- Bab 5 -

4 0 0
                                    

Walaupun keluarganya sebegitu, dia tetap sayangkan mereka. Dia takut untuk membenci keluarganya. Dia fikir, jika dia membenci hidupnya takkan diberkati.

Nasib arwah ayahnya sempat bertaubat sebelum dia pergi. Habis saja final exam, Asyraf terus mencari kerja untuk menampung keluarga dan ingin mencari cinta pertamanya.

Jika mereka ada jodoh, pasti bersatu jua. Buat masa ini, Asyraf ingin mengumpul duit terlebih dahulu agar dia boleh melamar Qisya jika dia berjumpa nanti.

Dia tak mahu tanggung lama-lama, cukup lah 10 tahun dia terseksa. Asyraf pun dapat kerja yang berdekatan di kawasan rumahnya. Dia berasa bersyukur ada majikan dan rakan sekerja yang baik hati.

Gajinya pun mampu untuk menampung dan sara keluarganya sendiri. Besar betul tanggungjawab seorang Asyraf ini.

Jadi dia tidak perlu risau memikirkan ekonomi. Tambah lagi ekonomi sekarang semakin merosot, harga barangan pula semakin menaik.

Dia hanya cuma berfikir macam mana dia perlu membayar bil keretanya secara habis.

" Arghhh! Kerja jelah dulu. Tak kerja lagi dah berangan nak bayar habis "

Dia sudah penat untuk membayar setiap bulan tambah lagi apabila keretanya rosak yang perlu dibaiki.

Asyraf dan Qisya, masing-masing merindui antara satu sama lain. Tetapi mereka tak tahu macam mana dan dimana mereka perlu cari. Di laman media pun mereka sudah cari.

Qisya hanya tahu rumah Asyraf di Kuala Lumpur sahaja tetapi tidak tahu di kawasan mana.

Asyraf mula mendapat idea di mana dia hanya perlu cari Qisya di laman Facebook. Dia mencari nama Qisya, dan nama itu tertera di bahagian atas.

Dia dah jumpa cinta pertama nya! Kemudian, dia mula meninggalkan pesanan mesej kepada wanita itu.

" Qisya, saya ni. Kenal tak? "

Asyraf melihat profil Qisya tersebut dan nampak tempat tinggalnya di Shah Alam. Sedangkan di situ hanya lah sekolah lamanya sahaja. Asyraf hanya perlu sentiasa berdoa kepada Allah SWT sahaja.

Lama pesanan mesej itu tak berbalas. Mungkin Qisya kurang melihat telefon?

Di tempat kerja Asyraf pula ada seorang perempuan yang menyukai Asyraf. Sudah berapa kali dia menolak perempuan itu.

Dia masih berkeras kepala mahukan Asyraf juga. Macam tak ada lelaki lain dalam Malaysia ni. Dia sudah beritahu yang dia ingin berkahwin tidak lama lagi.

Apa lah yang dia mahukan sangat pada Asyraf ini. Mungkin dia mahukan harta? Atau rupa? Lama-lama wajah Asyraf berkedut juga.

" You tolong lah terima i ni. I cintakan you. I ikhlas sayangkan you. I nak kahwin dengan you " merayu perempuan itu, Armel.

" Dah kenapa you ni? I dah cakap i taknak tu taknak lah. I dah nak kahwin. Jangan kacau i okay? I tak suka " Asyraf berpaling arah ke tempat lain lalu dia menghela kan nafasnya.

" Apa yang dia ada? Apa kurangnya i ni? Kalau betul you dah nak kahwin, buktikan. You bawa perempuan tu datang sini baru i percaya "

" Okay boleh. I bawa dia jumpa you. Tapi bagi i masa. Lepas i bawa dia jumpa you, i taknak you kacau i atau dia. Kalau you kacau juga, i suruh boss berhentikan you. Faham? "

Terkebil-kebil Armel. Dia terkejut selama ini Asyraf berlembut hati serta sopan santun je apa bila cakap dengan perempuan.

Tapi kali ini dia di cabar. Dia pantang di cabar. Asyraf terus bergerak dari tempat mereka berdiri lalu dia menuju ke bilik majikannya kerana dia di panggil oleh majikannya.

Tuk tuk!

Asyraf mengetuk pintu bilik itu.

" Asyraf, masuk. Sila duduk. Saya ada berita gembira untuk awak ni "

" Berita apa tu boss? "

" Awak perlu bekerja di Seremban. Kalau boleh awak ke sana, saya akan naik kan gaji awak. Sebab di sana tak banyak pekerja "

" Jadi, nak taknak awak kena kerja di sana. Aturkan apa yang patut. Betulkan apa yang awak rasa salah " Sambung lagi Encik Azim

Fuh Encik ye!

" Tapi boss "

Belum sempat dia bercakap, Encik Azim sudah memotong kata-kata nya dahulu.

" Tak ada tapi-tapi. Awak cakap nak tolong keluarga awak kan? Awak cakap nak cari cinta pertama awak kan? Jadi pergi lah ya! Saya dah tolong awak ni. Saya dah bagi peluang. Kalau awak taknak, awak sendiri yang rugi "

" Tapi apa kaitan cinta pertama saya dengan kerja? "

" Nanti sampai sana awak akan tahu sendiri "

" Ye baik lah " Asyraf terpaksa ikut arahan majikannya itu.

" Kenapa lah sampai Seremban? Tak ada tempat lain ke? Cuba lah Shah Alam. Senang sikit aku nak cari Qisya " Bebel saja si Asyraf ini.

Nak taknak kena lah pindah sana. Rumah sewa lagi. Pergi sana naik kereta jelah. Banyak barang kena bawa ni.

Selepas Qisya diberhentikan kerja kedai makan itu, dia telah menjumpai seorang lelaki yang bernama Azim.

Azim pula membuat perniagaan kedai makan sahaja. Dia sudah pun berjaya seorang diri tanpa bantuan sesiapa.

Azim menawarkan pekerjaan itu kepada Qisya. Mereka berdua sangat lah rapat seperti adik-beradik.

Sudah 3 tahun juga lah Qisya bekerja di situ. Tetapi Qisya membuat dua kerja dalam satu hari. Pagi hingga tengah hari dia hanya bekerja di tempat lain.

Petang hingga tengah malam dia bekerja di kedai makan di Seremban. Demi kereta idamannya dia sanggup tanpa berfikir penat lelah.

Pada waktu ini, Azim perlu menjaga penjabat di Penang untuk beberapa hari. Sibuk betul ye. Qisya mendengar arahan dari Azim bahawa ada pekerja baharu akan masuk di sini pada hari esok.

Sesampainya di Seremban, Asyraf telah menjumpai rumah sewa yang telah disediakan oleh majikannya.

Pada malam itu, Asyraf bersiap-siap bermandi-mandian untuk keluar berjumpa dengan kawan kelab kereta idamannya, FD MALAYSIA CLUB.

Alang-alang tu dia boleh lah mencari makanan.

" Hah! Sampai pun budak baru ni. Bila sampai? " Ada seorang jejaka, Amir yang dari jauh sudah menampakkan Asyraf lalu dia menyalami Asyraf

" Tak lah. Petang tadi dah sampai. Lepas tu kemas barang-barang dekat rumah tu "

" Kalau perlukan apa-apa, bagitahu je kitaorang. Nak kitaorang tolong kemaskan pun boleh. Hah aku Khairul, panggil je Khai. Korang sila kenalkan diri "

" Aku, Amir "

" Aku Hafiz, panggil Apiz "

" Aku Rahman, panggil Aman "

" Aku Afnan, panggil Panan. Nama aku pelik sikit hehe "

" Aku Aiman, panggil Eman "

" Aku Zakwan, panggil Zack "

" Aku Hadi, panggil Adi "

" Aku Haziq, panggil Ajiq "

" Aku Hazwan, panggil Wan "

" Aku Hazim "

" Dan aku Qisya Makayla. Panggil je Qisya. Aku sorang je perempuan "

Mata Asyraf terkebil-kebil melihat Qisya. Macam pernah nampak tapi dekat mana ya?

Dia cuba mengingati perempuan itu. Tiba-tiba sahaja jantung dia berdebar laju

" Eh apahal jantung aku ni "

Dia terus duduk bersebelahan Qisya yang dari tadi berdiri mendengar pengenalan diri masing-masing.

" Kau dah kenapa? Pandang aku macam tu? Macam nampak hantu je " Pelik Qisya

" Tak lah, muka awak macam pernah tengok lah. Tapi dekat mana ye? "

" Aku cantik sangat kot hehe "

Dia, Cinta Matiku.Where stories live. Discover now