MR MASK 25

4.1K 226 35
                                    

"Ya Allah! Baby! Baby!!! Apa yang terjadi?" Bagaikan orang hilang akal saja lagak Adi sekarang. Entah kenapa tanpa sedar dia boleh memanggil Bella dengan panggilan Baby. Mujur saja Bella tak dengar ni. Kalau tak, mahu pengsan 7 hari 7 malam agaknya amoi tu sebab fikirkan dia dah gila dan buat tebiat.

Sepanjang hari ini dia duk tersengih-sengih macam orang gila bayang penangan ciuman sepantas kilat pagi tadi. Terus dia pergi cari dan fikir nama manja yang dia nak panggil untuk amoi kecik tu tadi. Yalah, usia dia dan Bella berjarak 12 tahun. Sudah pasti saja dia anggap Bella tu macam budak-budak lagi. Arwah Humaira dulu berbeza 3 tahun dari dia. Jadi mereka sama-sama matang dalam meniti kehidupan mereka sebagai pasangan suami isteri. Dan spontan pula perkataan baby itu terus terkeluar dari mulutnya bila mendengar jeritan Bella di hujung talian.

Capai hoodie, capai kunci kereta Bugatti Centodieci,  Adi terus berlari keluar dari bilik. Telefon pula kekal melekap di telinganya. Perasaannya usah dikata lagi ketika ini. Cemas, risau, geram semua ada. Apa yang sedang berlaku sebenarnya? Siapa suara-suara lelaki yang kecoh-kecoh di talian sedang mengejar Bella? Apa yang mereka nak buat dengan Bella? Bermacam-macam soalan menerjah mindanya.

Adi ketap bibir menahan rasa marah yang menggila. Entah tidak tahu marahkan siapa sekarang ini. Yang pasti, dia memang marah kalau lelaki-lelaki itu cuba untuk mengapa-apakan Bella. Puan Aisyah dan Encik Kifli yang sedang duduk menonton tv di ruang tamu, menoleh ke arah Adi yang berlari laju menuruni anak tangga dan terus menghala ke muka pintu tanpa menegur mereka.

"Adi, nak ke mana tu?" Soal Encik Kiflli hairan.

"Nak keluar kejap papa. Ada hal kecemasan" Buat masa sekarang Adi tak berani nak berterus-terang kerana dia belum pasti dengan apa yang sedang terjadi ke atas Bella.

"Hal kecemasan? Kamu nak pergi dengan siapa?" Soal Encik Kifli lagi. Puan Aisyah turut memandang ke arah Adi yang mukanya sudah tertutup separuh dengan hoodie, tapi malam ini dia agak hairan bila tidak melihat topeng menutupi wajah anaknya.

"Adi pergi sendiri. Nanti Adi ceritakan sebab Adi nak pergi cari kebenaran dulu" Adi terus membuka kasar daun pintu.

Dia terus berlari ke arah garaj yang menempatkan Bugatti Centodieci berwarna hitam yang sudah dua tahun tersimpan rapi di situ. Dibalut dengan kain penutup kereta dan selama dua tahun ini jugalah dia tak pernah lagi memandu kereta selepas trauma dengan kejadian yang meragut nyawa arwah isterinya dulu.

Kain penutup kereta diselak kasar dan dilempar ke tepi. Seketika Adi merenung ke arah kereta mewah dihadapannya ini. Nafas ditarik dalam-dalam. Adakah dia benar-benar yakin yang dia mampu untuk memandu semula selepas dua tahun dia langsung tak memandu kereta? Ya Allah, apa aku nak buat ni? Tolong lindungi isteri aku ya Allah. Adi benar-benar gelisah. Tapak tangan sudah mula berpeluh-peluh. Tubuh pula terasa seram sejuk.

Adi masih berkira-kira lagi selepas dia unlock pintu kereta. Tangan menarik handle pintu kereta, namun dia teragak-agak hendak melangkah masuk. Peluh dingin mula mengalir dari dahinya yang terselindung di sebalik hoodie. Entah kenapa dia merasa tidak yakin. Seketika, dia menekap semula telefon ke telinganya. Dia tidak matikan talian sejak tadi kerana dia tidak mahu terputus panggilan dengan Bella.

Adi mendengar bunyi di talian. Bunyi derap tapak kaki yang berlari di atas jalanraya, dan sayup-sayup kedengaran suara-suara lelaki yang masih kecoh seakan mengejar Bella. Adakah lelaki itu penjenayah? Dan bagaimana pula Bella boleh terlibat dengan lelaki-lelaki jahat ni? Ini yang buat Adi geram. Dah malam-malam tak reti nak balik. Tengok sekarang apa dah jadi?

"Tolonggggggg!!!!!!"

"Mana lu mau lari hah amoi!!! Hahahaha!!!! Wa dapat tangkap lu!!!!"

Adi semakin tidak keruan bila mendengar perbualan itu. Berkali-kali dia pandang dalam kereta yang sudah terbuka pintunya. Mata dipejam rapat, dengan lafaz bismillah, dia melangkah masuk ke dalam dan duduk. Turun naik nafasnya menahan rasa yang bercampur-baur sekarang ini. Rasa tidak yakin, rasa takut, bimbang semua ada. Mampukah dia untuk memandu lagi sekarang ini? Bukan mudah hendak mengatasi rasa trauma yang telah sekian lama menghantui dirinya.

Dear Mr Mask - Ebook (Full Version) Where stories live. Discover now