MR MASK 13

3.5K 190 13
                                    

Bella cuba untuk memberi tumpuan dalam kelas Alex pagi ini. Beberapa hari saja lagi mereka akan menghadapi ujian pertengahan semester. Sebolehnya, Bella nak mencapai target terbaik untuk peperiksaannya nanti sebelum mereka menghadapi peperiksaan akhir pula pada hujung tahun nanti. Sedari tadi dia tak henti-henti menguap. Menahan rasa kantuk yang menguasai diri.

Dan hujung minggu ni pula, bakal berlangsungnya hari pernikahan dia dan Adi. Pejam celik pejam celik, tiba juga masa yang dia tunggu-tunggu. Tak sabar pula rasanya walaupun memang kebanyakkanya hanya dia seorang yang terlebih teruja dan sibuk menguruskan persiapan perkahwinan mereka. Adi langsung tak membantu sebab lelaki itu awal-awal dah bagi amaran pada dia yang dia tak akan ambil peduli pasal urusan perkahwinan ni. Mujurlah Puan Aisyah dan Kak Diba banyak juga membantu dia menguruskan apa yang patut bagi pihak Adi. Lepas habis kelas ni nanti, dia akan terus ke butik pengantin untuk mengambil pakaian nikah mereka dan dia akan terus ke rumah keluarga Adi nanti untuk hantar baju nikah lelaki itu. Lagi pun dia rindulah dengan Mr Mask tu. Dah dua hari tak jumpa lepas kali terakhir mereka makan di restoran Seoul Garden tempoh hari.

Sementelah lagi dia sibuk dengan kuliah dua hari ni. Jadual memang padat sangat. Mana nak kejar dateline assignment lagi, nak fikirkan persiapana perkahwinan dia lagi. Kadang-kadang lewat malam baru dia dapat lelapkan mata.

Dia tak kisah pun sebab semua ini dia yang mulakan. Apa yang penting, niat baiknya, itu sahaja. Semalam, sempat dia minta nombor telefon Adi dengan Rizal. Mujur jugalah Rizal sudi beri. Kalau nak minta sendiri dengan tuan punya badan, hmmm kiamat agaknya dunia ni memang takkan dapatlah sampai bila-bila.

Dia cuba jugalah hantar pesanan-pesanan ringkas pada lelaki itu malam tadi. Ucap selamat malam, tanya dah makan ke belum, namun satu pun tidak berbalas. Encik Topeng tu seen je memanjang. Sampai hati kan? Tapi tak apa, ini permulaan dia nak mengorat lelaki dingin tu juga. Hehe. Dia takkan putus asa selagi dia tidak berjaya. Cuma dia berharap hati dia kental dan kebal untk melalui tempoh tiga bulan nak jadi sweet talker ni.

Apatah lagi dia bakal bergelar isteri lelaki itu dalam tempoh beberapa hari saja lagi. Tak tahu lah apa pula yang bakal dia hadapi selepas mereka berkahwin nanti. Hari tu, dia berbincang dengan Puan Aisyah nak pilih tema pakaian nikah warna apa. Puan Aisyah kata Adi suka warna baby blue. Jadi dia pilihlah ikut tema warna kesukaan Adi. Sejuk je kan mata bila tengok warna baby blue. Lembut je. Adakah itu melambangkan hati Adi yang sebenarnya sebelum ini? Kalau tak, masakan arwah Humaira jatuh cinta pada Adi kan?

Kadang-kadang dia teringin hendak berjumpa dengan arwah Humaira, biar dalam mimpi sekali pun. Dia nak lihat rupa wanita yang begitu istimewa dalam hati Adi itu sehinggakan Adi sukar hendak melupakannya sehingga sekarang. Mesti arwah Humaira terlalu cantik, baik dan sempurna serba-serbi di mata Adi. Dan dia tak pernah terniat pun nak menandingi arwah Humaira, apatah lagi nak merampas ruang dalam hati Adi yang memang sudah menjadi milik arwah. Dia cuma nak menumpang sedikit saja ruang kosong itu walaupun hanya secebis.

Teringin dia nak tanya pada arwah Humaira, apa yang Adi suka, apa yang Adi tak suka, macam mana nak tackle hati Adi, tapi mustahil semua itu nak berlaku sebab orang nya sudah tiada lagi di dunia ini. Bella mengeluh kecil. Dan tak sedar dia terus termenung di situ.

"Bella!" Alex yang perasan melihat Bella termenung di tempat duduk, menyeru nama Bella sedikit kuat.

Namun Bella kekal begitu. Tidak memberi respon. Fatimah pula sudah menyiku lengan Bella menyebabkan Bella terkejut.

"Hah? Kenapa?" Soal Bella kalut. Dia betulkan duduk.

"Tu Sir panggil" FAtimah memuncungkan bibirnya ke depan.

"Oh!" Bella terus memandang ke arah Alex yang sedang memandangnya dengan pandangan tak puas hati di depan sana.

"Ya Sir?" Bella menyahut juga walaupun lambat.

Dear Mr Mask - Ebook (Full Version) Where stories live. Discover now