- Bab 15 -

1 0 0
                                    

" Kau solat apa Qisya malam-malam ni? "

" Aku solat sunat je. Aku nak tidur ni. Nak rehat. Kau taknak tidur ke? "

" Sekejap lagi aku tidur. Kau tidur lah dulu. Kau boleh tidur tak? Kalau tak boleh, aku peluk kau supaya kau lena tidur "

Qisya membuat muka tidak berpuas hati. Gelojoh lah Asyraf Rayyan ni!

" Tak apa, aku boleh je tidur malam ni. Goodnight! "

Keesokan harinya, jam sudah menunjukkan pukul 10 pagi. Qisya bangun dari tidur nya manakala tangannya mencapai sesuatu di sebelahnya mencari suaminya

Kosong sahaja bantal sebelah

" Suami aku ni tak tidur ke semalam? Eh? Suami? Apa ni Qisya baru kahwin semalam dah gatal! Sabar lah "

Dia pun terus bangun dari katil itu terus ke tandas membasuh muka dan menggosok gigi

" Hm aku terlepas Subuh lah. Acap ni bukan nak kejut aku! "

Selesai sahaja membuat apa yang patut, dia pun turun ke tingkat bawah dan menuju ke arah dapur sambil mengikat rambut nya yang serabai itu. Belum sempat dia pergi ke dapur, tiba-tiba sahaja dia mendengar perbualan antara Puan Ummu dan Asyraf

" Macam ni Acap nak jadi kan dia isteri? Bangun pun dah lambat. Isteri jenis apa macam ni. Sepatutnya dia yang sediakan sarapan ni pagi-pagi, ini umi yang dah nak mati ni pula siapkan sarapan untuk dia. Dia bukan anak raja nak kena buat semua ni! "

" Kalau umi tahu perangai isteri kamu macam ni, umi dah halang korang nikah semalam "

Asyraf hanya mampu bersabar dan mendengar sahaja kemarahan umi nya itu. Dia tidak mampu untuk berkata apa-apa. Risau jika dia meninggikan suara pada uminya

" Nak jadi apa isteri kamu ni? Pemalas! Mak bapak dia tak ajar ke nak tolong buat kerja dekat dapur ni? Kenapa mak bapak dia tak datang langsung majlis semalam? Atau dia tak ada mak bapak dah? "

" Umi tak baik cakap macam tu. Kalau dia dengar nanti, kecil pula hati dia. Dia baru je duduk sini, mungkin dia malu-malu nak buat kerja? "

" Hati dia Acap ambil peduli. Hati umi yang tengah sakit ni taknak pula ambil peduli? Sekarang Acap dah pandai melawan cakap umi ya! "

" Tak umi. Acap jelaskan benda yang betul. Umi jangan lah cakap macam tu. Nanti kesihatan umi terjejas " Asyraf mengeluh berat.

Jika Qisya mendengar perbualan mereka ini, pasti kecil hatinya. Harap tak dengar lah

Cepat-cepat Qisya naik ke atas semula kerana sudah tidak tahan ingin menangis. Buka saja pintu bilik itu, Qisya terus duduk di atas katil tatkala memandang ke arah tingkap

Dia mengesat air mata yang mengalir di pipi

" Acap tipu aku. Dia cakap umi dia suka aku. Kenapa umi dia marah sangat dekat aku? Apa yang aku buat? Ehek ehek! " Tersedu-sedu dia menangis

" Aku dah agak mesti umi dia tak suka aku. Kalau Acap tak bahagia dengan aku macam mana? Apa yang umi dia nak? Umi dia nak jodohkan Acap dengan orang lain ke? "

Asyraf yang baru sahaja habis berborak dengan Puan Ummu, dia terus naik ke bilik untuk mengejutkan isteri tercintanya

Buka sahaja pintu bilik itu, dia terdengar suara serak Qisya bercakap seorang diri sambil menangis.

Dengan pantas dia mendekati Qisya

" Eh Qisya, kau kenapa ni? Kenapa menangis ni? "

Qisya terus mengesat air mata itu menggunakan lengan tangan kanan

" Mana ada aku nangis. Mata masuk habuk lah. Aku okay je. Jangan lah risau. Aku nak turun bawah ni, nak buat sarapan "

Asyraf mengetap bibir. Dia tergamam takut jika isterinya terdengar akan perbualan tadi

" Umi dah buat sarapan. Lena betul kau tidur, Qisya "

" Kau lah tak kejut aku bangun Subuh. Lain kali kejut je. Kan dah terlepas dah. Sayang tau! "

Rengek Qisya

" Esok aku kejut kau ya intan payung. Jangan tak bangun pula " Asyraf mencubit pipi kiri Qisya

" Aduh! Sakit lah! Ni bukan mainan tau! " Muncung saja mulut Qisya serupa itik dah

Asyraf pula tergelak kecil tatkala mengusap tempat yang sakit itu

Selepas itu, Asyraf pun bangun menarik tangan Qisya supaya lekas bangun dari katil itu

" Berat betul kau ni "

Qisya membuat wajah tidak berpuas hati

" Berat pahala tau bukan berat dosa "

" Allah sayang sakit nya! " Dia meletak kan tangan ke dada

" Itu baru sikit. Jom lah turun bawah. Umi marah nanti kita lama-lama dekat bilik "

Mereka pun turun ke tingkat bawah dan menuju ke dapur untuk tolong apa yang patut

Mereka melihat atas meja terdapat makanan yang sedap-sedap pada pagi ini. Qisya pula mula rasa bersalah mahu makan kerana perbualan tadi

" Makan sikit jelah. Tapi makan sikit kata tak suka masakan dia. Makan banyak  dikata  mentedaghah pula. Dah lah tak tolong umi "

Ucap Qisya dalam hati

Asyraf menarik kerusi itu untuk memberi Qisya duduk di situ. Lalu dia pun menyedokkan makanan ke dalam pinggan yang telah disediakan

Qisya hairan kenapa Asyraf tidak menyedokkan makanan itu ke dalam pinggan nya

" Kenapa kau tak cedok makanan kau? " Bisik Qisya takut didengari oleh Puan Ummu apabila mereka berbual menggunakan panggilan yang tidak sopan

" Aku nak suapkan kau dulu sayang. Dari tadi kau tengok makanan ni macam tak ada selera. Kalau aku suap mungkin ada selera balik "

" Dah tak payah banyak cakap. Kau nganga je mulut. Aku suapkan "

Puan Ummu pula membuat muka kegelian

" Dah lah malas masak. Suruh anak aku suapkan pula. Tak boleh jadi menantu! " Ucap Puan Ummu di dalam hati bersendirian

Setelah habis mereka sarapan, Qisya dan Asyraf mengangkat ke semua pinggan mangkuk yang sudah kotor untuk meletakkanya ke singki serta membasuhnya sekali

Qisya mendongak kepalanya ke arah Asyraf kerana lelaki itu terlalu tinggi darinya. Dan ketinggian lelaki itu adalah 178cm

Walaupun tinggi tapi tak apa, senang untuk Qisya memeluknya nanti. Nampak lah seperti adik-beradik

Qisya menjengket kan kakinya untuk berbisik pada telinga Asyraf

" Lepas ni nak buat apa? Aku bosan. Selalu masa begini aku pergi kerja tak pernah ambil cuti pun "

" Tak akan lah nak tidur pula pagi-pagi ni. Apa kata tolong aku kemas barang-barang. Nanti kan nak bawa pindah ke rumah kau "

" Hah boleh lah. Asalkan aku tak goyang kaki "

Kali ini Puan Ummu pula terdengar perbualan mereka. Hairan. Pindah? Kemas barang?

" Anak aku nak pindah mana? Selesa ke rumah perempuan tu? "

Qisya pergi ke kabinet dapur untuk menyusun barang-barang yang berada di atas kabinet itu. Semestinya dia cerewet jika melihat barang-barang bersepah

Dia rasa ingin saja membuang barang yang tidak terpakai. Tetapi disebabkan rumah ini rumah anak Puan Ummu jadi dia mampu bersabar jelah

Nanti dikata tidak sayang barang-barang dan membazir pula. Apa dia perlu buat? Hanya mampu menyusun sahaja lah

Selepas itu, mereka berdua pun naik ke tingkat untuk berkemas-kemasan seperti yang dijanjikan

Dia, Cinta Matiku.Where stories live. Discover now