MR MASK 3

4.5K 211 17
                                    

Mata Bella memanah tepat ke wajah yang ditutupi oleh topeng hitam itu. Tak, bukan topeng itu, tapi lebih tepat pandangan matanya bersabung dengan sepasang anak mata hitam pekat disebalik topeng itu. Bella telan liur sendiri. Pandangan mata itu begitu tajam, penuh dengan amarah dan seakan mata helang yang sedang merenung mangsanya.

"Argh!!!! Uhukkk! Uhukk!!!" Terkejut bukan kepalang Bella bila lehernya tiba-tiba dicekik. Serasa mahu putus nafasnya sekarang ini. Bertalu-talu Bella memukul tangan lelaki itu.

"L-lepas!! E-encik nak b-bunuh s-saya ke?" Soal Bella tersekat.

"Siapa izinkan kau sentuh gitar aku? Siapa?!" Jerkahan Adi, menyebabkan mata Bella terus terpejam rapat.

Dia cuba beranikan diri. 

"S-saya minta maaf. S-saya tak sengaja" 

"Tak sengaja kepala hotak kau! Kau dah pecahkan gitar aku! Nak aku pecahkan muka kau pula ke?" Semakin keras nada suara Adi menengking.

Retaknya gitar itu, seperti meretakkan sekeping hati miliknya juga. Gitar itu adalah pemberian arwah isterinya. Dia jaga bagai nyawa sendiri kerana itulah pemberian dan kenangan paling berharga dari arwah Humaira. Tapi hari ini, gitar kesayangannya sudah rosak gara-gara seorang perempuan yang muncul entah dari mana ni. 

"Saya minta maaf encik. Nanti saya ganti balik" Bella mengangkat kedua-dua tapak tangannya ke atas. Rasa menggigil seluruh tubuhnya mendengar suara pekikan lelaki ini. Kecut perutnya melihat api kemarahan dalam mata itu.

"Aku tak ingin gitar dari perempuan macam kau! Kau ganti walau sejuta kali sekali pun, ianya takkan mampu menggantikan apa yang sudah retak!" Adi menekan kuat tubuh Bella ke dinding menyebabkan Bella merasa semakin sesak nafas.

Tangan lelaki ini, bukannya menekan manja, tapi menekan seakan-akan mahu menghancurkan seluruh organ dalam tubuhnya.

"Lepaslah encik. Sakitlah!" Bella cuba melawan.

"Sakit? Sakit aku ada kau tahu? Kau berambus sebelum aku hilang sabar! Berambus!!!!" Adi terus menolak kuat tubuh Bella sehingga terjatuh di tepi tangga. Mujur saja tidak jatuh tergolek ke bawah.

Puan Aisyah yang berlari ke situ selepas mendengar suara jeritan tadi, begitu terkejut melihat apa yang sedang berlaku di tingkat atas.

"Adi! Enough!!!" Bergema jeritan Puan Aisyah sebelum dia pantas menaiki anak tangga mahu mendapatkan Bella di situ.

"Mama! Siapa benarkan perempuan ni masuk sampai naik ke tingkat atas ni? Halau dia! Kalau aku nampak lagi muka kau dekat sini, aku akan pastikan muka kau pecah nanti!" Jari telunjuk Adi lurus ke muka Bella. Memberi amaran keras yang dia memang tidak suka dengan kehadiran Bella di situ.

"Encik kenapa nak marah-marah saya ni? Saya bukan nak kacau pun, saya sekadar nak cakap yang suara encik sedap sangat bila menyanyi" Bella ukir senyum dan dia berdiri dengan perlahan. Tidak mahu ambil hati dengan kelakuan kasar lelaki itu. Kalau perempuan lain, memang sudah macam lipas kudung lari lintang-pukang agaknya. Siapa saja yang berani nak berdepan dengan lelaki yang tak ubah macam singa saja ni. Dengan bertopeng macam tu, memang menakutkan. Tapi kenapa pula dia tertarik mahu terus melihat? Keajaiban apakah ini?

"Pergi mampus dengan pujian kau tu! Aku tak kebulur!" Adi terus mencapai gitar di atas lantai sebelum dia membuka daun pintu bilik.

Dum! Berdentum bunyi daun pintu itu akibat dihempas dengan kuat sampai terhinggut bahu Bella dan Puan Aisyah mendengar. Puan Aisyah terus memeluk Bella. Rasa bersalah dengan sikap Adi tadi.

"Auntie minta maaf Bella atas kekasaran anak auntie tadi" 

"Anak auntie?" Soal Bella tidak percaya. Tak sangka pulak lelaki bertopeng itu adalah anak auntie Aisyah.

Dear Mr Mask - Ebook (Full Version) Where stories live. Discover now