BAB 14 ~SEDAR~

224 19 0
                                    

Sebulan kemudian

Becky mula sedarkan diri setelah sebulan berbaring di atas katil.

Becky membuka matanya perlahan-lahan dia mengangkat tangannya perlahan-lahan dia melihat freen yang sedang tidur sambil memegang tangannya.

"Freen!!" Panggilnya dengan nada yang kecil. Freen tersedar

"Becky kau dah bangun" Becky mengangguk lemah. Freen bangun lalu keluar untuk memanggil doktor.

Doktor memeriksa keadaan Becky.

"Keadaan kawan cik dah semakin membaik tapi dalam keadaan yang masih lemah, cik masih tak boleh dibenarkan untuk pulang kerana keadaan cik masih lagi perlu dalam pengawasan doktor" kata doktor freen mengangguk faham

"Terima kasih doktor" ucap freen

"Terima kasih doktor" ucap Becky. Doktor itu tersenyum lalu pergi

Becky menutup semula matanya walaupun dia sudah berbulan² tidur tapi dia masih berasa penat. Freen yang melihat itu hanya tersenyum lalu dia keluar tanpa bercakap dengan Becky.

Pukul 3 petang

Huks huks

Becky tersedar dari tidurnya kerana tekaknya terasa haus. Freen yang sedang bermain telefon melihat kearah Becky yang sedang ingin mengambil air.

Freen bangun lalu mengambil air untuk Becky.

"Kalau kau nak air bagitahu aku. Aku tolong ambilkan untuk kau" kata freen lalu dia memberikan gelas itu kepada Becky

"Terima kasih" ucap Becky

"Keadaan kau macam mana dah lebih baik dari tadi" tanya freen Becky mengangguk

"Kau tak pergi kolej ke?" Tanya Becky

"Tak, aku tunggu kau hingga kau sedar aku nak jadi orang yang pertama tengok kau sedar" kata freen

"Kenapa kau masih peduli kan aku? Bukan ke kita dah putus" tanya Becky. Freen hanya diam

"Salah ke kalau aku nak jaga bekas kawan aku kalau kau tak nak hari ni last aku datang ke hospital, aku takkan ganggu kau lagi" freen bangun lalu meninggalkan Becky

"Freen" panggil Becky tapi tidak berjaya menghentikan langkah perempuan itu kerana perempuan itu sudah keluar.

Freen mula menangis sambil duduk di kerusi ruang menunggu.

16/5

Becky mula dibenarkan keluar setelah doktor yang memeriksanya itu memberitahunya keadaannya sudah sepenuhnya membaik.

Becky dijaga oleh mommynya sementara daddynya masih di British bukan kerana tidak pedulikan anaknya tapi kerana kerja dia harus menangguh hasrat untuk melawat anaknya. Walaupun berjauhan dengan daddynya. Daddynya selalu menanyakan khabarnya.

Becky menuruni anak tangga. Dia mendekati mommynya lalu memeluknya dari belakang

"Kamu duduk dulu jangan ganggu mommy tengah memasak" kata mommy Becky

"Thanks mommy sebab sanggup datang ke Thailand semata-mata untuk menjaga Becca, maaf kalau dah menyusahkan mommy" kata Becky sambil melepaskan pelukan

"Jika lautan api pun mommy sanggup renangi apalagi Thailand biarlah halangan cuba untuk memisahkan mommy dengan anak kesayangan mommy, tiada mustahil bagi mommy untuk lakukan" kata mommynya sambil bermain-main kan jari di bawah dagu Becky.

Becky tersenyum manja lalu kembali memeluk mommynya

"Bila mommy balik?" Tanya Becky

"Esok" jawab mommy Becky. Becky menganggap

JUST FRIENDS Where stories live. Discover now