- Bab 4 -

8 0 0
                                    

" Siapa? Lelaki ke perempuan? "

" Lelaki lah umi. Acap ni mana lah ada kawan perempuan. Siapa lah nak dekat Acap ni "

" Mana lah tahu Acap ada bawa bakal menantu umi ke. Boleh lah kenalkan dekat umi. Umi nak kenalkan Acap dengan anak kawan umi, Acap taknak. Jual mahal. Kenal-kenal lah dulu "

" Taknak lah umi. Acap busy. Tak ada masa nak kenal-kenal ni "

" Esok jangan lupa pula, jumpa anak kawan umi tu. Jangan risau, umi dengan kawan umi tu ada sekali "

" Ala umi "

" Dia baik. Dia cantik. Dia pandai masak. Mesti Acap suka "

" Umi ni tak sabar nak ada cucu ke tak sabar nak ada menantu? "

" Kalau dua-dua macam mana? "

" Umi ni. Dah lah Acap nak masuk bilik nak mandi kejap. Pastu nak solat Asar. Tak solat lagi ni "

Lalu dia terus masuk ke biliknya untuk mandi-mandian dan solat Asar.

Selesai solat Asar, Asyraf termenung seketika di tingkap di biliknya itu sambil melihat pemandangan langit yang indah dan tenang.

Dia terfikirkan macam mana lagi cara dia mahu mencari Qisya. Dia terlalu rindukan Qisya. Dia bercakap dengan diri sendiri umpama ada Qisya di sisinya.

" Macam mana saya nak cari awak, Qisya? Saya rindukan awak. Mesti sekarang awak lagi comel kan? Dulu awak comel je. Suara awak tu macam kartun saya suka dengar "

" Saya minta maaf sebab cakap macam tu dekat awak. Saya tahu masa tu ego saya terlalu tinggi. Saya minta maaf Qisya "

" Kalini saya ikhlas sayang dan cintakan awak. Nafeesa pun cari di mana awak. Dia kan kawan baik awak dulu "

" Umi nak jodohkan saya dengan anak kawan dia. Saya taknak. Saya nak awak je Qisya. Saya kena cepat-cepat cari awak "

" Saya nak kenalkan awak dekat umi saya. Saya nak bagitahu umi yang saya tunggu awak selama 10 tahun "

" Mesti awak benci saya kan? Saya dah buat awak sakit. Saya bagi kata-kata kasar dekat awak. Saya nak cari awak, saya nak minta maaf dekat awak "

" Awak nak tahu tak, saya dah tak kuat. Saya perlukan awak sekarang. Banyak masalah saya pendam sorang-sorang "

" Kalau awak ada kan best. Mesti ceria je suara awak. Sunyi tak dengar suara awak walaupun sehari. Tapi dah 10 tahun awak menghilang. Saya dah puas cari awak dekat taman tu tapi awak tak ada. Awak dah pindah "

" Kalau saya dapat jumpa awak sekarang, saya nak tunjuk yang saya betul-betul sayangkan awak. Saya dah tak main-main dah macam dulu "

" Qisya, awak nak tahu tak? Awak lah cinta pertama saya. Saya tak tahu kenapa tak boleh buka hati ni untuk perempuan lain "

" Saya tak tahu kenapa hati saya ni mengatakan perlu tunggu awak. Tapi dah 10 tahun Qisya. Saya terseksa dengan rindu tanpa bertemu dengan awak "

Luah punya luah, dia tak sedar dah masuk waktu solat Maghrib.

Selesai sahaja solat Maghrib, dia pergi ke meja makan untuk menjamu selera bersama keluarganya.

Cara mereka berborak sudah tidak seperti dahulu. Masing-masing dah berubah. Masing-masing ada hal. Asyraf berasa sunyi. Dia nak gelak ketawa pun tak tahu dengan siapa lagi.

Dia fikirkan dia balik ke kampung ni boleh luangkan masa, malah tidak.

" Apa lah nasib aku ni. Kasih sayang mak ayah pun tak ada. Nak luangkan masa sekejap pun tak boleh. Saya perlukan awak Qisya " Dia bercakap berseorangan lagi

Selesai menjamu selera, dia bersiap-siap untuk keluar berjumpa dengan kawan kelab keretanya, Honda FD. Lama dah tak lepak sekali.

Sesampai di kedai makan yang berdekatan dengan kawasan rumahnya, dia terus bersalaman dengan kawan-kawannya yang lain.

" Woi Acap lama tak balik. Rindu kau bro! " Lalu mereka saling berpelukan

" Petang tadi aku sampai "

Dia pun terus duduk di kerusi dan membuat pesanan minuman.

" Kau order air je ke? Tak makan ke? Ke diet? "

" Aku dah makan dah dekat rumah tadi "

" Bila kau balik sana? Tak lain tak bukan mesti umi kau suruh kan? "

" Esok aku balik sana. Isnin aku ada kelas pagi. Lepastu pula minggu depannya aku ada final exam. Assignment pun kena siapkan secepat mungkin. Huh nasib tahun ni tahun akhir tau! Penat dah aku "

" Goodluck bro! Apa-apa pun congratulations sebab kau dah berjaya sampai tahap ni. Aku salute lah dekat kau "

Akif menepuk bahu kiri Asyraf memberikan semangat kepada kawannya itu

Lama mereka berborak, tidak sedar jam sudah pun masuk pukul 12 tengah malam. Asyraf perlu balik, esok mahu bangun awal pagi.

" Aku balik dulu Kif. Nanti kita lepak lagi " Dia berdiri dari tempat duduknya itu dan bersalaman

" Kau pergi Event Honda Day tak nanti? "

" Bila? "

" Bulan 12 nanti, lambat lagi. Aku tanya je dulu mana tahu kau tak balik sini dah "

" In sha allah, kalau tak ada apa-apa aku pergi "

" Apa-apa roger aku weh "

Dia pun berlalu pergi. Asyraf bergerak dari kedai makan itu untuk pulang ke rumah hari sudah lewat. Risaukan Puan Ummu membebelnya nanti.

Tepat pukul 5 pagi, alarm Asyraf berbunyi untuk bersiap-siap solat Subuh. Dia bangun dari katil dan terus mandi.

Seusai solat Subuh itu tadi, dia menadah tangan untuk berdoa.

" Ya Allah yang Maha Membolak Balik Hati Manusia. Aku rindu dengan seorang hamba-Mu yang bernama Nur Qisya Makayla. Dia lah perempuan yang menjadi cinta pertamaku "

" Sudah 10 tahun aku menunggunya. Jika hati dan perasaan ini masih kuat untuk tunggu dia, persatukanlah kami semula walau apa saja cara sekalipun "

" Munculkanlah aku di dalam mimpinya sebagai tanda aku benar-benar masih wujud dan merindukannya selalu "

Habis saja berdoa, dia melipat sejadah lalu dia menyangkut sejadah itu di rak penyangkut. Dia mengesat air matanya yang mengalir di pipi.

Dia menangis kerana terlalu rindukan Qisya Makayla. 10 tahun menanggung keseksaan rindu ini. Dia tak pernah pun beritahu sesiapa tentang perasaannya ini.

Dia tak kuat. Dia lemah. Dia paksa diri untuk jadi kuat. Tambah lagi Puan Ummu yang memaksanya mengenali perempuan bukan pilihan hatinya.

Asyraf tak mampu bersuara depan uminya. Kerana dari kecil dia di ajar untuk menghormati orang tua walaupun dia kurang kasih sayang dari mak dan ayahnya.

Dia masih bersyukur kerana dia mempunyai mak dan adik-beradiknya yang masih hidup. Sejak dari kecil, dia sering diabaikan, dibandingkan, di caci maki, di pukul oleh ayahnya hanya untuk melepaskan tekanan pada Asyraf.

Sangat sedih dan sakit perjalanan cerita seorang Asyraf Rayyan. Dia menjadi kuat kerana dia perlu banggakan keluarganya.

Jika usahanya selama ini tiada siapa yang nampak, apa perlu dia buat? Menangis? Tak ada guna dan buang masa saja.

Jadi dia perlu ikhlaskan semua ini. Ikhlaskan hati akan buat kita terasa tenang. Jiwa kita pun tentera.

Dia, Cinta Matiku.Where stories live. Discover now