- Bab 11 -

1 0 0
                                    

Qisya hanya diam tanpa bercakap apa-apa.

" Ayah dah buat keputusan, ayah nak Zul kena bertanggungjawab juga atas perbuatan Zul. Ayah tak kira. Ini melibatkan maruah keluarga kita "

Puan Dheeya dan Encik Qashid pula tetap nak teruskan pernikahan mereka berdua. Haih lah orang dah kecewakan hati anak sendiri pun masih nak orang yang sama

" Apa benda yang ibu abah buat ni? Lelaki lain belambak tahu tak dalam Malaysia ni. Kenapa orang macam ni juga ibu abah nak? "

" Kalau Along nikah dengan dia, Along tak akan hidup susah macam sekarang ni. Along akan bahagia macam ibu abah nak "

" Rumah ni tak cukup besar ke? Along dah puas kerja penat-penat tapi ibu abah masih tak nampak? Bersyukur lah sikit. Allah tarik nikmat tu macam mana? "

" Nak Along buat apa lagi supaya kita hidup senang? Along ada banyak masalah ni. Cukup lah tu. Kenapa masih nak teruskan? Mungkin ada yang lagi baik? "

" Tolong pijak dibumi yang nyata. Ibu abah nak rumah besar macam mana lagi? Nak kereta mahal macam mana lagi? Semua dah terlebih cukup Along belikan. Cash pula tu "

Puan Dheeya dan Encik Qashid masih tidak puas hati lagi. Buat masa ini mereka terdiam dengan kata-kata Qisya. Mungkin mereka tersedar.

Memang benar, Qisya sanggup ikat perut hanya untuk banggakan ibu abah nya. Dia sanggup beli rumah dan kereta yang mahal untuk mereka.

Tetapi sikit pun mereka tidak hargai. Sudah lah anak sulung mereka tengah sakit. Mungkin dah ke alam lain baru mereka nak hargai.

Berhari-hari juga Puan Dheeya dan Encik Qashid memaksa Qisya sehinggalah dia mendapatkan depression yang teruk.

" Kalau Along nak duduk sini, Along kena dengar cakap ibu abah. Taknak dengar, Along keluar dari sini "

" Tolong lah ibu. Along merayu sangat. Jangan buat Along macam ni. Along tak boleh nak teruskan "

" Kau keluar dari rumah ni! Aku haramkan kau jejak kaki ke sini. Aku tak halalkan semua yang aku beri dekat kau. Kau bukan anak aku lagi "

" Along minta ampun ibu abah " Teresak-esak dia menangis merayu pada ibunya itu. Dia memeluk kaki ibunya supaya tidak menghalau keluar dari rumah itu

Dia masuk ke biliknya untuk mengemas segala pakaiannya ke dalam beg bagasi. Kenapa lah beg ni kecil sangat? Tak muat baju aku.

Selesai sahaja dia mengemas, dia terus keluar dari rumah itu. Dia mencari ibu abahnya tidak ada ruang tamu mahupun di mana-mana

Nasib baik lah dia mempunyai satu kereta sahaja. Jika tidak ada, nak naik apa pula dia nak merantau.

" Aku nak pergi mana ni? Nak tidur mana? Lantak lah tak tidur pun. Tak akan tidur dekat masjid pula? "

Dia tidak mahu menceritakan kepada sesiapa tentang apa yang terjadi. Dia tak mahu menyebarkan aib ibu abahnya.

Dia harus kuat. Dia perlu pergi kerja seperti biasa. Tak mudah untuk dia tanggung seorang diri.

Disebabkan dia hanya sebatang kara pada waktu ini, dia perlu membeli harta sendiri iaitu rumah tempat dia berlindung

Disebabkan kejadian itu lah dia menghilang dari kawan-kawannya serta Asyraf. Dia fikir bila dia sudah ada rumah, baru dia muncul balik seperti biasa.

Berhari-hari juga lah Asyraf mencari cinta pertamanya. Terlalu lama dia memberikan masa. Sudah hampir dua bulan berlalu.

Asyraf cuba ingin mendekati Qisya, tapi wajahnya tampak seperti dingin. Dia takut jika dia melakukan kesalahan apa-apa.

Dia sudah pun bertanya di aplikasi Whatsapp. Tetapi tidak dibalas. Dia buntu tak tahu apa lagi yang dia boleh buat.

Dia bertanya pada Azim, tetapi kawannya itu pun tidak tahu apa-apa cerita. Puas dah mereka memikirkan.

Sudah masuk 8 bulan Qisya seperti ini menghilang dari kawan-kawannya termasuk Asyraf. Cinta pertamanya hampir-hampir berkahwin dengan perempuan dia tak cintai.

Kalau tidak, dia sudah menjadi suami orang sekarang ini.

Qisya sudah berjaya membeli rumah dua tingkat di Seremban. Hatinya lega kerana ada tempat dia berlindung.

Selama sepuluh bulan dia mendiamkan diri. Nasib lah ada keluarga yang tidak dikenalinya masih menolong nya menumpah di rumah itu buat sementara waktu.

Selepas keluar dari rumah keluarganya itu, dia bercadang untuk tidur di dalam kereta sahaja. Tiba di satu parkir kereta, ada seorang makcik yang berpakaian telekung

Mungkin makcik itu baru lepas solat. Makcik itu ternampak Qisya membawa beg bagasi. Lalu dia mendekati Qisya untuk tahu apa yang telah terjadi

" Assalammualaikum adik. Nama siapa? "

" Waalaikumsalam nama saya Qisya Makayla. Panggil saya Qisya "

" Adik nak pergi mana ni dengan beg banyak-banyak ni "

Qisya terdiam. Dia memikirkan dua tiga kali mahu cerita atau tak. Dia tergamam. Terkemam bibirnya apabila mendengar pertanyaan itu. Hatinya sebak jika teringat semula

" Tak apa lah, makcik taknak paksa kamu cerita. Ikut makcik ye balik rumah. Kita tidur dekat rumah makcik je. Jangan risau buat je macam rumah sendiri "

" Tak apa ke makcik? Saya kalau boleh nak kerja lebih masa sebab nak beli rumah. Nanti saya tak susahkan makcik duduk sini selamanya "

" Tak apa kalau nak duduk lama pun, makcik faham keadaan kamu. Mari sini, kamu datang sini naik apa? Seorang diri je ke? "

" Saya naik kereta seorang diri je makcik hehe "

" Kamu ikut makcik ye dari belakang. Makcik naik motor je dengan pakcik kamu "

" Pakcik tak marah ke saya duduk rumah makcik? Kalau dia marah tak apa lah "

" Pakcik tak akan marah, jangan risau "

Sesampai di rumah makcik Rokiah itu, Qisya malu-malu untuk langkah kaki ke kanan. Dia menarik nafas sebelum masuk ke rumah itu

Berkali-kali juga lah suami makcik Rokiah itu tidak menyukai Qisya kerana duduk di rumahnya terlalu lama

Sehinggalah anggota badan Qisya bengkak kerana dipukul oleh pakcik itu kerana tidak mendengar cakapnya

Dibuatnya seperti anak sendiri pula mahu memukul begitu saja. Apa lah nasib malang kehidupan seorang Qisya Makayla ini.

" Aku dah cakap, aku nak kau keluar dari rumah ni tapi kau degil. Kau buat rumah ni macam rumah kau. Kau ingat ni rumah bapak kau ke? Kalau kau bayar semua bil tak apa lah juga. Kau buat rumah aku ni macam hotel. Keluar pagi balik malam buta. Kau bukan pergi kerja, entah-entah kau menyundal dengan jantan! "

Pakcik itu mengambil getah paip kerana geram Qisya tidak merespon apa-apa. Sudah lah dihalau dari ibu bapanya, dipukul pula dengan orang dia tidak dikenali.

Makcik Rokiah tidak menyangka sikap suaminya itu begini. Apa lah salah Qisya. Dia hanya menumpang tempat berlindung sahaja

Bukan dia tidak beri duit langsung. Malah sebulan dia beri seribu sahaja. Itu pun tidak bersyukur lagi.

Air mata Qisya sudah kering sekering daun yang gugur. Dia tak ada tenaga lagi mahu menangis kerana dipukul oleh pakcik tua itu

Dia, Cinta Matiku.Where stories live. Discover now