-Bab 2 -

13 0 0
                                    

Qisya terus turun dari motor dan duduk di atas kerusi yang telah disediakan. Dibelakanginya ada beberapa kawan kerjanya turut memberikan semangat kepada Qisya.

Encik Qashid menanyakan pakcik itu apa yang dia mahu. Dia terlalu marah dengan pakcik itu. Tetapi pakcik itu tetap memberikan alasan yang sama.

" Saya taknak kurang ajar dengan pakcik. Kenapa pakcik boleh sampai ke sini? Itu anak dara saya " Encik Qashid menghembus nafas lega supaya kemarahannya terkawal.

" Pakcik nak sedekah je " Jawab pakcik tua itu

" Sedekah dekat anak yatim. Dekat orang yang memerlukan. Kenapa sedekah dekat anak saya? Ni anak sulung saya. Saya boleh jaga dia. Sedekah apa benda nya? " Beliau sudah mengangkat ingin menumbuk pakcik itu.

Kesabarannya telah tipis senipis sehelai kertas

" Eh bang, jangan bang. Saya pun nak tumbuk pakcik ni juga. Tapi kalau kita buat, kita yang kena masuk dalam nanti " Kata seorang lelaki yang berdiri di depan pakcik itu dari tadi

" Pakcik nak apa? Nak duit balik? Nah ambil balik! Saya tak hamak! " Teresak-esak Qisya menangis memberikan duit itu balik. Dia terus memeluk kawannya, Wani.

Tak lama kemudian, polis pun sampai di tempat kejadian. Polis itu menggari kedua belah tangan pakcik tua itu lalu mereka bawa ke balai untuk soal siasat.

Selepas solat Maghrib, Qisya dan Encik Qashid pergi ke balai untuk membuat laporan tentang kejadian pakcik itu dengan menaiki motorsikalnya.

Sesampainya di balai, mereka terus masuk ke balai itu dan menceritakan kepada polis itu.

Qisya memberitahu semuanya apa yang terjadi antara dia dengan pakcik itu. Selesai membuat laporan, Qisya dan Encik Qashidpun keluar dari balai itu untuk pulang ke rumah kerana selepas waktu solat Isyak mereka perlu pergi ke rumah ustaz untuk berubat.

Puan Dheeya menelefon Qisya untuk bertanyakan apa sudah terjadi. Dia memberi pesanan supaya tidak memandang mata pakcik itu.

Qisya teramat trauma. Dulu dia menganggap pukau ini tidak akan terjadi pada dirinya. Tapi hari ini sudah terjadi. Dia takut untuk memandang wajah pakcik tak kira lah siapa pun.

Sesampai di rumah ustaz, Qisya terus duduk di hadapan ustaz itu. Ustaz itu pun terus mengambik botol air mineral lalu dia membacakan ayat suci Al-Quran.

Dia merenjis air yang dibaca itu tadi ke satu badan Qisya. Ustaz itu mengatakan Qisya sudah pun terkena dengan pukau.

Walaupun hanya pukau, ustaz itu takut jika dia sebati dengan jantungnya. Jika terlambat berubat, mungkin Qisya akan mengikuti pakcik itu ke mana saja.

Nasib lah masih awal lagi. Sejak dari kes itu dia akan membaca surah Yasin dan surah 3 Qul setiap malam sebelum tidur.

Jika dia teringatkan pakcik itu lagi, dia perlu minum air Yasin yang dibacakan oleh ustaz tadi. Pada keesokan harinya, dia memulakan rutin hariannya seperti biasa dengan pergi ke kerja. Dia perlu siapkan biskut itu dengan cepat.

Qisya termenung dan duduk seorang-seorang. Kak Hanim selaku pekerja atas umur dari Qisya itu menasihati supaya bergelak ketawa dengan mereka.

" Jangan duduk seorang-seorang Qisya. Nanti teringat dekat pakcik itu lagi. Kalau duduk seoang-seorang ni nanti kitaorang risau " Betul apa kata Kak Hanim itu.

Qisya termenung kerana dia sangat mengantuk saja. Dia memberikan senyuman ikhlas kepada Kak Hanim supaya orang lain tidak mengrisaukan tentangnya.

Majikannya, Kak Lia mereka menyuruh masuk ke rumah untuk mengira berapa buah stok yang sudah siap. Mereka perlu siapkan 3 ribu biskut.

Mana tak lambatnya, ada biskut yang dah hangus. Ada juga yang dah pecah. Dan ada juga yang tidak cantik. Kerja mereka jadi lambat.

Susah juga ya kerja buat biskut ni. Nampak je sedap, tapi nak pastikan sentiasa tampak sedap dan cantik itu susah.

Lagi-lagi dapat pelanggan yang cerewet. Nasib lah pelanggan yang memesanan 3 ribu ini tidak cerewet dan mereka perlu menghantar di Kelantan.

Sudah masuk dua bulan Qisya bekerja di situ. Dia diberhentikan oleh Kak Lia atas sebab-sebab tertentu. 

Lagipun penat lelah dia bekerja tetapi gajinya hanya bawah seribu saja. Daripada dia membuang masa majikannya itu memanggil semula lebih baik dia mencari kerja baharu.

Seperti biasa, Puan Dheeya mencari pekerjaan untuk anaknya di laman sesawang Facebook miliknya.

Qisya bekerja mengambil pesanan dari pelanggan sahaja dan perlu menghantar air serta makanan di meja pelanggan.

Kerja di situ tidak lah penat baginya. Cuma penat hati. Hari-hari juga dia makan hati dengan pekerja-pekerja di situ.

Ada yang sanggup tikam belakang. Ada juga yang tidak sukakan Qisya. Sampai tak mahu bertegur pun.

Mesej di Whatsapp pun tidak membalas. Apatah lagi nak rapat dengan Qisya. Lambert lagi!

Nasib lah ada seorang pekerja lelaki yang baik dengannya. Lelaki itu pula bernama Baihaqi. Mereka memanggilnya Bai sahaja.

Wajah lelaki itu mirip seperti Asyraf. Qisya rindu dengan Asyraf. Apa lah yang Asyraf buat sekarang ya?

Dia memerlukan Asyraf di sisinya, tetapi mereka sudah jauh tambah lagi mereka sudah tidak berhubung. Qisya buntu tak tahu mana nak cari.

Qisya mengambil pesanan dari pelanggan seperti biasa. Pada waktu itu, pelanggan terlalu ramai. Jadi dia tiada masa untuk berfikir tentang masalah yang dia hadapi.

Dia menghantar air ke meja pelanggan tetapi tukang masak memarahi Qisya kerana tidak mendengar panggilannya.

Majikannya hanya duduk di meja kaunter dan memerhati sikap pekerja masing-masing. Dia ternampak apa yang Qisya sedang lakukan.

Dia dapat merasakan Qisya sudah berusaha lebih keras untuk bekerja di sini.

Tepat pada pukul 1 tengah malam, majikannya membuat perjumpaan antara pekerja. Dia memarahi tukang masak itu.

Dan dia memberitahu bahawa Qisya sedang menghantar air ke pelanggan. Dan ada yang memuji cara Qisya bekerja sangat lah memuaskan.

Qisya adalah contoh pekerja yang patut mereka  contohi. Qisya bangga dengan hasil usaha sendiri yang selama ini tiada siapa pun nampak pengorbanannya ketika bekerja.

Itu yang membuatkan dia berfikir setiap hari. Dia berfikir apa patut dia buat untuk semua orang nampak usahanya sehingga lah dia tertekan.

Dia tertekan dengan tempat kerja, dan juga tertekan dengan masalah peribadi. Dia tiada tempat untuk meluah.

Jadi dia hanya hadap seorang diri sahaja. Dia perlukan tempat untuk mengadu masalah tapi tiada siapa yang sudi ketika ini.

Pada malam itu, majikannya memberitahu bahawa akan ada pekerja baharu yang akan masuk pada hari esok.

Dia juga ingin memberitahu bahawa pekerja baharu ini cara bekerjanya lebih pantas. Qisya terasa tersaing.

Dia cukup rasa tercabar tapi dia tiada keyakinan dalam diri. Dia ingin mencuba sedaya upaya sanggup ketepikan penat lelahnya. Dia baru nak rasa bangga atas kepujian pelanggan tadi.

Sudah seminggu pekerja baru itu bekerja di situ. Di depannya seolah dia mahu menolong semua orang. Tetapi di belakang Qisya?

Qisya sedih lalu dia keluar di depan kedai itu untuk menangis sendirian. Dia tidak memerlukan sesiapa pun untuk memujuk hatinya.

Pekerja baharu itu pun keluar menemani Qisya menemani yang sedang bersendirian. Dia ingin memujuk Qisya. Yeke nak pujuk? Atau nak korek rahsia?

Dia memaksa Qisya untuk bercerita masalah apa yang dipendam. Qisya cuma cerita apa yang patut dan apa yang dia rasa


Dia, Cinta Matiku.Where stories live. Discover now