Qisya terdetik hati untuk keluar rumah menenangkan fikiran dan berjumpa dengan kawannya. Sudah lama dia tidak melepak bersama
Sudah lah event kereta kegemaran dia sanggup tidak pergi, demi sebuah rumah untuk diri sendiri
Qisya tahu di mana mereka selalu lepak. Sesampai sahaja di kedai makan itu, Qisya menghembus nafas supaya dia bersedia dengan soalan-soalan akan ditanya oleh mereka. Dia berharap apabila dia menceritakan semuanya air matanya tidak mengalir supaya dia nampak kuat
Aiman mengangkat tangan dan melambai tanda dia nampak Qisya sedang berdiri keseorang di depan kereta itu
Lalu Qisya pun mendekati mereka
" Lama nya tak jumpa korang. Korang sihat ke? Rindu korang "
" Mana kau pergi Qisya? Dah nak setahun kau menghilang. Acap dah nak kahwin dah pun. Dia putus asa dah tunggu kau "
" Tak apa lah kalau dia nak kahwin pun. Tak ada masalah bagi aku. Aku okay je "
Yana, kawan baiknya itu ternampak lengan Qisya bengkak seperti digigit lebah lalu dia melihat di depan matanya sendiri
" Qisya, kau kenapa ni? Siapa buat kau? Keluarga kau ke? Lebam-lebam tangan kau ni kenapa? "
Asyraf terus menoleh dengan cepat ke arah Qisya apabila mendengar perkataan itu
Qisya cepat-cepat menutup baju lengan nya itu supaya semua orang tidak nampak. Padahal Aiman di sebelah nya sempat nampak lebam itu
Azim yang duduk di hujung meja itu terus bangun untuk bertanya dan mendengar masalah Qisya
" Kau okay tak Qisya? Mana kau pergi selama ni? Sampai lebam ni. Ibu abah pukul kau ke? "
Qisya diam membisu
" Cerita je Qisya. Aku dengar "
" Qisya " Panggil Asyraf dengan suara risau
" Kitaorang dekat sini masing-masing tunggu kau balik. Kitaorang singgah rumah kau, kau tak ada pun. Ibu abah cakap kau dah lari rumah. Kitaorang fikir macam mana nak cari dekat kau. Puas dah cari. Kau pergi mana weh? Apa dah jadi ni? "
" Panjang ceritanya hm "
" Kalau panjang cerita je tak apa tak kisah "
Qisya menarik nafas supaya dia bersedia menceritakan apa yang telah terjadi
Sambil dia mencerita, hati nya menjadi sebak. Air matanya mengalir laju seperti air sungai.
" Sekarang aku baru faham kenapa kau nak masa, Qisya. Kau duduk mana sekarang? " Soal Asyraf
" Aku beli rumah sewa buat sementara waktu. In sha Allah ada rezeki lebih, aku buat sewa beli je rumah tu. Lagi pun sayang kalau buat sewa. Rumah pula dua tingkat, besar sangat. Sunyi sebab aku seorang "
Yana pula menggosok badan belakang Qisya supaya Qisya berhenti menangis agar dia merasa terpujuk. Sungguh lama dia menghadapi dugaan ini keseorangan
" Kau bila nak kahwin Asyraf? Tak jemput aku pun " Soal Qisya
" Esok aku dah nak akad nikah. Datang lah. Jadi pengapit bakal isteri aku masa sanding nanti "
" Wah tahniah! Mesti lama sangat kan kau tunggu aku? Tak apa lah asalkan kau bahagia "
Hatinya semakin sebak, dia fikirkan lepas sahaja masalah nya selesai dia boleh berkahwin dengan Asyraf rupanya tidak.
Dalam hati Asyraf sudah mengekek-ngekek tidak tahan gelak. Ini hanya lah rancangan dari Aiman sendiri. Dia ingin melihat reaksi Qisya saja sebenarnya.
YOU ARE READING
Dia, Cinta Matiku.
Random# cerita ni mungkin tak banyak yang sedih, tapi saya cuba untuk ada part kesedihan tu. minta maaf awal awal takit cerita ni bosan. selamat membaca!