Freen terburu-buru balik untuk mencari Becky.
Dia tidak pernah putus asa untuk menghubungi Becky walaupun tidak diangkat oleh Becky.
Dia sungguh risaukan Becky. Dia menelefon Richie tapi Richie memberitahunya Becky tiada datang ke rumah.
Di apartment irin
Irin memandang Becky penuh dengan kehairanan apabila tiba-tiba Becky muncul di depannya
"Kenapa tiba-tiba kau datang sini?" Tanya irin
"Boleh aku tidur dekat sini?" Tanya Becky
"Bukan ke kau ada family kenapa tak tidur kat sana kenapa minta tolong dengan aku" kata irin
"Irin aku merayu dengan kau kali ni je" Becky merayu kepada irin
"Dahlah bec kau boleh balik sekarang" halau irin dia bangun lalu membuka pintu.
Becky bangun dari duduknya lalu berjalan keluar dia membalikkan badannya dan pintu itu ditutup
Becky mengeluh
Waktu sekolah menengah hubungan irin dan Becky sangat rapat tapi disebabkan salah faham hubungan mereka retak hingga irin amat membenci Becky sehingga ke hari ini.
Di rumah Becky
Becky melihat kearah rumahnya dia berasa sedih dengan nasib malang yang menimpa dirinya.
Dulu dia dibenci oleh kawannya sendiri beberapa hari yang lalu rat memutuskan hubungan mereka yang sudah lama terbina dan sekarang dihina dengan rakan sekolej.
'Kenapa kau jahat irin, kau dah banyak berubah tak sama dengan irin yang aku kenal dulu' sebak becky dalam hati dia mengelap air matanya kasar
Richie melihat kearah kereta yang berada di luar rumah dia ingin mendekati kereta itu
"Pak cik jalan cepat" arah Becky panik setelah melihat Richie sedang mendekati teksi.
"Hei!! Hei!!" Richie pelik dengan kereta itu yang tiba-tiba melaju.
Becky memandang ke belakang dia menghembuskan nafas lega. Nasib baik Richie tak kejar.
"Kenapa teksi berhenti dekat sini, pemandu tu hantar siapa?" tanya Richie pada diri sendiri dia memandang kearah langit dia menggosok-gosok lengannya
Tiba-tiba bulu roma nya naik dia terkaku apabila tiba-tiba dia mendengar suara anjing menyalak
Dia baru teringat hari ini adalah malam jumaat lekas dia berlari masuk ke dalam rumahnya.
Freen pulang ke rumahnya. Dia masuk ke dalam rumah dalam keadaan longlai dia penat mencari Becky.
"Becbec mana kau pergi" tanya freen setelah dia berbaring tak lama kemudian matanya mula layu dan dia tertidur.
Becky masuk ke dalam bilik freen dia mendekati freen yang sedang tidur.
"Freen" panggil Becky. Freen membuka matanya apabila mendengar suara Becky dia terus bangun
"Becky" freen lantas memeluk tubuh Becky
"Syukurlah kau dah balik kau pergi mana? Kau tahu aku risaukan kau" kata freen. Becky duduk di kaki katil
"Kau kenapa ni? Semuanya baik² je kan?" Tanya freen mula kembali risaukan Becky
"Aku minta maaf sebab dah buat kau risau, aku okay" kata Becky tersenyum
"Tadi aku pergi cari kau, aku call Richie dia cakap kau tak balik rumah family kau, kau pergi mana?" Tanya freen. Becky menunduk
"Aku minta maaf freen, aku..." Ucap Becky menunduk
YOU ARE READING
JUST FRIENDS
Romancefreen dan Becky merupakan sahabat. freen mempunyai perasaan terhadap Becky tapi Becky tidak pernah menyedari sehingga satu kejadian dimana Becky diculik dan Becky mengetahui perasaan sebenar freen terhadapnya