BAB 10 ~CEMBURU~

259 17 0
                                    

Setelah kejadian itu hubungan freen dan Becky kembali rapat

"Becbec..."

"Hahaha okay² nah"

"Ihh becbec..." Freen memukul Becky lembut apabila Becky mengusiknya

"Okay² ni betul²" Becky ingin menyuap freen

"Freen" Becky memandang kearah seorang lelaki yang sedang menghampiri mereka berdua freen memegang tangan Becky lalu dia memakan makanan itu.

"Nah surat untuk kau" kata lelaki itu sambil menghulurkan surat itu kepada freen

"Thanks" ucap freen lalu lelaki itu pergi.

Freen membuka surat itu setelah melihat nama penghantar dia tutup semula kertas itu.

"Surat apa tu?" Tanya Becky

"Surat cinta biasalah" kata freen

"Nak tengok" freen menghulurkan surat itu kepada Becky.

Becky membuka surat itu lalu dia membaca isi surat tu

"Kau terima ke dia?" Tanya Becky. Freen menggeleng kepalanya sambil mengunyah nasi goreng

"Aku tak terima dia sebab aku sukakan orang lain" kata freen

"Oh" itu saja yang keluar dari mulut Becky

Dia berasa kecewa bila mendapat tahu freen menyukai seseorang. Dia sendiri keliru kenapa dia cemburu apabila freen menyukai seseorang.

Apa perasaan dia pada freen sebenarnya? Adakah dia mempunyai perasaan terhadap freen?

"Freen" panggil seorang perempuan sambil berlari mendekati freen dan Becky

"Surat untuk kau" perempuan itu memberi sepucuk surat lalu pergi tanpa mendengar terima kasih dari freen.

Becky hanya melihat saja kini dua pucuk surat berada di dalam genggaman freen

"Daripada orang yang sama ke?" Tanya Becky. Freen mengangguk

Dia tidak perlu membuka surat itu kerana dia tahu siapa yang menghantar surat itu

"Susahkan jadi orang cantik tambah handsome ni ramai peminat" kata Becky

"Kau perli aku ke?" Tanya freen

"Bukan perli tapi kenyataan kan kau dahlah cantik anak orang kaya pula tu orang yang dapat kau pasti beruntung, tak macam aku orang miskin" kata Becky

"Kalau kaya tapi tak ada boyfriend apa guna juga betul tak" kata freen. Becky hanya diam.

"Freen... Aku nak tanya kau satu soalan boleh?"

"Kau nak tanya apa? Kau pernah tak suka kan perempuan maksud aku crush dekat perempuan?" Tanya Becky

"Ada" balas freen simple

"Siapa orang tu? Dia tahu tak kau crush dekat dia?" Tanya Becky

"Dia tak tahu sebab aku belum bagitahu dia, aku rasa dia tak patut tahu kot sebab aku tak nak dia jauhkan diri dari aku. Mungkin lepas aku bagitahu dia yang aku crush dekat dia. Dia akan putuskan persahabatan jadi aku tak nak lah" jawab freen

"Oh!! Dia asal mana? Umur dia berapa? Dia cantik tak? Dia orang berada macam kau atau miskin macam aku?" Tanya Becky

"Amboi banyaknya soalan yang mana satu aku nak jawab ni" freen ketawa kecil

"Kau jawab jelah yang mana dulu aku okay" kata Becky

"Dia sama umur dengan aku, dia cantik, dia bukan orang kaya dan dia orang British- Thailand" kata freen sambil tersenyum

"Oh" itu saja yang keluar dari mulut Becky. Becky tersenyum pahit

"Dahlah jom kita masuk, dah lambat ni" elak Becky

"Freen ada orang bagi"

"Lagi" Becky memandang nam dan Heng.

Freen melihat kearah surat itu lalu memandang Becky lama.

Dia mengambil surat itu lalu membuka dan membaca surat itu

Kau hadir memberikan cinta,    
membawa bahagia dan menghadiahkan rasa rindu yang tidak pernah habisnya

Freen melipat surat itu lalu meletakkan di atas meja. Nam dan Heng memandang freen

"Kenapa, kau dah habis baca ke? Dia tulis apa dekat surat tu?" Tanya nam

"Dia tulis ayat cinta, aku tak nak baca sampai habis" kata freen

"Meh aku nak tengok" nam mengambil surat itu

Kau hadir memberikan cinta membawa bahagia dan menghadiahkan rasa rindu yang tidak pernah habisnya.

Jika ku terpaksa memilih diantara kamu dan nyawa pasti aku akan memilih kamu kerana kamh adalah nyawaku

"Perghh ayat dia"

"Jika kehilangan mu menyakiti ku maka ubati lah aku dengan sentuhan cinta mu cia cia cia" sambung nam. Heng dan freen ketawa kecil dengan ayat tambahan nam. Manakala Becky dia hanya berdiam.

Freen memandang Becky. Becky memandang freen lalu tersenyum pahit

"Tapi kan freen..." Freen memandang Heng

"Aku pelik kenapa kau tak terima dia, kau single dia pun single jadi tak ada masalah lah kan kalau dia cuba nak dapatkan hati kau.. kau jual mahal" kata Heng

"Macam mana aku nak balas perasaan tu kalau hati aku sudah dimiliki" kata freen

"Hati kau dah dimiliki?" Tanya nam dengan reaksi muka terkejut. Freen mengangguk

"Siapa orang tu lelaki ke perempuan?" Tanya nam

"Dia perempuan" kata freen sambil melirik ke arah Becky. Becky masih terdiam

'Dan orang tu adalah kau Becky' ucapnya dalam hati dia kembali melihat kearah Heng dan nam.

Di rumah freen

Becky menyandarkan badannya di kepala katil. Dia masih berfikir pasal surat yang diterima oleh freen

'Kalau dia sukakan seseorang kenapa aku perlu cemburu? kenapa hati aku rasa sakit. Adakah aku mempunyai perasaan pada freen tapi kalau betul aku menyukai dia patut ke aku luahkan atau memendamkan saja tapi kalau aku meluahkannya dan persahabatan aku dengan dia terputus dan dia akan menjauhi aku macam mana. Ya tuhan apa yang patut aku lakukan sampai bila aku harus menipu perasaan aku' tanyanya di benak fikiran.

Freen membuka pintu Becky memandang freen.

"Kau tak mandi lagi?" Tanya freen. Becky tidak menjawab

"Freen aku nak tanya ni?"

"Erm apa dia?"

"Kalau salah satu diantara kita tersuka maksud aku contoh kalau aku sukakan kau? Adakah kau akan putuskan persahabatan kita ataupun kau terima aku?" Tanya Becky

"Kau tahu sendiri kan perjanjian kita apa? Kita tak boleh ada perasaan tu sebab kita just Friends kau still ingatkan" kata freen. Becky terdiam seketika

"Ya tapi... Tak ada apa lah" kata Becky tanpa ingin bertanya lebih kerana takut akan direject freen jika dia meluahkan perasaan itu.

"Aku nak mandi dulu" Becky bangun lalu meninggalkan freen.

'Perasaan aku sebenarnya lebih dari menyukai kau becky tapi disebabkan kita sudah membuat perjanjian maka aku tak ungkapkan perasaan tu. Aku takut kau berjauhan dari aku. Lebih baik aku diam daripada harus jujur pada kau. Biar sakit janji kau takkan tinggalkan aku' freen menunduk tanpa dia pinta air matanya menitis

Becky memegang dadanya. Dia ingin meraung sekuat hati untuk melepaskan isi hatinya disaat ini. Becky menangis kecewa. Dia terduduk disitu sambil menangis tak ada suara. Dia tidak ingin freen mendengarnya menangis.

Kenapa sakit sangat bila freen melepaskan ucapan itu seperti pisau sedang menghiris hatinya

"Kau tak boleh mencintai dia" bisik hati mereka serentak dalam keadaan menangis tak bersuara

Bersambung..
Tq 😊

JUST FRIENDS Where stories live. Discover now