. Pakcik itu tetap memaksa juga.

Dia menerima duit itu sebagai rezeki dari Allah SWT. Pakcik itu pun menyentuh tangan Qisya begitu saja.

Qisya terkejut. Dari mata dia yang mengantuk itu terus segar terbeliak biji matanya. Dia rasa macam kena pukau. Pada keesokan paginya, dia pergi ke kerja seperti biasa.

Kawan kerjanya pula memberitahu tentang pakcik itu kepada majikan mereka, Kak Lia.

" Kak, semalam kitaorang jumpa pakcik ni dalam bas. Dari luar dia tengok je. Lepas tu bau minyak wangi dia lain macam "

" Lepas tu apa jadi? ". Soal Kak Lia kepada Wani

" Qisya cakap pakcik tu bagi makanan apa semua. Duit pun dia bagi "

Waktu ini, Qisya hanya diam. Termenung teringatkan pakcik itu. Ha sudah kena pukau pula ke?

" Macam kena pukau je ni. Tengok lah tu, Qisya duduk diam je ". Kak Lia membuat riak wajah yang risau. Masing-masing memandang Qisya sekali gus

Qisya memandang mereka balik. Dia pelik kenapa semua tengok dia. Dia hanya tersengih.

" Nanti cari ustaz, pergi berubat " Arah Kak Lia

Wani dan Qisya bergegas mencari ustaz berubat dengan menaiki motor di kawasan sekolah rendah di situ.

Selesai sahaja mencari ustaz, mereka menyambung membuat kerja itu semula. Kerana ada banyak tempahan yang perlu disiapkan.

Tepat pada pukul 6 petang, mereka balik bersama-sama menghantar Qisya pulang ke rumah kerana mereka terlalu risaukan keselamatan Qisya.

Dalam perjalanan mereka pulang, ayah Qisya, Encik Qashid membuat panggilan kerana dia ingin bertanyakan tentang pakcik itu.

Lalu Qisya menjawab panggilan itu dengan jantung yang berdebar-debar.

" Along, semalam pakcik itu ada bagi apa-apa tak? " Soal Encik Qashid dengan suara bergegar

" Dia bagi makanan je "

" Selain tu, dia bagi apa lagi? "

" Dia bagi tu jelah " Tipu Qisya, sedangkan dia takut untuk memberitahu kepada Encik Qashid tentang pakcik itu memberikannya sekeping duit.

Sampai saja di taman perumahan Qisya, dia ternampak beberapa orang jiran yang berada di persisiran taman itu.

Dia ternampak pakcik semalam. Kata jiran-jiran di situ, pakcik itu sudah datang ke sini pada pukul 4 petang tadi.

Pakcik itu datang ke sini hanya nak mencari anaknya. Tetapi Qisya bukan lah anaknya. Encik Qashid sanggup menghalau orang tua itu demi keselamatan keluarganya.


Dia, Cinta Matiku.Where stories live. Discover now