MR MASK 7

3.7K 201 13
                                    

Selesai kelas akaun, Bella dan Fatimah terus menuju ke kafe untuk duduk melepak sambil minum di situ. Sementara menunggu untuk masuk kelas Sir Alex pula petang nanti. Selepas membuat pesanan, mereka terus menuju ke arah meja kosong dan duduk di situ.

Cuaca yang begitu panas cepat saja membuatkan tekak merasa haus. Bella pula seperti biasa memesan air asamboi sejuk. Nak pesan cappucino frappe, mana lah ada dekat sini. Nak kena pergi kedai kopi kayangan tu barulah ada. Dah lama juga dia tak minum cappucino. Tiba-tiba pulak tekak rasa teringin. Balik nantilah dia singgah ke Zus Coffee untuk beli.

"Eh Bella, hujung minggu main boling nak? Lama dah tak main ni" Fatimah bersuara. Awning tudung bawal yang mula berkelepet menjadi tidak teratur akibat di tiup kipas angin itu mula membuatkannya menjadi baran. Sekejap-sekejap mulutnya akan meniup untuk memperbetulkan awning tudungnya.

"Hujung minggu ni?" Bella berfikir sejenak.

"Ha'ah, hujung minggu ni lah. Adik aku ada balik hujung minggu ni. Boleh kita pergi sekali nanti" 

"Erm, kalau hujung minggu ni aku tak boleh lah. Ada urusan lain yang lebih penting" Bella menyedut lagi air asamboi dalam gelas. Nikmatnya terasa sampai ke tekak. Di tambah lagi bila cuaca panas macam ni, pekena air asamboi sejuk-sejuk, pergghhh.... marvellous!

"Urusan apa pulak tu? Kau ni sejak dua-menjak ni payah betul dah nak ajak keluar. Macam ada laki dekat rumah tu" Fatimah mencebik. Tangan mula meliar menyentuh awning tudungnya.

"Aku nak pergi melamar Mr Mask hujung minggu ni"

Purrrrrrrrrfffffffff!!

Tak semena-mena Fatimah tersembur air limau dari mulutnya. Mujur saja tak terkena Bella yang sudah terkejut melihatnya.

"Eeeeii kau ni kenapa tersembur bagai ni!!!" Bella bulat mata.

"A-apa kau cakap tadi? Melamar? Mr Mask?" Soal Fatimah mahukan kepastikan.

"Ha, yelah. Melamar Mr Mask" Akui Bella lagi.

"Wait, wait, wait.. kau demam ke ni?" Fatimah nak merasa dahi Bella, tapi cepat-cepat Bella tepis tangan Fatimah.

"Hisy, asal aku cakap hal unik sikit, mulalah nak kata aku demam. Kau ni" Bella merungut.

"Takdelah. Aku rasa macam tak percaya je ni apa yang kau cakap. Eh, kau biar betul ni Bella. Kau tak tipu aku kan?" 

"Aku tipu aku dapat apa?" Soal Bella kembali.

"Kau betul ke ni? Kau dah nak kahwin ke?" Soal Fatimah sedih.

"Hmm, dah sampai jodoh nak buat macam mana. Lagipun aku tak nak hilang jodoh yang ni sebab dia satu dalam sejuta" Bella tayang sengih.

Fatimah kerut dahi mendengar kata-kata Bella.

"Kau dah berapa kali keluar dating dengan dia? Tak bagitau dengan aku pun? Eh, kau dah tengok muka dia ea? Handsome tak? Cer cita..cer cita"

Bella geleng kepala.

"Dating tak pernah, tengok muka pun tak pernah"

Hampir terjatuh rahang Fatimah mendengar. Biar betul si Bella ni?

"Serius lah?" Soal Fatimah dengan mulut ternganga.

"Seriuslah cik Fat. Aku tak kisahlah pasal semua tu dulu. Yang penting aku nak rembat Mr Mask untuk jadi kepunyaan aku. Itu yang penting buat masa sekarang ni" 

"Dia setuju ke terima lamaran kau ni Bella? Aku rasa macam susah je nak terima apa yang kau tengah buat ni. Kerja gila betul kau ni pergi melamar lelaki. Bukan kau kata dia masih tak dapat move on dengan arwah isteri dia  ke?" Fatimah teringat kembali perbualan mereka beberapa hari yang lepas.

Dear Mr Mask - Ebook (Full Version) Where stories live. Discover now