MR MASK 9

3.6K 193 20
                                    

"Bella, děng yīxià (Tunggu)" Melihat Bella yang tergesa-gesa keluar dari dewan kuliah, pantas Alex mengejar.

"Aku pergi dulu lah Bella. Nanti kita jumpa dekat kafe eh" Fatimah pula terus memberi ruang kepada Bella untuk bercakap dengan Alex bila dia melihat riak wajah pensyarah nya itu nampak keruh je hari ini. Tak ceria seperti selalu.

"Okay. Nanti aku ke kafe" Balas Bella ukir senyum. Dia kemudian menoleh ke arah Alex yang sudah berdiri di sebelahnya.

"Ya Sir. Ada apa?" Soal Bella lembut. Dia perasan je Alex nampak macam tak mood masa mengajar dalam kelasnya tadi. Dan dia dapat agak apa sebabnya. Cuma dia malas nak ambil port sangat.

"Nǐ zhēn de yào jiéhūn ma? (Betul ke you nak kahwin?)" Selepas Alex menerima berita yang lamaran nya ditolak semalam ketika dia menghubungi ayah Bella, dia benar-benar kecewa.

Dan lebih mengejutkan lagi bila dia menerima berita yang Bella akan berkahwin dengan lelaki lain. Sejak bila Bella ada kekasih hati selepas dia berpisah dengan Eijaz? Kenapa selama ini tidak pernah pula dia nampak Bella keluar dengan mana-mana lelaki. Dia jadi musykil dan tidak puas hati.

"Shì de, xiānsheng (Ya betul, Sir)" Bella berterus-terang. Untuk apa nak disembunyikan lagi bila Alex sudah tahu.

Dia sedar yang dia sudah mengecewakan harapan Alex bila dia tanpa banyak fikir menolak lamaran Alex. Apa boleh buat, dia memang tak ada perasaan langsung pada Alex.

"Nàge nánrén shì shéi? (Siapa lelaki tu?)" Soal Alex mahu tahu. Hebatk sangatkah lelaki itu berbanding dengan dia? Sampaikan Bella memilih lelaki itu? Teringin juga dia hendak melihat wajah lelaki yang begitu berjaya menambat hati Bella ni.

"Tā shì gè rén. Xiānsheng yě bù rènshi tā (Adalah seseorang. Sir tak kenal dia pun)"

"Hebat sangat ke dia sampai you nak kahwin dengan dia? Dan langsung tolak lamaran I?" Soal Alex dalam nada tidak puas hati. Bella langsung tak pernah beri dia peluang dan ruang untuk merapatkan hubungan mereka ke arah yang lebih serius.

Bella hela nafas. Ni lah yang dia malas sangat bila Alex dah mula nak bercakap soal perasaan. Aduh.

"Dah namanya jodoh, tak kiralah dia hebat ke tak" Balas Bella tenang.

"I tak puas hati kenapa tiba-tiba aje you nak kahwin ni. I nak jumpa lelaki tu" Pinta Alex lagi.

"No need la Sir. Untuk apa pulak Sir nak jumpa dengan dia?" Bella pula terkejut mendengar permintaan Alex. Tak penting pun untuk Alex jumpa dengan Mr Mask dia tu.

"Ya, I must know siapa lelaki tu. Adakah dia benar-benar layak untuk jadi suami you. Dia memang lebih hebat dari I ke sampai you langsung tak nak pandang I" Tukas Alex dalam nada keras. Masih lagi tidak puas hati.

"Sir ada kelas lagi kan lepas ni? Saya nak ke kafe dulu. Nanti Fatimah tunggu lama pulak" Bella cuba mengelak untuk terus berbicara dengan Alex.

"You saja nak mengelakkan? I dah lama sukakan you Bella. Kenapa susah sangat untuk you terima I?" Alex pandang wajah cantik Bella dengan penuh rasa cinta. Kenapa susah sangat dia nak memenangi hati sepupunya yang sorang ini. Orang yang dia nak, tak nak dekat dia. Yang dia tak nak, terhegeh-hegeh pula nak kat dia. Huh!

"Soal perasaan mana boleh paksa. Lagi pun saya anggap Sir dah macam abang saya sendiri" 

"Bùyào zhèyàng kàn wǒ. Wǒ bù xǐhuān (Jangan anggap I macam tu. I tak suka)" Alex mendengus. Dah kenapa nak anggap dia macam abang sedangkan mereka boleh jadi suami isteri.

Aduh! Bella garu kepala yang tidak gatal. Kenapalah mamat cina yang sorang ni susah sangat nak faham eh? Nak kena cakap Hindi ke baru dia faham?

"Main tumse pyaar nahi karta (Saya tak cintakan awak)" Terkumat-kamit mulut Bella membebel. Haa, ambik kau. Aku bagi kau ayat bollywood.

Dear Mr Mask - Ebook (Full Version) Where stories live. Discover now