Dia terlalu ikhlas mencintai wanita seperti Qisya Makayla sehinggakan dia sanggup menunggu 10 tahun mahupun lebih dari itu.
" Kau dah kenapa tenung aku? Nampak hantu ke? "
" Oh sorry. Awak tak kenal saya ke, Qisya? " Dia tersedar dari lamunannya.
" Ye kau Acap. Aku baru je kenal kau semalam dekat kedai makan tu kan? Apa tak kenal " Dia tergelak palsu
Sebenarnya dia kenal, tapi dia pura-pura saja tidak kenal. Dia harus jual mahal
" Ye bukan tu maksud saya "
" Ops! Guna aku kau je, tak selesa. Lagipun kita baru kenal hehe, okay sambung "
" Bukan tu maksud aku. Ini aku, Asyraf Rayyan. Kau tak ingat aku ke? "
Tergagap-gagap dia menggunakan panggilan itu kerana dia sudah terbiasa dengan panggilan ' awak ' dan ' saya '
" Aku ingat, kan aku dah cakap tadi. Berapa kali aku nak ulang? "
" Kita pernah bercinta beberapa hari, lepastu putus sebab aku minta. Kita kenal dekat taman, ingat tak? "
" Entah, aku lupa ingatan "
" Kau pernah lupa ingatan? Jadi kau tak ingat aku lah ni? "
" Aku ingat je kau Asyraf. Aku rindu kau sebenarnya. Tapi aku tak mengaku sebab aku takut. Kau pernah cakap macam-macam dekat aku dulu. Luka yang dulu tak sembuh lagi, inikan pula aku nak mengaku "
Luah hati Qisya. Jujur dia tak mampu nak mengaku pada Asyraf lagi. Bukan masa yang sesuai.
" Kalau saya tahu awak macam ni, saya tak payah ajak awak bercinta lah! Satu pun tak boleh nak simpan rahsia. Saya menyesal suka awak! Saya ingat awak ni baik, rupanya disebaliknya "
Qisya teringat akan kata-kata yang menyakitkan itu tadi. Ya betul, Asyraf Rayyan cinta pertama dia yang mengatakan seperti itu.
" Qisya, aku cakap dengan kau ni. Aku minta maaf sebab cakap macam tu. Aku menyesal, aku dah sedar dah "
" Perempuan lain yang aku kenal semua tak baik macam kau. Aku tak kenal kau lebih rapat dulu, Qisya "
" Aku sepatutnya faham keadaan masa tu. Kau anak yang baik. Kau dengar cakap mak kau "
" Aku je terlalu tergopoh sebab tak dapat cinta dari kau. Masa tu aku masih budak-budak lagi, tak matang "
" Aku minta maaf Qisya. Aku tak ada niat nak buat kau terluka. Aku dah lama tunggu kau. 10 tahun aku tunggu kau "
" Dari hari ke hari, aku berdoa supaya Allah pertemukan kita semula "
" Aku rindu kau, Qisya. Semalam aku pandang muka kau sebab terkejut dalam masa yang sama aku bahagia "
" Allah dah makbulkan doa aku selama ini. Aku dah lama cari kau. Aku nak jumpa kau Qisya "
" Aku rindu sangat dekat kau. Aku nak tebus dosa aku " Tiba-tiba saja dia sebak
" Macam mana kau nak tebus? " Qisya pula bersuara yang dari tadi dia hanya diam mendengar kata-kata penyesalan Asyraf itu tadi
" Aku nak kahwin dengan kau. Aku nak bahagiakan kau. Aku nak jadikan kau isteri aku "
" Itu saja aku mampu tebus dosa aku dekat kau. Terima lah aku Qisya. Kau cinta pertama aku "
" Kau ingat semudah tu ke nak kahwin ni Asyraf? Aku tak bersedia lagi lah. Besar tanggungjawab aku kalau main-main. Aku yang berdosa nanti. Dah aku nak buat kerja "
" Tapi Qisya "
Belum sempat dia bercakap apa-apa, Qisya sudah pun berlalu pergi begitu saja.
Dia mengejar Qisya dari belakang untuk memujuk rayu wanita itu.
" Kalau betul kau tak kenal aku, kenapa kau tanya soalan macam tu? Kenapa kau lari? "
" Nanti kita borak lagi. Aku ada kerja nak buat " Kata Qisya
Kenapa masa macam ni Asyraf mahu cakap fasal ni? Dia tertekan dengan pelbagai masalah dia ada
Tentang keluarganya pula ingin menjodohkan dengan seorang lelaki. Lelaki itu pula kenal dari kecil dan tak pernah simpan apa-apa perasaan sekali pun, Tengku Zul Iskandar.
" Along, ibu dengan abah nak jodohkan dengan Zul. Along setuju tak? "
" Yang mana pula ni? Along kenal ke? "
" Along mesti kenal. Along kenal dia dari kecil lagi. Along kan rapat dengan dia "
" Rapat tak semestinya ada perasaan abah. Along tak bersedia lagi nak kahwin ni. Along dengan dia kawan je. Tak pernah ada perasaan cinta. Along tak pernah cintakan dia, ibu abah. Apa ni jangan macam ni "
" Nanti ayah dia cakap apa pula Along kalau batalkan pertunangan ni "
" Tunang?! Kenapa tak bincang dengan Along dulu. Kenapa terus tunang? Along malu lah nak tengok muka dia hari-hari. Kitoarang dah lama tak borak macam biasa "
" Kalau bincang dengan Along, mesti mengelat. Ibu abah terpaksa buat macam ni. Minggu depan Along dah jadi tunang orang. Bulan depan pula Along dah bernikah "
Qisya pun berlalu pergi dari ruang tamu itu. Dia sudah penat dijodohkan dengan orang dia tak cinta.
" Haritu tunang terus kahwin. Dah lah tak bincang apa-apa dengan aku. Haih apa aku nak buat ni? Tak akan nak terima Asyraf pula? Kalau ibu abah tak restu macam mana? Kahwin nanti tak bahagia lah aku. Call Azim lah tanya pendapat. Dia kan ustaz, mesti dia boleh tolong "
Lalu Qisya pun mengambil telefon bimbitnya untuk membuat panggilan Azim untuk berjumpa dengannya
" Assalammualaikum Azim. Kau dah balik sini ke? jumpa aku kejap boleh tak? Aku ada benda nak cakap ni "
" Waalaikumsalam, terus serang aku macam tu je. Benda apa kau nak cakap? Macam serius je ni. Kenapa tak cakap dalam call je? Kang bini aku cakap apa pula jumpa berdua "
" Halah kau ni, nanti aku ajak lah sesiapa. Aku ajak Aiman ke tak pun Aman. Khairul pun okay juga "
" Mak ai petik nama orang macam tu je? Banyak betul bakal suami kau ni Qisya. Nak jumpa dekat mana ni? "
" Pernah makan kaki tak Azim? Jumpa tempat biasa jelah dekat dataran Nilai. Aku malas nak pergi kedai makan. Nak simpan duit "
" Okay tak tak. Nak gurau pun tak boleh dah ke? Marah semacam je period ke? "
" Malas lah aku layan kau ni. Kau dah balik sini ke belum? "
" Belum Qisya. Kalau penting sangat aku balik lah malam ni. Kita jumpa esok je malam "
" Okay baik! "
Pada keesokan malamnya, Qisya bersiap-siap ke tempat mereka selalu lepak. Dan terus duduk di tepi jalan sambil menunggu yang lain tiba.
Qisya duduk bersila seperti orang berkelah. Tak malu punya perempuan! Nama saja ada Nur, perangai tu hilang terus keayuan.
" Hah kenapa kau nak jumpa kitaorang ni? Apa yang mustahak sangat sampai kena jumpa? "
" Tadi aku balik kerja, ibu abah aku cakap pasal kahwin dengan lelaki tu. Masalahnya aku tak pernah ada perasaan dekat dia "
" Ibu abah aku tak ajak berbincang dengan aku. Diaorang cakap minggu depan aku kena tunang. Bulan depan aku nikah dah. Aku cuma anggap dia macam adik-beradik aku je "
YOU ARE READING
Dia, Cinta Matiku.
Random# cerita ni mungkin tak banyak yang sedih, tapi saya cuba untuk ada part kesedihan tu. minta maaf awal awal takit cerita ni bosan. selamat membaca!