BAB 4~ VIVI ANDREA

260 18 0
                                    

Becky masuk ke dalam kelas bersama dengan freen

"Becbec siapa lelaki tadi?" Tanya freen setelah duduk

Becky menyandarkan badannya di kerusi. Dia menarik nafasnya

"Dia.." belum sempat Becky ingin memberitahu freen

"Selamat pagi pelajar" puan engfa masuk ke dalam kelas mereka.

Mereka berdua membetulkan duduknya lalu menghadap kearah puan engfa dan seorang perempuan yang mengikuti gurunya di belakang.

"Hari ni kita ada pelajar baru, silakan perkenalkan diri kamu" kata puan engfa

"Hai aku vivi andrea, korang boleh panggil aku vivi atau andrea" kata perempuan itu sambil matanya memandang kearah seorang lelaki yang berada di belakang becky.

"Baiklah kamu boleh duduk" kata puan engfa

Vivi pergi kearah meja dimana ada kawan rat. Puan engfa keluar dari kelas itu.

"Kau duduk belakang, aku nak duduk sebelah dia" arah vivi. Lelaki itu terkejut

"Masih banyak tempat kat belakang kenapa tak duduk je" kata lelaki itu

"Aku nak duduk sebelah rat" kata perempuan itu tegas. Lelaki itu bangun lalu berpindah ke belakang

"Hai rat how are you? lama kita tak jumpa last kita jumpa masa bertunang hari tu" kata perempuan itu. Becky yang mendengar mengangguk

'Jadi dia lah tunang rat' air mata Becky mula tumpah dia bangun.

"Becky" panggil freen sambil mengejar Becky

Becky masuk ke dalam tandas dia menangis.

"Becbec" panggil freen dia mendekati Becky

"Are you okay?" Tanya freen. Becky memusingkan badannya ke belakang.
Becky mengangguk

Freen memeluk tubuh Becky

"Kalau kau ada apa-apa nak cerita dekat aku bagitahu je aku akan dengar" kata freen

Air mata yang becky sapu tadi kembali tumpah. Freen mengusap kepala Becky lembut

Setelah Becky tenang freen mengusap air mata Becky.

"Kau dah okay?" Tanya freen, becky mengangguk

"Jom kita masuk kelas" freen menarik tangan Becky.

"Becky" rat bangun dari duduknya. Freen dan vivi memandang ke arah rat serentak. Rat kembali duduk. Becky duduk di tempatnya

Freen melihat kearah Becky dia masih tak tahu apa yang sedang terjadi pada Becky.

Di perpustakaan

Freen,Becky,Heng dan nam duduk di sebelah tingkap. Freen melihat gelagat Heng dan nam manakala Becky memandang kearah luar sambil termenung.

Rat dan noey duduk di belakang meja freen dan kawan²nya. Rat melihat kearah Becky yang sedang termenung sehingga tidak menyedari dengan keberadaannya di belakang freen.

"Rat" sapa vivi Becky yang tadi termenung lantas melihat kearah mereka bertiga

"Hei boleh tak tolak kerusi ke depan sikit aku nak duduk" kata perempuan itu sambil melanggar kerusi freen.

"Tempat tu masih luas kau bukannya besar sangat pun" kata freen. Becky memandang freen lalu dia menggeleng-gelengkan kepalanya beberapa kali

Freen menurut arahan vivi bukan kerana perempuan itu tapi kerana Becky yang menyuruhnya.

Freen menarik kerusinya. Heng dan nam hanya diam

"Korang dah habis baca ke buku? Jomlah kita masuk kelas" tanya Becky diakhiri dengan ajakan

JUST FRIENDS Where stories live. Discover now