MR MASK 28

4.3K 254 52
                                    

Adi terus memarkir kereta di kawasan parkir di seberang pusat boling yang menjadi tempat pilihan mereka untuk bermain boling malam ini. Bella terus menanggalkan tali pinggang keledar yang membelit tubuhnya. Pemegang pintu di tarik. Dia menoleh ke arah Adi sambil tersenyum.

"Thank you awak sebab susah-susah hantar saya. Awak hati-hati drive balik tau" Bella terus membuka pintu kereta selepas menyampaikan pesanan kepada Adi. 

Baru dia hendak melangkah, dia mendengar enjin kereta dimatikan berserta bunyi pintu yang ditutup kuat. Dia menoleh. Terbeliak matanya bila melihat Adi selamba saja berjalan mendahuluinya menghala masuk ke pusat boling.

"Eh! Awak! Awak! Tunggu!" Terus Bella berlari mengejar langkah Adi yang panjang itu.

Adi tidak menoleh. Dia terus berjalan sambil tangan diseluk ke dalam poket seluar jeans nya. Bella terus berjalan di sebelah Adi dengan pandangan yang pelik.

"Err awak nak pergi mana?" 

"Kau tak nampak ke aku nak pergi mana?" Soalan berbalas soalan.

Bella garu kepala. Yalah memang dia nampak Adi tengah berjalan masuk ke pusat boling sekarang ni. Tapi dia buat apa kat sini. Takkanlah dia nak main boling jugak?

"Awak nak main boling jugak ke?" Soal Bella lurus.

"Habis tu, ingat kau sorang je yang boleh main?" 

"Mana lah tahu kot-kot awak nak pergi jalan-jalan saja-saja je ke. Kalau macam tu, jom lah kita masuk cepat. Alex ada mesej saya tadi. Katanya dah sampai" Bella merasa teruja pula bila Adi nak ikut dia main boling.

Adi mendengus geram. Gigi diketap rapat.

'Tak habis-habis dengan Alex. Alex tu, Alex ni. Apa bagus sangat ke mamat annoying tu? Heii, geram betul lah!' Adi memandang belakang tubuh Bella yang sudah berjalan laju dihadapannya itu. Langsung tak toleh kiri dan kanan lagi. Dah tak sabar sangat ke nak jumpa dengan Alex tu? Nak main boling bersama-sama? Argh! Macam-macam pula yang difikirkannya.

Alex dan Fatimah yang sudah sedia menanti di pusat boling, terus melambaikan tangan bila melihat kelibat Bella berlari masuk ke situ. Senyuman Alex yang lebar sejak tadi terus terpadam bila melihat sosok Adi tiba-tiba muncul di belakang. Heh, makhluk pelik tu ada sekali? Apa mimpi dia ada malam ni?

"Fat!!!!" Bella terus berlari meluru ke arah Fatimah. Terlebih gembira dan excited pula dia rasakan malam ni sebab encik suami tu ada sekali dengan dia. 

Fatimah sudah tersengih-sengih sambil angkat kening ke arah Bella bila dia melihat kelibat Adi berada di belakang Bella.

"Woitt amoi! Dah ada kemajuan nampak" Fatimah tertawa kecil.

Bella tersenyum-senyum sambil menoleh ke belakang. 

"Ha tu la. Aku pun masih terkejut dan tak sangka ni dia nak ikut aku keluar malam ni. Eeeiii, aku rasa macam nak guling-guling je tadi tau" Bella tekup mulut sambil ketawa mengekek dengan perlahan.

Fatimah turut berbuat perkara yang sama. Tak sedar kedua-duanya terus hanyut bergosip sampaikan Alex terus berdehem di situ menegur.

"Aii, bergosip apa tu you all?" Alex menghampiri Bella dan Fatimah.

Adi pula terus duduk di situ sambil memerhati sekeliling. Kalau nak di tolak di tambah, dah tiga tahun dia tak jejak kaki ke pusat boling. Dulu sibuk dengan kerja, lepas tu dah kahwin, memang banyak habiskan masa dengan arwah Humaira saja. Memang jarang mereka keluar bermain boling. Tapi banyak keluar menonton wayang bila hujung minggu. Argh, sungguh dia rindukan momen indah itu yang tak pernah lupus dari ingatannya sampai sekarang.

Dear Mr Mask - Ebook (Full Version) Where stories live. Discover now