- Bab 17 -

2 0 0
                                    

Pada waktu petang, Qisya tersedar dari tidur nya. Cepat-cepat dia bangun terus turun ke bawah untuk mencari kelibat Puan Ummu sama ada sudah balik ke belum.

" Nasib baik umi belum balik lagi. Kalau tak, mesti dah cakap aku macam-macam " Dia mengeluh berat

Qisya mengambil ke semua mangkuk-mangkuk yang berisi makanan sarapan pagi tadi itu lalu dia memanaskan semula

Selepas itu, dia mengemas dapur pula yang bersepah dengan segala sampah sarap. Kemudian, dia menyapu sampah dan mop lantai di seluruh rumah itu

Selesai sahaja menyiapkan semua itu, baru lah dia naik ke tingkat atas untuk mandi dan bersiap-siap solat waktu Zuhur. Nasib lah tidak terlambat sangat

Dia ternampak Asyrag tidur terlalu lena mungkin terlalu kepenatan. Rasa bersalah pula hati nya ingin mengejut suami nya itu

Tapi apakan daya, dia terpaksa kejut juga kerana hari sudah petang. Mereka solat berjemaah bersama-sama. Wah indah betul bercinta selepas nikah!

Habis saja solat, Qisya mengajak Asyraf ke rumah nya untuk membawa barang-barang yang mereka kemas tadi sedikit demi sedikit

Sesampai sahaja di rumah banglo Qisya itu, mereka mengeluarkan ke semua barang-barang masuk ke dalam rumah tersebut. Asyraf masih terpinga-pinga kerana dia masih mamai

" Rindunya rumah aku ni. Rasa macam dah lama tak balik. Padahal baru berapa hari kahwin "

Ting ting!

Qisya menerima mesej dari kawan baik nya itu, Yana.

' Malam ni lepak nak tak? Tempat biasa. Diaorang pun ada sekali '

' Ada apa hari ni? '

' Harini ada meeting cik Qisya! Kau dah lupa ke? Semenjak dah kahwin ni selalu lupa ye '

' Okay. Tapi tak sure pergi ke tak. Sebab sekejap lagi aku nak balik rumah Acap '

' Bukan kau dekat rumah dia ke sekarang? Kau dekat mana ni? '

' Aku dekat rumah aku. Nak hantar barang dekat sini sikit-sikit. Rumah dia tu sewa je. Jadi dia nak pindah duduk rumah aku je '

' Kalau macam tu nak kitaorang tolong tak? '

' Ada lagi yang tak kemas dekat rumah sana. Nanti jelah, tunggu kitaorang ada masa "

' Okay. Yang penting kau kena datang malam ni juga. Lama weh kau tak join lepak sekali. Acap mesti tahu punya harini ada apa '

' Hm yelah '

' Macam tu lah. Sayang kau ketat-ketat '

Qisya terus tutup telefon bimbitnya dan membuka wajah kegelian. Ketat-ketat? Zaman Wechat ke budak ni

Nampak nya Qisya dan Asyraf berulang-alik demi kawan-kawannya tatkala mereka tidak membawa baju lebihan

Itulah cara kehidupan Qisya Makayla dan Asyraf Rayyan yang sentiasa lepak bersama kawan kelab keretanya

Pada waktu malam seperti yang dijanjikan oleh Qisya tadi, mereka berdua pun bersiap-siap setelah selesai solat fardhu Isyak untuk keluar di kedai makan.

Sebelum Qisya keluar dari rumah itu, dia tertanya-tanya bilakah Puan Ummu akan pulang ke rumah? Risau jika Puan Ummu balik terlalu lewat dan terjadi apa-apa padanya

Beginikah kehidupan seorang Asyraf Rayyan yang sentiasa sunyi di dalam rumah pada waktu malam berbanding dengan kehidupan Qisya Makayla

Sewaktu mereka dalam perjalanan, mereka diam menyepi tidak berborak. Sejak Asyraf sudah mulai meluahkan perasaannya ini dirinya yang sentiasa cerah mula pudar

Mungkin senyuman itu menutupi segala kesakitan dan kesedihan begitu juga dengan Qisya. Tidak pernah lelah untuk menyimpan segala isi tersurat dan tersirat dalam pelbagai masalah

Qisya mula mencari topik untuk memulakan perbualan mereka di dalam kereta itu

" Kenapa kau diam je, my love? Selalu kau membebel dekat aku "

" Aku kuat bebel? Jadi perempuan lah aku lepasni "

" Tapi kan my love, kau memang suka membebel macam mak nenek ke? Dulu kau tak macam ni pun "

" Sekarang bila dah jumpa kau dan kau pula ada sakit. Aku jadi risaukan kesihatan kau. Aku taknak orang yang aku cinta sakit " Asyaf ni memang tak perasan ke panggilan yang Qisya beri itu?

" Mesti kau tak cari aku kan masa aku menghilang haritu? " Qisya sengaja menanyakan soalan begitu supaya suasana di dalam kereta itu tidak sunyi

Dia tak mahu Asyraf memikirkan sesuatu. Dia yakin Asyraf ada sembunyikan apa-apa dari dia.

" Kenapa tanya macam tu? Aku cari puas dah. 10 bulan kau menghilang umpama 10 tahun. Masa kau tak ada, macam-macam jadi dekat aku "

" Kenapa dengan kau? "

" Pasal umi aku. Masalah kerja. Masalah peribadi "

Dengar sahaja perkataan ' umi ' Qisya dapat merasakan yang mereka bergaduh sebab dia sendiri

" Patut lah dalam Whatsapp bukan main kau spam ye. Padahal aku bukan pegang handphone pun "

" Kenapa kau tak pegang handphone? "

" Sebab aku malas. Waktu tu aku banyak masalah yang perlu diselesaikan. Tapi tu lah masalah tu tak akan pernah habis pun bagi aku. Jadi nak taknak hadap jelah "

" Kalau kau nak tahu kan, Qisya. Waktu kau tak ada tu ada seorang perempuan ni. Dia kawan pejabat aku dekat Penang. Dia datang sini nak bagitahu dia mengandungkan anak aku "

" Dia sanggup datang rumah aku. Semua penjelasan tu di depan umi aku sendiri. Umi dengar saja perkara itu terjadi, dia suruh aku kahwin dengan perempuan tu "

" Dia nak aku bertanggungjawab sedangkan aku dengan perempuan tu tak pernah keluar berdua pun "

" Tapi umi tak terkejut dengar macam tu. Aku pun tak tahu kenapa. Umi paksa aku berkahwin dengan dia "

" Aku dah tolak dan aku dah terus terang yang aku tak rosakkan anak dara orang. Waktu tu aku boleh call Azim dan yang lain sebagai saksi. Tapi umi taknak "

" Perempuan tu memang suka aku. Sebelum aku pindah sini, aku dah reject dia mentah-mentah. Aku bagitahu yang aku sudah pun ada bakal isteri "

" Dia nak aku bawa jumpa bakal isteri tu dengan dia. Aku sanggup buat sebab taknak dia kacau aku. Tapi tu lah kau pula menghilang "

" Kau kahwin tak dengan dia? " Soal Qisya

" Tak. Sebab abang dia datang rumah aku. Abang dia bagitahu cerita sebenar. Nanti aku tunjuk muka dia "

" Sekarang ni aku ada masalah besar Qisya. Masalah tu aku tak boleh nak ceritakan dekat kau "

" Tak apa Asyraf. Aku faham mungkin sebab kau nak tutup aib kau sendiri. Aku tak paksa untuk kau bercerita dengan aku semuanya tentang kau. Aku cuma nak kau ingat, aku sentiasa sayang kau dunia dan akhirat "

Berkerut dahi Asyraf mendengar ayat sebegitu. Dia hairan tetapi dalam masa yang sama dia blushing

Crush sendiri sayang sangat dekat dia. Mana tak suka nya. Makin kembang lah pipi Asyraf jika hari-hari begini

Setelah sampai di kedai makan itu, mereka terus keluar dari pintu kereta dan terus mencari kelibat kawan-kawannya

Sejujurnya, Qisya lah ketua kelab kereta ini bagi daerah Seremban sahaja. Dia pun tidak tahu perbincangan apa yang mereka mahu bincangkan

Semua nya Azim yang uruskan tidak kisah lah ada event ataupun tidak

Mereka memesan makanan kepada pelayan yang sedang berdiri tegak serupa menyanyikan lagu ' Negaraku ' saja

Dia, Cinta Matiku.Where stories live. Discover now