Adi santai berbaring di atas katil. Sedari tadi dia mencuri pandang ke arah isterinya yang leka melilit selendang di hadapan cermin solek. Nak pergi kelas je pun nak kena bergaya macam tu jugak ke? Entah apa-apa. Cuma beberapa hari ini, dia sudah boleh bercakap banyak sikit dengan Bella walaupun kadang-kadang dia meluat dengan perangai gedik amoi ni. Makin dia nak menjauh, makin perempuan tu suka nak mendekat.
Bella mencalit liptint ke ulas bibirnya. Psstt! Psstt! Dia sembur pula wangian jenama Gucci Floral sehingga menerbitkan bau wangi di seluruh ruang bilik Adi. Kembang-kempis hidung Adi menghidu bau wangi isterinya. Wangi-wangi macam tu, dia nak suruh siapa hidu? Adi sudah mula rasa tidak senang duduk. Wangian tu betul-betul menusuk ke rongga hidungnya dan menimbulkan rasa yang lain macam.
Selepas berpuas hati, dia terus mencapai tote bag nya yang sudah siap diisi dengan laptop dan alat tulis untuk di bawa ke kuliah nanti. Dia menoleh ke arah katil. Senyuman di ukir dan dia menghampiri Adi di situ.
"Awak"
Adi hanya mengerling tanpa menyahut. Mata sibuk melekat dekat skrin telefon. Bila dah ada orang lain duduk dalam bilik dia ni, memang 24 jam jugak lah dia pakai topeng dekat muka. Sampai tidur pun masih pakai topeng. Hatinya masih tak ada rasa nak tunjukkan muka dekat Bella. Bella bukan siapa-siapa pun untuk dia.
Dan Bella pula, memang 24 jam juga lah pakai tudung kalau dekat rumah Adi. Adi dah warning dia jangan gatal-gatal nak bukak tudung dalam bilik dia. Dia tak nak nanti lantai dengan bilik mandi penuh dengan rambut. Berkerut juga dahi Bella fikirkan kata-kata suaminya. Rambut dia bukannya gugur pun. Elok je dia jaga dengan rapi. Tang mana pulak datangnya rambut gugur di lantai. Malas nak banyak soal, dia turutkan sajalah arahan encik suami itu.
"Awak dengar tak saya panggil ni" Bella bersuara semula bila melihat Adi langsung tidak mengendahkannya.
"Apa dia?" Soal Adi berdecit.
"Saya nak pergi kelas ni"
"Jadi?" Soal Adi acuh tak acuh.
"Errr... " Bella ketap bibir. Takut-takut dia nak cakap. Dia tahu Adi memang tak sudi pun kalau dia nak salam tangan lelaki tu.
"Aku tak suka bila aku dah jawab, kau terus nak jadi bisu macam tu. Kau ingat suara aku ni untuk dibazirkan bercakap dengan kau ke?" Soal Adi geram.
"Erm tak apalah. Saya pergi dulu. Nanti saya mesej eh. Awak jangan lupa makan tau" Bella berpaling menuju ke muka pintu.
"Yang kau sampai mandi satu botol minyak wangi tu kenapa? Nak mengorat jantan mana pulak hari ni?" Soalan yang berbaur sindiran dan cemburu tanpa sedar.
Bella kerut dahi mendengar kata-kata suaminya. Wangi sangat ke? Lantas dia terus menghidu pakaian di tubuhnya. Rasanya dia sembur dua kali je tadi. Itupuan sikit je. Sebab bilik ni kan tertutup, memang kuatlah bau yang terbit. Kalau berada di luar nanti, tak ada sesiapa pun yang dapat hidu.
"Biasa je ni. Mana ada banyak saya sembur. Mengorat jantan mana pulak? Saya sayangkan awak sorang je tau" Bella tayang sengih pakej kelip-kelip mata.
Adi sekadar membiarkan kata-kata isterinya bagaikan angin lalu saja. Dia tidak mahu membiarkan hatinya larut dengan sifat manja amoi kecik tu. Dia tetap tidak akan berpaling dari arwah Humaira. Takkan ada mana-mana wanita yang mampu menggantikan tempat arwah di hatinya.
Mendengar bunyi daun pintu ditutup rapat, Adi melihat ke situ. Tiada lagi kelibat isterinya dalam bilik ini. Namun perempuan tu tinggalkan bau wangi dia dalam bilik ni. Adi hela nafas dalam sambil pejam mata. Menikmati bau wangi yang sangat mendamaikan jiwanya itu. Telefon yang berada di tangan, diletakkan ke atas katil dan dia melangkah keluar menuju ke balkoni. Dia sekadar berdiri di situ memerhati Bella yang sedang membuka pintu kereta di bawah sana.
YOU ARE READING
Dear Mr Mask - Ebook (Full Version)
RomanceAdi Akashah, kehilangan isteri tercinta dalam satu kemalangan, telah menjadikannya seorang lelaki yang hidup dalam jiwa yang mati. Menyalahkan diri sendiri sebagai punca kematian isterinya, dia telah nekad untuk tidak membenarkan cinta hadir lagi k...