Freen dan nam masuk ke dalam rumah dimana ada Heng dan Becky di dalam
Freen mendekati Heng
"Kenapa kau suruh aku balik ni? Kau tahu tak banyak barang yang belum aku beli" kata freen tanpa menyedari Becky sedang menangis di ruang tamu.
Heng memuncungkan bibirnya lalu menunjukkan kearah Becky yang masih berselimut diatas kerusi
Freen melihat kearah Becky. Freen mendekati Becky
"Becky kau kenapa? Apa yang terjadi?" Tanya freen risau melihat keadaan Becky yang menunduk sambil menangis kecil
"Heng apa yang telah terjadi?" Tanya freen kepada Heng
"Aku tak tahu tadi aku hampir langgar dia tadi dekat hutan" kata Heng sambil menghenjut bahunya keatas
"Kat hutan? Kau buat apa kat sana?" Tanya freen, Becky menggeleng
"Aku tak tahu kenapa aku boleh ada dekat sana apa yang aku ingat irin bawa aku ke rumah dia dan aku pengsan lepas aku bangun aku tengok badan aku dah.... Berbalut dengan selimut" jelas Becky dalam keadaan sebak
Freen memeluk Becky.
"Aku minta maaf Becky kalau aku tak benarkan dia bawa kau mesti perkara ni takkan terjadi, aku minta maaf" ucap freen rasa bersalah muncul dalam dirinya.
Becky mula menangis teresak² di dalam pelukan freen
Hampir 3 jam freen menenangkan Becky kini Becky sudah tertidur kerana penat menangis
Freen menepuk bahu Becky lembut sambil melihat kearah Becky yang sedang tidur sambil memeluknya.
'Aku minta maaf Becky, aku dah buat kau jadi macam ni tolong maafkan aku' bisik freen
Freen mencium dahi Becky. Freen mengusap lembut dahi Becky. Freen baru menyedari dahi Becky panas.
"Kau demam ke? Ya tuhan dahi kau panas" kata freen panik dia melepaskan pelukan itu lalu dia pergi ke bilik mandi.
Freen membawa bekas yang berisi air dan tuala kecil. Freen meletakkan bekas itu diatas meja kecil lalu dia membasahkan tuala itu dan diletakkan di atas dahi Becky yang panas.
Setelah selesai dia kembali menaruhkan bekas ke dalam bilik air
Freen kembali ke katil lalu dia menyelimuti Becky
"Freen..." Panggil Becky dalam keadaan mengigau
"Ya, Becky aku ada dekat sini" freen kembali memeluk Becky.
Apabila melihat Becky seperti ini membuatnya sebak dan marah dengan irin
'Aku takkan diam irin, aku akan balas demi kau becky' katanya perlahan.
Nampak jelas di dalam anak matanya perasaan marah semakin membuak buak
Dia akan berbuat apa² saja demi Becky jika boleh dia akan menghabiskan nyawa orang itu.
Dia tidak peduli dengan dirinya jika itu melibatkan Becky dia takkan berdiam diri.
Keesokan paginya
Seperti biasa freen akan menyiapkan sarapan untuk dirinya dan Becky. Saat dia ingin membawa makanan itu ke atas dia melihat Becky yang sedang menuruni tangga
"Kenapa kau turun kau tu masih demam nanti jatuh tangga macam mana?" Marah freen risau
"Aku okay jelah" freen memimpin Becky
"Hari ni kau tak payah pergi kolej, duduk rumah berehat lepas kau sembuh baru kau boleh masuk kolej" kata freen
"Aku nak pergi juga"
YOU ARE READING
JUST FRIENDS
Romancefreen dan Becky merupakan sahabat. freen mempunyai perasaan terhadap Becky tapi Becky tidak pernah menyedari sehingga satu kejadian dimana Becky diculik dan Becky mengetahui perasaan sebenar freen terhadapnya