MR MASK 38

4.6K 264 41
                                    

"Hmmpp!!! Hmmmppp!" Meronta-ronta tangan Bella akibat rasa kekurangan oksigen bila bibirnya dah kena gam rapat macam tu. Mata pula kena tutup tak nampak apa-apa. Makin membuatkan dia rasa lemas. Kulit muka pula terasa pedih akibat terkena air hujan yang sangat lebat.

Adi lepaskan kucupan dan pantas dia mengenakan semula topeng di mukanya sebelum dia mengalihkan tapak tangannya yang menutupi mata Bella tadi dan dia menarik Bella bangun dan mereka terus berlari menuju ke arah kereta. Baju pula memang sudah habis basah kuyup bermandikan hujan. 

Bella berhenti dari terus berlari. 

"Encik Shah!" 

Bella terpinga-pinga memandang ke arah Adi selepas pandangannya kembali jelas. Namun wajah di hadapannya ini kekal bertopeng seperti tadi. Kemudian dia melingas sekeliling mencari seseorang, namun tiada. Kenapa dia ternampak Shah tadi? Kenapa lelaki itu boleh menjelma dalam mindanya sedangkan dia bersama dengan suaminya sekarang ini?

"Cepat masuk dalam kereta!" Adi bersuara sedikit kuat melawan bunyi hujan yang deras. Kilat juga sudah mula terang-benderang di atas langit. Adi terus menarik tangan Bella mendekati kereta.

Bella pula seakan-akan menurut saja ke mana Adi membawanya. Suasana begini membuatkannya tidak mampu berfikir dengan waras apa yang telah berlaku tadi.

Adi membuka pintu kereta dan terus menolak tubuh Bella masuk ke dalam sebelum dia terus berlari ke sebelah tempat duduk pemandu. Tiba-tiba saja hujan lebat. Tadi elok je cuaca. Dia menoleh ke sebelah dan melihat tubuh isterinya menggigil kesejukan. Suhu penghawa dingin di naikkan sedikit untuk mengurangkan kesejukan dan dia terus memandu pergi dari situ.

"Kau boleh tahan tak ni?" Risau pula Adi melihat keadaan isterinya sekarang. Nampak pucat je bibir isterinya.

Bella hanya mengangguk perlahan biarpun dia memang dah tak mampu nak tahan lagi sebenarnya. Sejuk yang mencengkam terasa menyesakkan dada. Harapnya dia tak demam lah. Nasib baik minggu depan baru dia ada paper lagi. Mujur saja esok hujung minggu. Kalau demam pun, boleh lah dia berehat saja di rumah.

Adi memandu turun dari kawasan bukit dan menghala ke arah jalan besar. Hujan agak lebat sehingga menganggu pandangan. Dia memandu perlahan saja untuk keselamatan. Sesekali dia menoleh ke sebelah. Melihat Bella tak henti-henti menggosok kedua-dua tapak tangannya bagi menghasilkan haba. 

Adi menghidupkan isyarat kecemasan dan berhenti di bahu jalan. Dia pusingkan tubuh menghadap isterinya. Tangan Bella dicapai dan digosok berkali-kali sebelum dia meniup untuk menyalurkan haba panas. Dilakukan berulang kali bagi memastikan Bella tidak terus kesejukan.

"Dah okay?" Soal Adi sambil terus menggosok tapak tangan isterinya.

"Okay sikit" Bella menjawab perlahan.

"Kita balik. Nanti terus mandi, makan ubat supaya tak demam" Adi terus memandu semula memasuki jalanraya. 

Sesampai di rumah, mereka berdua terus keluar dan masuk ke dalam rumah dalam keadaan basah kuyup. Puan Aisyah dan Encik Kifli sudah lama di buai mimpi. Nak nak lagi bila hujan-hujan begini, tentu saja orang akan tidur lena dan tidak sedar.

"Auchummmmm!!" Tak semena-mena Bella dah bersin. Hidung mula lah nak tersumbat. Ni la yang malas ni. Kenapalah lemah sangat imun badan ni. Harap jangalah demam. Dia tak sukalah. Dah lah jauh dari mama ni. Dia kalau demam, memang akan cari mama je nanti.

"Naik, mandi, nanti aku masuk bawa panadol" Adi terus menuju ke dapur untuk mengambil panadol. Risau sudah hatinya bila mendengar isterinya mula bersin berkali-kali.

Bella terus melangkah masuk ke dalam bilik. Tuala dicapai dan dia menuju ke arah bagasinya. Zip di buka, namun dia sedikit hairan bila melihat dalam bagasinya kosong.

Dear Mr Mask - Ebook (Full Version) Where stories live. Discover now