Bella melihat wajahnya di dalam cermin. Dia mahu memastikan matanya tidak nampak sembab selepas dia menangis tadi. Nafas di hela dalam, kemudian di hembus perlahan. Hela lagi, dan hembus lagi. Sekurang-kurangnya dia sudah merasa lega sekarang selepas dapat melepaskan rasa beban yang tertanggung di bahunya sejak tadi. Bibir menguntum senyum kecil. Kalau boleh dia nak happy je bila keluar dengan Mr Mask dia tu. Dia tidak boleh nak melatah terlalu cepat begini. Nanti lelaki tu pasti akan bertepuk tangan kalau dia mengalah secepat ini.
Bella terus melangkah keluar dari laluan tandas dan menuju semula ke arah restoran Seoul Garden. Apa pun layanan Adi padanya, dia tidak akan ambil hati. Dia nak jaga jodoh yang dah Allah hantar pada dia walaupun tak mudah untuk dapatkannya sekarang ini. Tapi dia yakin, aturan Allah itu sangat indah. Pasti akan ada manisnya di kemudian hari. Nak dapatkan sesuatu yang manis, kena lalui dulu rasa pahitnya.
Belum sempat hendak melangkah masuk ke dalam restoran, namanya dipanggil seseorang. Bella terus menoleh ke belakang.
"Sir? Buat apa dekat sini?" Soal Bella terkejut melihat Alex di situ. Santai berpakaian t-shirt hitam berkolar jenama Nike, berseluar jeans biru gelap dan berkasut putih. Menyerlahkan raut tampan seorang jejaka cina tulen miliknya. Tambahan lagi rambutnya pula di gel rapi dengan gaya pacak. Memang jauh berbeza dengan penampilannya ketika bergelar pensyarah. Bila di luar begini, Alex nampak tak nampak macam seorang pensyarah pun.
"Haiya! Bella, ini shopping mall. Bukan kolej. Stop calling me Sir" Alex berdecit geram. Tidak puas hati bila mendengar Bella masih memanggilnya dengan gelaran formal itu.
Bella terus tepuk dahi. Dia benar-benar terlupa sebab dah terbiasa panggil Alex macam tu.
"Ya, i'm sorry. Lupa. Awak sorang je ke?"
"Ya. Sorang. Mana ada teman. You buat apa dekat sini?" Soal Alex pula. Dia tak nampak pun ada sesiapa bersama dengan Bella sekarang ini.
"Saya makan dengan kawan-kawan. Jom lah join kita orang"
"Boleh ke?" Soal Alex sedikit gembira.
"Boleh la. Apa pulak tak bolehnya. Jom lah"
"Okay. Jom"
Alex terus mengekori Bella masuk ke dalam restoran Seoul Garden. Adi yang tadinya sibuk melihat ke arah skrin telefon, angkat kepala dan matanya terus melihat ke arah lelaki cina yang berjalan di belakang Bella dan menghala ke arah meja mereka. Dia sekadar memandang kosong dan tidak berminat mahu ambil tahu siapa lelaki itu. Sibuk nak bawa lelaki lain pulak. Belum lagi jadi isteri, perangai dah begini. Meluat betul dia tengok perempuan yang ramai jantan macam ni.
Bila sampai di meja yang diduduki oleh Bella, pandangan mata Alex terus terhala ke arah lelaki bertopeng yang duduk di situ. Alex kerut dahi dengan pandangan pelik dan hairan. Apa pasal lelaki ni pakai topeng? Muka dia cacat ke? Teka Alex sendiri.
Fatimah yang melihat Alex berada di situ, terus berdiri dan menyapa pensyarahnya itu.
"Eh Sir pun ada dekat sini?" Soal Fatimah sambil mengunyah makanan dalam mulutnya.
"Ya. I baru je sampai. Terserempak dengan Bella tadi"
"Oh yeke. Jemputlah makan Sir. Kita orang pun baru jugak sampai tadi" Fatimah mempelawa. Seketika dia memberi isyarat mata kepada Bella yang memandangnya.
'Habis la kau' Fatimah gerakkan bibirnya perlahan menyebabkan Bella jegil mata suruh dia diam jangan cakap apa-apa.
"Alex, ni saya kenalkan, Rizal.. dan Rizal, ni pensyarah saya dan Fat, Alex ni sepupu saya juga" Bella memperkenalkan Alex dan Rizal.
YOU ARE READING
Dear Mr Mask - Ebook (Full Version)
RomanceAdi Akashah, kehilangan isteri tercinta dalam satu kemalangan, telah menjadikannya seorang lelaki yang hidup dalam jiwa yang mati. Menyalahkan diri sendiri sebagai punca kematian isterinya, dia telah nekad untuk tidak membenarkan cinta hadir lagi k...