Semua orang sudah berada di dalam wad setelah doktor selesai memeriksa freen dan freen dipindahkan ke wad biasa.
Nam yang menelefon keluarga freen dan Heng.
Freen tersenyum kecil apabila rakan² nya bergurau hingga sakit yang masih terasa sedikit berkurangan.
Saat dia sedang ketawa matanya tidak sengaja tertumpu kepada kertas yang berada di sebelah bantal. Dia mengambil surat itu lalu membacanya.
~Kepada sahabat ku freen sarocha. Maaf aku tak boleh melihat dirimu
Diwaktu engkau sudah sedar, aku harap setelah kau membaca surat ini kau boleh menerima pemergian aku, aku harap kau dapat lepaskan aku. Aku tak mungkin akan kembali ke sini lagi aku akan berangkat pergi ke British hari ini aku harap kau bahagia disana dan semoga persahabatan kita terus kekal walaupun kita bukan lagi sahabat. Aku bahagia bila ada kau bersama dengan aku. Aku sayang kan kau freen bye my freen~ BeckyFreen mengumpal kertas itu lalu dia mencampak kertas itu di lantai
"Freen"
"Dia dah tinggalkan aku nam... Becky dah tinggalkan aku" freen menangis dalam pelukan nam
Becky berjalan sambil membawa beg air matanya mengalir tanpa henti
Telefon Becky berdering.
Becky menghentikan langkahnya
"Hello becky kau dekat mana?" Tanya nam. Nam memandang freen yang berada di dalam pelukannya
"Becky freen suruh datang dia nak jumpa dengan kau" kata nam
Becky meletakkan panggilan itu.
"Macam mana dia datang kesini kan?" Tanya freen. Nam menggeleng kepalanya.
Becky meneruskan langkahnya. Dia cepat² meletakkan beg lalu dia masuk
"Aku nak jumpa dia nam tolong aku, aku nak jumpa dia. Aku kena halang dia" kata freen sambil menanggalkan jarum yang berada di tangannya.
"Freen kau belum sihat sepenuhnya" nam cuba menghalang freen.
"Tak nak aku nak jumpa Becky aku tak nak dia pergi dari sini tolong aku nam please tolong aku halang dia, aku tak boleh hidup tak ada dia disisi aku nam please" semua orang yang berada disitu tidak tahu ingin berbuat apa
"Tapi keadaan kamu masih lemah" kata tuan chakimha
"Freen tak peduli pa, freen kena halang Becky please freen merayu dengan papa tolong freen pa" rayu freen
Disebabkan kasihankan freen tuan chakimha meminta izin dari doktor dan doktor memberi izin tapi jika terjadi sesuatu pada freen, freen harus menerima risiko dan freen terus setuju.
Di airport
Freen berlari sambil memegang perutnya walaupun lukanya belum sembuh tapi dia tidak menghiraukan kerana dia ingin menghalang Becky daripada pergi
Setibanya di airport, dia meraung sambil menyebut nama Becky
Heng nam dan keluarga freen turut menitiskan air mata apabila melihat keadaan freen yang sangat menginginkan Becky bersamanya
"Freen!!! Becky dah pergi dia takkan berpatah balik" nam memeluk freen
"Kenapa dia tinggalkan aku nam!!! Kenapa dia sanggup buat aku macam ni!!! Kenapa dia jahat nam" Jerit freen
YOU ARE READING
JUST FRIENDS
Romancefreen dan Becky merupakan sahabat. freen mempunyai perasaan terhadap Becky tapi Becky tidak pernah menyedari sehingga satu kejadian dimana Becky diculik dan Becky mengetahui perasaan sebenar freen terhadapnya