MR MASK PROLOG

14.1K 299 35
                                    

Suasana hening di kawasan tanah perkuburan petang itu begitu meruntun sekeping hati milik seorang suami yang kesepian. Pemergian isteri tercinta 5 bulan yang lalu, begitu membawa kesan dalam hidupnya sehingga ke hari ini.

Satu kenyataan yang terlalu pahit untuk ditelan oleh seorang lelaki yang bernama Adi Akashah. Tapak tangan ralit mengusap batu nisan yang terukir nama arwah isterinya, Humaira Binti Alias. Satu-satunya wanita yang dia cintai dalam hidupnya. Takkan ada lagi wanita yang boleh bertakhta dalam hatinya selepas ini. Cintanya untuk arwah Humaira, cinta sampai syurga. Hanya Humaira cintanya sampai bila-bila.

Doa dipanjatkan ke hadrat Ilahi. Memohon semoga isterinya di tempatkan ke dalam syurga yang paling tinggi. Kerana wanita yang bernama Humaira, terlalu sempurna untuknya. Tiada cacat-celanya. Seorang wanita yang sangat mentaati dan menghormatinya sebagai seorang suami.

"Sayang, sampai ke hari ini, abang masih tak mampu nak terima hakikat yang sayang dah tinggalkan abang. Kenapa sayang tinggalkan abang sebegini cepat? Abang tak puas lagi nak bahagiakan sayang, tak puas lagi nak manjakan sayang. Kenapa tak abang ja yang mati hari tu" Teresak-esak Adi menangis dan merintih. Airmata yang merembes keluar dibiarkan membasahi pipi.

Kejadian hari itu sentiasa menganggu mindanya. 5 bulan dia tidak pernah dapat hendak tidur dengan lena. Dia menjadi insomnia . Rasa bersalah bertimpa-timpa menghimpit diri kerana dia gagal menyelamatkan isterinya dalam kemalangan itu. Sehingga sekarang dia salahkan diri sendiri yang menjadi penyebab kematian isterinya. Dia menjadi trauma selama 5 bulan lamanya tidak mahu memandu kereta. Hanya duduk berkurung di dalam rumah. Dirinya juga sudah menjadi tidak terurus. Berat badan turun mendadak. Badannya yang dulu tegap, kini sudah sedikit kurus dan cengkung.

"Abang minta maaf sebab dah jadi suami yang gagal untuk melindungi sayang. Abang takkan cari pengganti sayang. Sayang mati disebabkan abang. Seumur hidup abang akan tanggung rasa bersalah ini. Abang akan tutup pintu hati abang untuk mana-mana perempuan lagi selepas ini. Cinta abang hanya sayang yang berhak memilikinya" Bahu Adi semakin terhinggut-hinggut naik seiring dengan tangisannya yang semakin berlagu kuat.

"Dan abang berjanji dengan sayang yang wajah abang hanya sayang yang layak menatapnya. Mulai sekarang, wajah abang bukan untuk tatapan mana-mana wanita lagi" Topeng hitam di tangannya direnung lama.

Dia mengambil keputusan senekad ini kerana dia tidak mahu sesiapa jatuh cinta padanya lagi selepas ini. Dia tidak mahu mengkhianati cinta isterinya. Biarlah keluarganya nak halang sekalipun, dia tidak peduli. Hati dia, hidup dia, adalah urusan dia. Dan hatinya, sudah di tutup serapat-rapatnya. Seolah-olah hati itu sudah mati rasa untuk mencintai dan dicintai. Biarlah orang menganggap mukanya buruk. Itu lebih baik.

Terasa bahunya disentuh, Adi mendongak sebelum pandangan dijatuhkan semula ke pusara arwah isterinya.

"Dah 2 jam kau kat sini. Mama kau cari" Sejak tadi, Rizal setia menanti sahabatnya di situ.

Segala kesakitan, suka-duka yang Adi lalui selama 5 bulan ini, dia setia berada di sisi lelaki itu memberikan sokongan dan kata-kata nasihat. Dia tidak mahu Adi terus hanyut dengan dunianya sendiri. Dia tidak mahu Adi terus hilang pedoman dan menyalahkan takdir.

Adi hanya terdiam. Tidak berminat mahu bersuara. Pandangan hanya terhala ke tanah yang sudah dihiasi taburan bunga mawar yang mewangi itu. Bunga kegemaran arwah isterinya.

"Adi, dah 5 bulan berlalu. Bangkitlah dari kesedihan. Lepaskan arwah pergi dengan tenang. Jangan seksa arwah" Pujuk Rizal lagi. Peluh yang mengalir di dahi di seka perlahan. Cuaca petang ini memang panas.

Adi hela nafas dalam. Pandangan matanya kosong dan tiada perasaan. Sesekali tangannya meramas-ramas tanah kubur perlahan.

"Cakap memang senang Riz. Yang menghadapinya, aku. Tak ada sorang pun nak faham aku. Mama, papa, kak long.."

Dear Mr Mask - Ebook (Full Version) Where stories live. Discover now