"Irin tunggu" Becky menarik lengan irin.
"Tak boleh ke kau lupa kan kisah yang lama" kata Becky
"Mudahnya kau cakapkan kau tahu tak berbulan² aku nak dapat kan dia last² kau yang hancurkan. Aku ingat kau betul² kawan aku tapi aku salah Becky kau pengkhianat. Kalau bukan disebabkan kau mungkin hubungan aku dengan dia baik² je tapi tak sangka kau pun ada perasaan dekat dia juga" kata irin
"Irin kau dah salah faham aku dengan dia tak ada apa² hubungan"
"Kalau kau tak ada hubungan dengan dia kenapa kau biarkan dia cium kau?" Tanya irin. Becky terdiam
"Kenapa kau diam tak boleh jawab" irin meninggalkan Becky sendirian di situ
FLASHBACK
Irin membuka pintu dia melihat kearah Becky dan bright sedang bercium di dalam bilik hotel.
"Korang berdua pengkhianat" irin mendekati Becky dan bright
Bright menghalang irin dari memukul Becky
"Sayang awak dengar dulu saya dengan Becky tak ada apa² hubungan semua ni hanya salah faham" kata bright
"Salah faham aku bukan budak kecil senang² kau nak tipu kan, korang memang penipu aku benci korangggg" jerit irin
"Irin kau dah salah faham aku dengan bright tak ada apa² hubungan tolonglah percaya" kata Becky. Irin bangun lalu
Pap!!!
Irin menampar Becky
"Mulai daripada hari ni kau bukan kawan aku dan hubungan kau dengan aku putus" kata irin tegas lalu meninggalkan Becky dan bright.
Bright memandang ke arah Becky sayu dan...
"Bright!! Bright!!" Panggil Becky apabila bright tiba² jatuh pengsan
Di hospital
Keluarga bright berada disitu setelah Becky memberi berita tentang bright yang jatuh pengsan.
"Doktor macam mana dengan keadaan anak saya?" Tanya ibu bright
"Kami turut bersimpati, maaf anak puan tidak boleh diselamatkan" kata doktor lelaki
Keluarga bright terkejut dengan pemergian anak lelakinya itu. Win memeluk ibunya yang hampir jatuh pengsan. Becky yang berada disitu turut menitiskan air mata.
'Jadi ni lah yang kau rancang sebenarnya bright'
Sebelum kejadian tu
"Becky" bright menyapa Becky yang sedang beratur untuk membeli makanan
"Ya bright kenapa?" Tanya Becky
"Kau ikut aku kejap"
"Tapi..." Belum sempat dia ingin bertanya bright menarik tangannya
"Ada apa?" Tanya Becky. Bright memberikan surat kepada Becky
"Surat apa ni?" Tanya Becky
"Bukalah" kata bright Becky membuka surat itu
"What!! kau ada kanser otak" tanya Becky terkejut. Bright mengangguk
"Tahap yang keempat" kata bright
"Irin tahu tak pasal ni?" Tanya Becky. Bright menggeleng
"Aku tak nak dia tahu pasal penyakit aku" kata bright
"Aku nak putuskan hubungan dengan dia tapi aku tak tahu, aku takut nak bagitahu dia aku tak sanggup. selama ni dia yang kejar aku, aku tak sanggup nak permainkan perasaan dia. Macam mana ni Becky apa yang patut aku lakukan, kalau dia tahu pasal penyakit aku pasti dia sedih" luah bright. Becky sendiri kebingungan.
Pada hari kejadian
"Kau gugup ke?" Tanya Becky. Bright mengangguk
"Aku yakin kau mampu buat semua ni kau kena tenang jangan stress kau..." Belum sempat Becky ingin menenangkan Bright, Bright mendekati wajahnya ke wajah Becky.
Tepat pada waktu irin masuk dan menyerang mereka berdua tanpa mendengar penjelasan dari mereka
FLASHBACK END
"Becbec" freen menggoyang bahu Becky. Becky memandang freen
"Kau termenung erk" tanya freen, Becky hanya tersenyum.
"Orang tanya boleh pula dia tersenyum huh!!" Geram freen berakhir dengan keluhan
Becky tidak membalas kerana teringatkan arwah bright.
'Aku rindukan kau bright semoga kau tenang disana'
Waktu rehat
"Aku nak pergi beli makanan korang nak makan apa aku boleh belikan" kata Becky
"Kau belikan aku mee goreng jelah korang?" Kata freen
"Mee goreng pun mee goreng lah" kata Heng dan nam pun mengangguk
"Becky" sapa rat. Becky menoleh ke arah rat sekilas lalu kembali berjalan.
"Becky kau still marahkan aku?" Tanya rat sambil mengikuti langkah Becky
"Buat apa aku nak marah hubungan kita dah lama berakhir, apalagi pun kau dah ada tunang" kata Becky
"Aku minta maaf bec aku tahu aku dah buat kau kecewa tapi aku tak pernah cintakan dia. Aku terpaksa bertunang dengan dia sebab family aku yang nak" kata rat
"Kau tak perlu bersusah payah nak berterus terang dekat aku, aku tak nak dengar apalagi pun aku tengok kau dah happy dengan dia, so terima jelah dia" kata Becky
"Tapi aku tak pernah cintakan dia bec, hanya satu je perempuan Yang aku cinta iaitu kau" kata rat
"Rat dahlah move on okay kau ada tunang sepatutnya kau kena jaga hati dia, anggap jelah jodoh kita bukan milik kita okay" kata Becky
"Tapi aku tak boleh lupakan bec aku masih sayangkan kau" kata rat sambil memegang tangan Becky. Becky dan rat saling bertatapan
"Woi perempuan" tiba² vivi datang menyerang Becky
"Kau tahu yang dia ni tunang orang kau masih nak menggedik² dengan dia kenapa"
"Becky kau ni memang tak malu kan dulu aku sekarang perempuan ni pula sikap kau memang tak pernah berubah kan" tiba² irin menuduh Becky
"Irin sampai hati kau tuduh aku macam tu benda tu dah lama sekarang bright dah tak ada, tak boleh ke kita berdamai" air mata Becky mula mengalir
"Sampai bila² pun aku takkan maafkan kau Becky" kata irin
Vivi menyerang Becky dengan menarik rambut Becky begitu juga dengan irin
Rat cuba menghalang irin dan vivi dari terus mencederakan Becky.
"Kenapa bising2 tu" freen terus berlari
"Becky" freen terus berdiri di depan becky. Becky memegang lengan freen
"Kenapa korang serang Becky?" Tanya freen
"Kau siapa kawan dia, kau nasihatkan kawan kau ni jangan cuba dekat dengan rat. Rat tu tunang orang dan kau ex girlfriend rat" kata vivi
"Betul ke Becky lelaki ni ex kau?" Tanya freen. Becky hanya diam
"Kalau pengkhianat selama² nya jadi pengkhianat" kata irin. Freen menatap irin dingin
Freen menarik tangan Becky.
"Kenapa dengan kau sebenarnya ni? Kau dah tahu dia tu tunang orang yang kau terhegeh-hegeh dengan dia Kenapa?" Tanya freen
"Aku tak terhegeh-hegeh pun Freen rat yang datang dekat aku, dia yang ganggu aku" kata Becky
"So dia lah ex kau" tanya freen Becky mengangguk
"Dan perempuan yang duduk sebelah dia tu siapa pula?" Tanya freen
"Dia irin kawan aku waktu sekolah menengah dulu, kitorang dah lama putus sahabat dan sampai sekarang dia tak boleh nak maafkan aku kerana kisah silam" kata Becky
"Kisah silam?" Becky mengangguk
Becky muka menceritakan apa yang terjadi antara dia dan irin
Bersambung...
Tq 😊
YOU ARE READING
JUST FRIENDS
Romancefreen dan Becky merupakan sahabat. freen mempunyai perasaan terhadap Becky tapi Becky tidak pernah menyedari sehingga satu kejadian dimana Becky diculik dan Becky mengetahui perasaan sebenar freen terhadapnya