Qisya mula bosan tatkala memandang sekeliling yang sedang menikmati jamu selera. Dia mencari idea untuk mengacau kawan-kawannya.
" Hah! Ada idea! " Dia membuat jari telunjuk ke atas seperti nombor satu
Qisya menoleh ke arah Yana dan menepuk bahunya beberapa kali
" Kau nak main satu permainan tak? "
" Main apa? "
" Aku pakai kan kau gincu tapi dengan syarat kau tak boleh tengok cermin. Kalau kau tengok, kau kalah. Kalau kau menang, aku bagi kau hadiah "
Qisya tergelak jahat macam ada sesuatu yang dia mahu lakukan pada si Yana ini. Asyraf pula menepuk lengan Qisya manakala Qisya pula hanya menjeling sekilas sahaja
" Ada lah tu nak kacau orang. Tak baik tau buat orang macam tu "
" Sayang, better you just shut up please? Bergurau kan? "
" Macam aku tak kenal kau je Qisya intan payung batu nisan "
Qisya tetap meneruskan perancangan nya untuk melukiskan sesuatu pada wajah Yana dengan menggunakan gincu merah semerah makngah
" Aku cakap stop kan Qisya Makayla? Kenapa degil sangat bini aku ni? "
Dia terus berhenti melukis kan sesuatu itu. Padahal sudah setengah jalan. Lalu dia pun mencebik bibir dan terus bangun dari kerusi itu
" Hah sudah harimau dah merajuk. Habis lah kau Acap " Ucap Khairul dengan nada kerisauan
Asyraf bergegas bangun dari tempat duduk nya dan mencari kelibat Qisya di kawasan parkir kereta
Risau pula jika harimau ini merajuk. Sudah lah jarang marah, jarang merajuk pula tu. Bukan jarang, memang tidak pernah merajuk pun
Apa lah yang Asyraf mahu menjawab pada ' Big Boss ' nanti
" Cutie, mana kau? "
" Sini lah, jangan lah merajuk. Aduh aku minta maaf lah "
" Jangan tinggal kan aku "
" Aku nak peluk siapa malam ni? Tak akan nak peluk bantal pula "
Melilau-lilau dia mencari Qisya. Tak nampak pula wajah wanita itu. Sudah lah gelap, risau jika dia tersentuh orang lain
Asyraf tetap mencari wanita itu. Jauh-jauh pula bini dia merajuk
Qisya pula tercungap-cungap melarikan diri dari Asyraf
" Hah tu lah tak bagi aku kacau orang kan? Biar dia cari hehehe " Gelak jahat pula si Qisya ini
Tiba di suatu tempat kosong tiada orang, hanya kedai yang tertutup sahaja. Qisya memandang di suatu sudut di mana tempat menenangkan hati nya
Tempat itu pula hanya lah jalan raya yang sunyi sepi dengan angin yang tenang
" Tak apa ke aku merajuk dengan Acap? Berdosa tak? Tapi kenapa aku rasa nak nangis? Merajuk je pun. Kenapa aku manja sangat ni? Aku tak pernah macam ni pun " Bebel nya seorang diri
" Ya Allah Qisya Makayla! Kenapa manja sangat ni. Kan Acap cuma tegur je. Kenapa dengan kau ni cepat sangat terasa! Tapi kan merajuk tu benda biasa " Dia bercekak pinggang kehulu-kehilir memikirkan
Asyraf berlari-lari anak apabila ternampak isterinya, Qisya di suatu tempat yang kesunyian itu
" Qisya! "
" Kenapa jauh sangat kau lari? Aku risau tahu tak? Tempat ni dah lah sunyi. Jadi apa-apa dekat kau nanti macam mana? "
Qisya hanya mendongak kan kepala nya kerana lelaki itu tersangat lah tinggi tatkala mendengar lelaki itu membebel serupa makcik bawang, membebel saja
" Kau kenapa nangis ni? Aku minta maaf lah Qisya. Aku tak sengaja " Dia menampak kan Qisya tiba-tiba air mata nya mengalir lalu dia mengusap lembut pipi nya itu
Asyraf pun memeluk wanita itu bagi menenangkan hati isteri nya
" Jom pergi tempat tadi. Dah malam ni, tak elok duduk sini seorang-seorang. Jangan merajuk okay cutie? "
Sambil mereka berjalan ke kedai makan tadi, Asyraf menekup mulut Qisya dan memeluk leher nya
Qisya yang tiada nafas, dia mula menggigit tapak tangan Asyraf lalu dia terus berlalu sepantas kilat
Sudah main kejar-kejar pula. Siapa dapat dia kalah
Tercungap-cungap nafas Qisya akibat berlari laju sebentar tadi. Dia terus mengambil air yang dipesan tadi lalu dia meminum air tersebut
" Kau dah kenapa Qisya lari-lari? Nampak hantu ke? " Soal Adeel tatkala ternampak Qisya yang nafas nya seperti baru lepas berjoging
" Aku main kejar-kejar dengan suami aku. Kau ada? Dasar single! "
Geram pula dengan si Qisya ni. Mentang-mentang baru kahwin sudah belagak. Nasib bini orang. Kalau bini Adeel dah lama dia kena hempuk dengan kuali!
" Aku nak balik lah. Penat pula harini. Terima kasih semua datang hari ni. Apa-apa nak tanya, tanya Azim je hehe. Tanya aku korang kena call. Whatsapp ni aku tak buka sangat "
Qisya melambaikan tangan nya kepada semua orang. Selepas itu dia pergi ke kaunter pembayaran dan membayar makanan yang dipesan oleh nya dan yang lain-lain
Qisya gemar membelanja kawan-kawan nya
apa-apa sahaja mahupun dari segi makanan dan memberi duit kepada mereka yang memerlukanDia menganggap itu sebagai suatu sedekah dam berniat untuk membantu mereka
Apabila sudah sampai di rumah, Qisya menghempaskan badan nya ke atas katil yang empuk
Mata nya mulai layu, mengantuk sudah. Sangat kepenatan hari ini. Mana tak penat, siang tadi kemas barang itu pun tak siap lagi
Masuk waktu petang pula mengemas dapur dan mengemas atas meja makan. Jika mak mertua nya tidak nampak juga tak tahu lah mahu cakap apa
Lama juga dia merenung siling dinding atas lama-kelamaan tertidur juga akhir nya
Asyraf tidak sempat berborak dengan isteri nya pun hanya mampu menggeleng kan kepala sahaja
" Memang macam ni ke perangai kau Qisya? Comel je "
Pada keesokan hari nya, tepat pada pukul 5 pagi Qisya bangun dari tidur nya lalu mengemas rumah sebelum dia pergi ke kerja
Selepas itu, dia membuat sarapan pagi terlebih dahulu iaitu nasi goreng sahaja. Itu lah yang sempat pun. Lagi pun dia tidak ada idea mahu buat sarapan apa pagi-pagi begini
Pagi-pagi begini otak dia sememang nya tidak berfungsi dengan baik. Kemudian, dia bersiap-siap untuk pergi ke kerja
Risau pula jika terlambat. Sudah lah jauh, pergi ke sana sudah mengambil masa satu jam sahaja. Tambahan lagi, jalan sesak akibat kenderaan di jalan raya terlalu banyak
Memang itu lah rutin harian Qisya terpaksa bekerja berjauhan. Lagi pun dia sudah bekerja di situ sudah hampir 3 tahun
Sayang juga dia berhenti begitu saja. Bukan senang dia mahu mencari majikan yang terlalu baik seperti ini
Nak lagi dia balik pada waktu tengah hari. Jadi sempat lah dia memasak untuk makan tengah hari di rumah
Pada waktu petang pula dia bekerja di kedai makan itu sehingga lah tengah malam. Sibuk betul dengan kerja nya
Walaupun suami nya pun bekerja juga tapi dia tak mahu menyusahkan Asyraf penat seorang diri
Alangkah baik nya seorang Qisya Makayla ini. Bagi dia, cukup lah diberi kasih sayang dan nafkah kerana itu lah yang paling wajib dalam islam. Semoga mereka kekal hingga ke jannah aminnn!
YOU ARE READING
Dia, Cinta Matiku.
Ngẫu nhiên# cerita ni mungkin tak banyak yang sedih, tapi saya cuba untuk ada part kesedihan tu. minta maaf awal awal takit cerita ni bosan. selamat membaca!