MR MASK 29

4.3K 265 84
                                    

Erat pelukan Adi pada tubuh Bella. Semuanya berlaku dalam sekelip mata. Mujur saja dia sempat mencapai Bella tadi. Cuma dia rasa siku dia luka akibat bergesel di permukaan jalan. Itu tidak penting, yang penting Bella selamat. Itu saja yang dia fikirkan tadi.

"Ya Allah, awak! Awak tak apa-apa ke?" Cemas Bella angkat tubuh. Bagaikan nak tergugur jantungnya dengan apa yang hampir terjadi tadi.

Adi juga turut bangun. Namun lidahnya terasa kelu hendak berkata-kata. Hatinya masih lagi berdebar-debar membayangkan kejadian tadi. Entah lah, dia terlalu takut bila melihat apa-apa kejadian yang melibatkan kereta. Dan mungkin dia lebih takut bila seakan-akan terasa yang dia akan kehilangan Bella juga.

"Lain kali tengok dulu kiri kanan kalau nak menyeberang jalan. Jangan main ikut sedap je nak jalan! Tak habis-habis nak menyusahkan!" Niat tadi hendak bertanyakan keadaan Bella, tapi entah kenapa Adi beremosi. Dia memarahi Bella dek kerana rasa bimbangnya yang tak tertanggung.

Terpejam mata Bella mendengar kata-kata suaminya. Dia sekadar melihat ke arah Adi yang sudah berdiri sambil menepuk-nepuk belakang baju dan seluarnya. Dia ikut bediri sama. Ada air hangat yang bertakung di kolam matanya, namun sedaya upaya dia cuba tahankan dari gugur menitis ke pipi.

"Awak tak apa-apa? Tak ada cedera?" Soal Bella lagi dalam nada tertahan.

Adi yang menunduk sedari tadi, angkat muka. Dan tatkala sepasang matanya tersorot ke arah sepasang mata yang nampak berkaca-kaca itu, dia diterpa rasa bersalah. Kenapa dia perlu memarahi Bella sedangkan semua ini terjadi secara kebetulan? Adi mengeluh kecil.

"Aku tak nak jadi benda macam ni lagi. Aku tak nak terlibat dengan apa-apa masalah yang boleh membebankan fikiran aku. Kau jangan nak terlalu leka dengan keselamatan diri sendiri" Pesan Adi lagi tanpa mahu memandang wajah isterinya.

Bella menunduk. Dia dah susahkan suami dia ke? Tapi dia tak minta pun semua benda ni jadi. Lantas dia angkat muka.

"Saya minta maaf" Meluncur lembut ayat itu keluar dari ulas bibirnya menyebabkan Adi terdiam seribu bahasa.

Suasana menjadi sepi untuk seketika. Masing-masing tenggelam dalam emosi yang berkecamuk.

"Itu ajelah yang kau tahu. Maaf! Maaf! Maaf! Lepas tu kau buat lagi. Dah! Balik! Aku penat nak layan perangai kebudak-budakan kau ni" Adi terus berlalu dari situ. Dia tidak mahu membiarkan dirinya kalah dengan sepasang mata yang berkaca itu. 

"Awak balik lah. Tak apa. Saya pandai jaga diri sendiri" Bella seakan berjauh hati. Dia terus melangkah meninggalkan Adi yang sudah berjalan menuju ke arah kereta.

Terus terhenti langkah kaki Adi bila mendengar kata-kata itu. Drastik dia pusingkan tubuh dan memandang tubuh Bella yang sudah melangkah ke laluan sana. Dia mendengus dan ketap bibir. 

"Kau nak ke mana tu!?" Soal Adi agak kuat sambil bercekak pinggang di situ. Mata masih tidak lepas dari memerhati langkah Bella yang perlahan.

Bella tidak menjawab. Sungguh dia berkecil hati dengan suaminya. Kalau dia menyusahkan suaminya, jadi dia tidak akan susahkan lagi lelaki itu lepas ni. Ingatkan perasaan teruja dan bahagia yang dia rasa malam ini adalah titik permulaan untuk hubungan mereka, tapi ternyata tidak. Telahannya tidak benar. Dan dia sedar, sampai bila-bila pun suaminya tidak akan pernah menerima dan mencintai dirinya kerana cinta lelaki itu tetap utuh buat arwah Humaira. Oh tuhan! Aku dah gagal. Belum lagi tiba ke titik garisan penamat, adakah aku sudah kalah secepat ini. Berbaki 60 hari lagi untuk aku genapkan tempoh berharga 3 bulan itu ya Allah.

"Kau nak ke mana!?" 

Bella tersentak bila pergelangan tangannya di tarik dari belakang dan tubuhnya ikut terpusing sekali. Tidak pula dia mahu memandang Adi yang sudah berdiri di hadapannya.

Dear Mr Mask - Ebook (Full Version) Where stories live. Discover now