Selepas subuh, Bella terus turun ke bawah. Mujur saja dia tak jadi demam selepas menelan panadol malam tadi. Nasib baik lah encik suami cepat je bertindak kan. Hehe. Hari ni dia nak ikut Mr Mask pergi rumah kak Diba. Dia pun nak bermesra juga dengan Aiman dan Ainul sebab tak pernah lagi dia dapat nak berjumpa dengan dua orang budak kecik tu dengan lebih rapat semenjak dia kahwin dengan Adi. Dan ini pun kali pertama Adi offer nak ajak dia pergi sekali ke rumah kak Diba. Mestilah dia tak nak lepaskan peluang keemasan ni. Mana tahu boleh dating terus nanti kan. Hihi.
Selepas menyediakan sarapan pagi itu, Bella terus keluar ke laman rumah. Dia menghala ke arah gazebo dan berdiri di situ. Memerhati deretan pasu bunga mawar yang berkembang mekar di situ. Senyuman terukir di bibir dan dia duduk bertinggung di situ. Mencabut rumput-rumput yang tumbuh meliar dalam pasu.
"Kak Maira, mesti awak secantik dan sewangi bunga mawar ni kan? Sebab tu Adi sayang sangat dekat awak. Sampai sekarang dia masih tak dapat lupakan kak Maira tau" Bella terus mencabut rumput yang tumbuh meliar. Kemudian dia beralih pula ke pasu sebelah.
"Kalaulah Allah izinkan saya untuk jumpa dan tengok kak Maira, mesti sayalah orang yang paling gembira sekali. Sebab saya nak tengok seorang wanita yang sangat hebat ni, cintanya yang sangat hebat sehingga mampu mengikat hati seorang suami menjadi terlalu setia pada cintanya"
Jemari yang galak mencabut rumput, terhenti. Hatinya tiba-tiba merasa sebak. Bibir diketap rapat.
"Sa...saya minta maaf kalau saya cuba nak rampas cinta Adi dari awak. Sa..saya tak berniat. Dan saya tahu, Adi takkan dapat nak terima dan cintakan saya sebagaimana dia cintakan awak kak Maira. Dan saya tak pernah pun berniat nak menandingi apatah lagi nak menjadi seperti awak. Saya ni banyak kekurangannya"
Bella hela nafas dalam. Dia kembali mencabut rumput.
"Boleh ke kalau saya nak ziarah pusara awak? Tapi saya tak tahu kat mana. Saya tak berani nak tanya dengan Adi, nanti dia marah. Dia tak suka kalau saya sibuk nak tahu pasal awak. Tapi saya tak pernah lupa titipkan doa untuk awak di sana" Jemari mengusap dan membelai bunga mawar itu penuh syahdu.
"Saya dah buat perjanjian dengan Adi. Kalau dalam tempoh 3 bulan saya gagal tawan hati Adi, kami akan bawa haluan masing-masing. Saya takkan terus paksa dia untuk terima saya biarpun saya sangat cintakan dia. Maafkan saya kalau saya berangan-angan nak menumpang kasih dan cinta Adi walaupun sedikit. Saya tak minta semua ni terjadi. Tapi saya tak mampu nak tolak rasa cinta yang hadir tanpa dipaksa itu. Saya jatuh cinta pada Adi tanpa syarat"
Bella mengesat air hangat yang mengalir di tubir matanya. Masa semakin berlalu, hari pula semakin berganti. Tinggal 3 minggu saja lagi untuk tempoh 3 bulan itu tamat. Tapi kenapa dia rasakan yang dia memang sudah gagal sekarang sebelum masa itu tiba?
"Saya akan pulangkan semula cinta Adi pada awak nanti. Saya akan pergi kalau Adi memang tak perlukan saya" Bella ukir senyum dan dia terus leka mencabut rumput di situ.
Tanpa sedar, sejak tadi Adi sudah berdiri tidak jauh dari situ mendengar kata-kata isterinya. Ya Allah, entah apa yang dia rasakan sekarang. Gembira? Sakit? Kecewa? Tapi yang pasti, dia tidak mampu untuk kehilangan Bella. Dia tak mampu hendak lepaskan Bella pergi dari sisinya. Tapi kenapa mulutnya terlalu berat untuk berterus-terang tentang perasaannya?
Adi menapak menghampiri isterinya yang masih leka mencabut rumput dalam pasu bunga mawar yang ditanam arwah Humaira dulu. Dan bunga itu masih dijaga rapi sehingga sekarang. Sebab di sinilah menjadi tempat yang mampu untuk menenangkan hatinya yang walang.
"Kau buat apa dekat sini?" Soal Adi berdiri sambil berpeluk tubuh.
Bella terkejut, cepat-cepat dia berdiri. Dia menoleh ke lain mahu menghapuskan sisa airmatanya agar tidak kelihatan. Adi kerut dahi sebelum dia paut dagu Bella dengan jari telunjuknya.
YOU ARE READING
Dear Mr Mask - Ebook (Full Version)
RomanceAdi Akashah, kehilangan isteri tercinta dalam satu kemalangan, telah menjadikannya seorang lelaki yang hidup dalam jiwa yang mati. Menyalahkan diri sendiri sebagai punca kematian isterinya, dia telah nekad untuk tidak membenarkan cinta hadir lagi k...