"Freen boleh aku nak duduk kat sini?" Tanya Becky
"Kenapa kau nak minta izin selalunya kau tak minta izin pun" tanya freen pelik tiba² Becky merasakan freen seperti orang asing
"Sebab a..."
"Becky" Becky memandang kearah irin malas
Setiap kali dia ingin bercakap dengan freen. irin akan datang kearah nya seperti dia tidak ingin melihat Becky bercakap dengan freen
"Jom makan dengan aku, aku nak kenalkan kau dengan kawan² aku"
"Tapi aku...."
"Jom" irin menarik tangan Becky secara paksa
"Kenapa erk setiap kali Becky datang dekat kau pasti irin datang" kata nam
"Aku rasa irin saja tak bagi Becky bercakap dengan kau" kata Heng
Freen hanya diam sambil melihat kearah Becky yang semakin menjauh darinya.
"Guys aku nak kenalkan ni Becky kawan aku waktu sekolah menengah" irin mengenalkan Becky kepada kawan² nya
"Hai Becky" mereka melambaikan tangan kepada Becky
Becky tersenyum pahit
"Duduklah" irin menarik tangan Becky agar duduk di sebelahnya. Becky hanya menurut sudut di dalam hatinya dia tidak nyaman dengan irin dan kawan² nya
"Irin aku nak basuh tangan kejap" kata Becky. Irin hanya mengangguk.
Setelah bayang² Becky sudah menjauh
"Kau kenapa kenalkan dia dekat kitorang"
"Ya, nampak gaya dia tu bukan test macam kita"
"Aku ada rancangan nak kenakan dia esok kan hari ulang tahun aku, aku akan kenakan dia" kata irin tanpa disedari oleh mereka Becky mendengar perbualan mereka disebalik tembok
Mereka bertepuk tangan. Becky kembali. Irin tersenyum kepada Becky
"Dah basuh tangan?" Tanya irin. Becky mengangguk lalu dia duduk disebelah irin.
Becky masuk ke dalam kelas bersama irin dan kawan²nya
"Becky duduk lah belakang. Duduk sebelah aku" kata irin Becky yang baru duduk memandang freen.
"Tapi..."
"Banyak tapi lah kau ni jomlah" irin menarik tangan Becky kasar. Freen yang berada di sebelah Becky hanya mampu diam saja.
Kenapa erk setiap kali Becky datang dekat kau pasti irin datang" kata nam
"Aku rasa irin saja tak bagi Becky bercakap dengan kau" kata Heng
Tiba² kata Heng dan nam terlintas di fikirannya
Adakah betul apa yang Heng dan nam cakap irin sengaja menjauhkan Becky darinya
Kalau betul sanggup ke dia berjauhan dari Becky.
Becky melihat kearah freen dia sendiri tidak tahu bagaimana ingin berhubung dengan freen kerana irin sering mengganggunya.
'Aku rindu kau freen. Aku tak tahu bagaimana untuk mengambil masa untuk bercakap dengan kau' sebak becky dalam hati
Becky mengeluarkan telefonnya. Irin yang melihat Becky sedang bermain telefonnya lantas mengambil air dari salah satu kawannya dia bangun dan air itu tertumpah tepat di skrin telefon milik Becky.
Becky yang terkejut melihat kearah irin
"Sorry aku tak sengaja" ucap irin
Becky cuba menghidupkan telefonnya tapi tidak menyala
YOU ARE READING
JUST FRIENDS
Romancefreen dan Becky merupakan sahabat. freen mempunyai perasaan terhadap Becky tapi Becky tidak pernah menyedari sehingga satu kejadian dimana Becky diculik dan Becky mengetahui perasaan sebenar freen terhadapnya