"Kau dekat mana dah ni Adi? Apesal lambat sangat?" Soal Rizal sambil menekap telefon bimbit ke telinga. Dia melihat jam di pergelangan tangan. Kejap lagi mereka berdua ada urusan dengan klien syarikat di sini.
"Aku on the way dah ni. Kau tunggu je lah kat situ" Adi yang masih memandu menjawab. Setelah sekian lama dia menyendiri dalam dunianya, dan hari ini dia kembali semula untuk melawan semua rasa itu. Kembali semula kepada kehidupannya yang asal.
"Jangan lambat sangat bro. Klien dari China ni on time. Kang buruk nama syarikat, kau jugak yang susah" Rizal mengingatkan.
"Aku tahu lah!"
"Dan satu lagi, tolong jangan jumpa klien dengan muka bertopeng kau tu. Ini urusan kerja. Jangan nak campur-adukkan dengan masalah hati kau tu" Sekali lagi Rizal memberi amaran. Gila la kalau Adi nak berjumpa dengan klien pakai topeng macam tu. Mahunya 7 keturunan klien tu takut nak bekerjasama dengan mereka nanti agaknya. Lagipun Encik Kifli dah berpesan awal-awal tadi supaya dia pastikan Adi tak buat kerja gila petang ini.
"Ya Encik Rizal. Aku tahu. Kau ni banyak cakap betul lah hari ni. Sakit telinga aku dengar"
"And one more..."
"Apa lagi?"
"Be prepared. Kau dah lama tak keluar dari dunia sepi ciptaan kau tu. Dah 2 tahun kau tak berurusan dengan klien secara bersemuka. Bekerja dari rumah je. Jadi, tolong, kembali lah menjadi Adi Akashah yang berwibawa macam dulu"
"Hmmmm" Itu saja jawapan Adi.
Rizal yang sedang berjalan dan berbual dengan Adi melalui telefon, terus hentikan langkah bila dia seakan melihat Bella tidak jauh dari situ bersama dengan seorang lelaki. Apa Bella buat dekat sini?
"Apasal kau tiba-tiba diam je ni?" Adi bersuara di hujung talian.
"Eh, jap bro. Aku rasa aku macam ternampak Bella lah"
"Hah? Dekat mana?" Kedengaran kalut dan tak tenteram suara Adi di hujung talian.
"Dekat sini lah" Rizal terus berjalan menghampiri gadis yang dia yakin memang Bella.
"Dia sorang ke?" Soal Adi lagi.
"Errrr, tak. Ada lelaki bersama dengan dia" Rizal kerut dahi.
"Siapa? Alex?" Soal Adi lagi.
"Bukan. Aku tak kenal lah bro. Tak pernah nampak pula"
Kedengaran bunyi suara Adi mendengus kasar di hujung talian. Tidak tahu bagaimana reaksi dia sekarang ini selepas mendengar kata-kata Rizal.
"Kau rileks. Jangan terus nak fikir yang bukan-bukan. Biar aku pergi siasat dulu" Rizal cuba mententeramkan Adi.
"Pergi cepat!" Arah Adi lagi. Serasa nak saja dia pergi dapatkan Bella dekat mall sekarang ni. Siapa pula lelaki tu kalau bukan Alex?
"Okay. Eh jap, apesal kau kalut sangat ni? Bukan kau tak suka Bella ke? Ha, jangan-jangan...." Rizal tersengih.
"Just shut up! Pergi buat kerja kau!" Keras nada suara Adi menerjah pendengaran.
"Okay, okay. Hisy!"
Rizal terus mematikan talian. Dia terus menghampiri Bella yang nampak tidak selesa saja bersama dengan lelaki itu.
"Bella? What's going on here?" Rizal terus menegur bila dia ternampak lelaki yang bersama dengan Bella dok pegang tangan Bella sedari tadi.
Bella dan Eijaz serentak menoleh ke arah Rizal. Terkejut Bella melihat Rizal berada di sini. Lantas dia memandang semula ke arah Eijaz bersama wajah merah padam.
YOU ARE READING
Dear Mr Mask - Ebook (Full Version)
RomanceAdi Akashah, kehilangan isteri tercinta dalam satu kemalangan, telah menjadikannya seorang lelaki yang hidup dalam jiwa yang mati. Menyalahkan diri sendiri sebagai punca kematian isterinya, dia telah nekad untuk tidak membenarkan cinta hadir lagi k...