"Freen" tegur seorang lelaki. Freen memandang lelaki itu
"Jadi kau selama ni yang upah orang untuk hantarkan surat pada aku" tanya freen
"Ya, aku tapi kenapa kau buang surat tu?" tanya lelaki itu
"Sebab aku tak suka kau" jawab freen
"Freen tak boleh ke kau terima aku apa yang kurang pada aku hingga susah untuk kau buka hati kau untuk terima aku" tanya lelaki itu
"Sebab aku tak sukakan kau, kau faham kan" kata freen
"Aku dah lama suka dekat kau, aku nak jadikan kau sebagai girlfriend aku, aku janji aku akan mencintai kau" luah lelaki itu. Freen bangun dari duduknya lalu berdiri di depan lelaki itu
"Aku minta maaf tapi hati aku dah dimiliki sorry" kata freen berlalu meninggalkan lelaki itu. Lelaki itu memerhati freen dari belakang
"It's okay freen aku akan berusaha untuk miliki kau walaupun dengan cara kasar" lelaki itu tersenyum sinis
Dia akan melakukan seribu cara untuk dapatkan freen dia sanggup mati demi perempuan itu.
Freen menaiki tangga sambil bermain telefon. Dia berhentikan langkahnya. Dia mengeluh
"Becbec... Kenapa susah sangat kau nak balas chat aku tahu tak aku risaukan kau" bebel freen dari tadi dia menghantar mesej kepada Becky satu pesanannya tidak dibalas becky
"Wei freen tadi lelaki tu cakap apa dekat kau" tanya Heng tiba-tiba sergah freen
"Kau ni boleh tak jangan sergah aku macam tu nasib baik aku jenis tak melatah kalau tak dah lama aku karate kau" kata freen sambil memukul bahu Heng
"Ala sorry lah, dah kau tu dari tadi asyik membebel, kau bebel kat siapa" tanya Heng
"Aku marah dekat Becky dari tadi lagi aku chat dia langsung tak nak reply" kata freen masih menghantar chat kepada Becky
"Internet dia habis kot tak pun bateri dia habis dahlah kau tak payahlah risau pasal dia jom kita masuk kelas dah lewat ni" kata heng
"Hmmm" balas freen lalu mereka berdua naik tangga dan masuk ke dalam kelas
Becky mula melelapkan matanya kini matanya terasa penat kerana dari semalam dia tidak tidur.
Setelah habis kelas freen terus berjalan menuju ke arah motornys yang berada di tempat parking.
"Wei freen kau dah nak balik ke?" Tanya Heng
"Hmm, aku balik dulu jumpa malam nanti tempat biasa" freen menghidupkan enjin motornya lalu meninggalkan Heng
Heng menggeleng-geleng kepala
Di apartment
Freen meletakkan motornya di garaj. Freen masuk ke dalam. Dia naik tangga
"Becky" panggilnya sambil mengetuk pintu bilik becky, tiada sahutan.
Dia membuka pintu itu. Dia menggeleng kepalanya apabila melihat Becky yang sedang nyenyak tidur. Dia menghampiri Becky. Dia menarik selimut Becky
"Masih tidur lagi kau sedar tak sekarang ni dah pukul berapa bangun sekarang" bebelnya
"Freen jangan ganggu aku, aku penat lah" kata Becky sambil menarik selimut
"Penat kau penat buat apa?" Tanya freen. Becky tidak menjawab
"Please freen aku nak tidur jangan ganggu aku tak tiga minit 3 jam pun jadi lah" kata Becky masih lagi bermain tarik selimut dengan freen
"Tiga jam lamanya, tak ada aku nak kau bangun sekarang atau kau nak aku angkat kau" kata Freen
"Please freen aku baru je nak tidur mata aku penat please aku merayu" rayu Becky tanpa membuka matanya.
Freen berhenti dari menarik selimut
"Okay aku bagi kau tidur tapi lepas kau bangun aku nak kau bagitahu aku apa alasan kau tak datang kolej tadi boleh" kata freen. Becky mengangguk dia menarik selimut hingga ke muka.
Freen menggeleng kepala lalu dia berjalan masuk ke dalam bilik air
Kurrrr kurrr
Freen keluar dari bilik mandi dia melihat kearah Becky yang sedang tidur sambil berdengkur
Dia ketawa kecil sambil menggeleng kepala dengan Becky yang seperti sedang kepenatan.
Freen turun lalu masuk ke dapur untuk membuat makanan.
Hampir 3 jam Becky tidur. Dia turun ke bawah
"Kau buat apa tu?" Tanya Becky sambil menggeliat kecil
"Kuatnya kau tidur" kata freen. Becky meletakkan dagunya di bahu freen
"Aku ngantuk pinjam bahu kejap" kata Becky masih menutup matanya.
"Aku nak masak Becky kau duduk sana jangan kacau aku" arah freen Becky menjauhkan dagunya lalu duduk di atas kerusi.
"Apa yang kau buat semalam? Selalunya kau tak macam ni? Kalau kau ngantuk kau akan tidur sekejap je ni hampir 3 jam" kata freen
"Entah lah setan apa yang masuk ke dalam tubuh aku semalam hingga mata aku tak nak pejam" kata Becky
"Kau jangan sering sering macam ni tau tak bagus untuk kesihatan" pesan freen. Becky mengangguk
"Sekarang aku nak kau bagitahu aku apa alasan kau tak masuk kolej hari ni" tanya freen
"Bagi aku makan dulu boleh tak aku lapar nanti aku dah ada energy baru aku bagitahu kau" kata Becky
"Okay" freen menjeling
"Malam ni kita keluar nak?" Tanya freen
"Nak keluar pergi mana?" Tanya Becky
"Keluar jumpa Heng dan nam dekat tempat biasa jom lah" ajak freen
"Okay, boleh juga boleh lah aku ambil udara segar bosan juga terperap dalam rumah tak ada buat apa-apa boleh aku lupakan dia...oppss" kata Becky dia menutup mulutnya setelah dia tidak sengaja terlepas cakap
"Lupakan dia? siapa yang kau maksud kan" tanya freen sambil mengerutkan dahi
"Tak ada apa-apa lah cepat lah makan nanti makanan tu sejuk" Becky sengaja mengalihkan perbicaraan.
Setelah selesai makan Becky masuk ke dalam biliknya gambar dia dan rat yang masih dia simpan dia buang lalu gambar itu dibakar saat freen berada di kolej.
Semua barang yang rat hadiah kan kepadanya di buang termasuk wallpaper skrin telefonnya.
"Kau buat apa tu?" Tanya freen sambil mendekati Becky
"Tak buat apa-apa pun" Becky tersenyum sambil menyembunyikan sesuatu
"Aku nak turun kejap nanti aku naik balik" Becky menoleh ke belakang tangannya dia sembunyi ke belakang.
Freen memandangnya pelik. Becky tersenyum lalu dia berjalan menuju ke pintu. Dia lekas berlari ke arah belakang agar freen tidak mengikutinya
"Sorry rat semua tentang kita kini aku akan jadi kan abu" Becky mengeluarkan gambar itu lalu membuangnya ke dalam api.
Sedih memang dia sedih kerana harus memandam kenangannya bersama lelaki itu tapi sampai bila dia harus bersedih sedangkan lelaki itu bahagia.
Seberapa berat pun kau mencintai dia tapi kau akan kalah dengan namanya takdir jika dia bukan untuk kau mungkin akan ada pengganti yang penting aku harus percaya dengan tuhan.
Bersambung...
Tq 😊
YOU ARE READING
JUST FRIENDS
Romancefreen dan Becky merupakan sahabat. freen mempunyai perasaan terhadap Becky tapi Becky tidak pernah menyedari sehingga satu kejadian dimana Becky diculik dan Becky mengetahui perasaan sebenar freen terhadapnya