MR MASK 31

4.5K 244 44
                                    

CAKKKKKK!!!!!!

Rindu Adi ke tu???? Ke rindu Baby???? Hehe... Selamat membaca!!!! 

*********************************





Sebaik saja sampai di kawasan kolej, Bella terus memarkir keretanya di kawasan petak parkir. Sepanjang perjalanan bibirnya tak lekang dengan senyuman. Hatinya benar-benar merasa bahagia bila pertama kali dia dapat menyalami dan mencium tangan suaminya. Ya Allah, terlalu lama dia nantikan saat ini. Dan akhirnya, Allah makbulkan juga doanya. 

Kata-kata suaminya tadi, dia tidak simpan dalam hati. Mungkin cinta suaminya pada arwah Humaira terlalu besar sehinggakan suaminya tidak mampu untuk mencintai wanita lain. Dia akan belajar untuk redha. Dan dia mahu menikmati tempoh masa yang berbaki ini untuk menikmati gelaran sebagai seorang isteri.  Apa saja yang berlaku nanti selepas tempoh tiga bulan ini tamat, dia pasrah dan terima.

Bella terus keluar dari perut kereta. Selepas mengunci kereta, dia terus berlari menuju ke arah kelas. Jam di pergelangan tangan di lihat sekilas. Masih ada 20 minit lagi sebelum peperiksaan bermula.  Ya Allah, lapangkan lah hati aku untuk menjawab peperiksaan ini. Tenangkan minda dan jiwa aku untuk melalui hari yang sangat penting ini. 

Melangkah masuk ke dalam kelas, rata-rata pelajar yang lain sudah berada di tempat duduk masing-masing dan sudah bersedia untuk menduduki peperiksaan hari ini. Bella terus saja berlalu ke tempat duduknya dan dia sempat berbalas senyuman dengan Fatimah.

Tidak lama selepas itu, Alex terus melangkah masuk ke dalam kelas dan membawa kertas soalan peperiksaan. Selepas memberi sedikit taklimat, Alex terus mengagihkan kertas peperiksaan kepada semua pelajarnya.

"Okay class. Masa bermula dari sekarang. Pastikan jawab soalan dengan teliti. Masa menjawab adalah selama 2 jam. Good luck!" Alex memberi kata-kata semangat kepada para pelajar.

Penuh teliti dan fokus para pelajar menjawab soalan peperiksaan hari ini. Alex yang mengawasi di hadapan kelas, memerhati satu persatu wajah pelajarnya. Kemudian matanya terhenti ke arah Bella yang sedang menumpukan perhatian pada kertas soalan di hadapannya. Dia ukir senyum. Ini tahun terakhir Bella berada di sini. 

Nanti mesti dia tidak dapat hendak berjumpa selalu dengan Bella. Yalah, Bella tu isteri orang, tak ada sebab pula kalau dia nak datang menempel ke rumah Adi tu semata-mata nak berjumpa dengan Bella tanpa sebarang alasan. Dan pasti Adi takkan benarkan pun dia berjumpa dengan Bella. 

Tak sedar, sudah 1 jam 45 minit masa berlalu. Tinggal lima belas minit lagi masa akan tamat. Alex sangat berharap semua pelajarnya akan mendapat keputusan cemerlang dalam subjek ini nanti.

"Okay class. Time's up!" Suara Alex memecah kesunyian.

Semua pelajar terus angkat kepala. Ada yang tarik nafas lega, ada yang masih dengan muka berkerut sebab tak sempat nak jawab habis soalan yang diberikan. Ada yang beriak tenang dan bermacam-macam ekspresi muka yang ditunjukkan pada hari pertama peperiksaan.

Bella terus hela nafas panjang. Fuh! Alhamdulillah dia dapat jawab semua soalan. Lega hatinya. Dia dah berusaha, selebihnya dia berserah pada Allah. Bella menoleh ke arah Fatimah di sebelah.

"Beb, amacam? Dapat jawab semua tak?"

"Fuh beb! Nasib baik aku sempat jawab semua. Kalau tak, mahu nangis guling-guling aku agaknya"

Bella ketawa kecil. Dia dan Fatimah dah sama-sama janji nak skor markah terbaik dalam peperiksaan mereka. Tak kiralah peperiksaan awal tahun ke, pertengahan tahun ke, asalkan peperiksaan. Penat mereka belajar kalau tak lulus nanti. Kelas sudah beransur lengang selepas semua pelajar keluar. Tinggal Bella dan Fatimah saja lagi di situ. Alex yang masih berdiri di depan kelas, ukir senyum melihat ke arah Bella dan Fatimah yang rancak bersembang di belakang.

Dear Mr Mask - Ebook (Full Version) Where stories live. Discover now