BAB 15 ~DI CULIK~

224 20 0
                                    

Ting

Becky mengambil telefonnya lalu membaca mesej dari irin

Becky kau boleh tolong aku?~ irin

Tolong apa?~ Becky

Kau tolong datang dekat pintu utama perut aku sakit please~ irin

Kawan kau mana?~ Becky

Diorang belum sampai lagi please Becky aku merayu~ irin

Okay~ Becky

Becky bangun lalu dia berjalan kearah pintu utama dia mencari keberadaan irin tapi irin tiada disitu

Dia mengambil telefon lalu mencari nombor irin

"Hello irin kau..." Belum sempat dia ingin bertanya ada seorang lelaki menekup mulutnya hingga telefon yang dipegang olehnya terjatuh.

Di rumah Alvin

Alvin mendekati Becky yang masih tidak menyedarkan diri dan kedua tangannya yang diikat di belakang.

Alvin duduk di depan Becky sambil melihat tubuh Becky dari atas sampai bawah

Alvin menyentuh lutut Becky. Becky mula tersedar apabila merasa ada kulit menyentuh lututnya.

"Alvin"

"Kau nak buat apa dekat aku"

"Aku belum buat apa² dekat kau"

"Kau jangan macam² kalau tak aku akan jerit" Alvin ketawa

"Kau nak Jerit, jerit lah jerit sampai keluar anak tekak kau, kau tahu tak kau dekat mana sekarang?" tanya Alvin

"Kau duduk jauh dari semua orang. Dari freen,family dan kawan² kau hanya aku kau dan orang suruhan aku je yang berada disini haha" kata lelaki diakhiri dengan ketawa

"Kenapa kau bawa aku kesini apa yang kau nak"

"Aku tak nak apa² dari kau, dulu aku suruh kau dapatkan freen untuk aku kau tolak, jadi aku rasa lebih baik aku akhiri hidup kau" kata Alvin. Becky tergamam

"Alvin aku merayu dengan kau lepaskan aku. Aku janji dengan kau aku akan turuti apa yang kau nak tapi please aku merayu lepaskan aku" rayu Becky

"Haha kau ingat aku bodoh.. kau ingat semudah tu aku lepaskan kau takkan Becky aku akan balas dendam dengan kau" kata Alvin

Dia bangun lalu meninggalkan Becky

"Freen Becky mana?" Tanya nam

"Tak tahu" jawab freen tenang

Semua pelajar mula bergerak ke kantin untuk makan

Freen mengemas mejanya yang sedikit berselerak

"Jom kita pergi makan" ajak freen setelah selesai mengemas mejanya

"Nah makanan satu untuk kau satu untuk aku" kata salah satu orang suruhan Alvin.

Becky menelan air liur

"Apa tengok² nak ke beli sendiri" kata lelaki itu

"Aku lapar boleh bagi makanan untuk aku" tanya Becky

"Boleh kejap heh" kata lelaki itu

Becky hanya memandang mengharapkan agar lelaki itu memberinya makan

"Nah" lelaki itu memberi ayam yang sudah tiada isi

Lelaki itu ketawa lalu meninggalkan Becky.

Seorang lelaki yang sedang melihat Becky yang menunduk sambil menangis itu bangun dari duduknya dia mengambil plastik lalu meletakkan makanannya diatas plastik itu.

"Aku bagi makanan dengan kau jelah" kata lelaki itu. Becky mendongak memandang lelaki itu

"Aku tak sanggup sebenarnya tengok perempuan secantik kau diperlakukan begini, Alvin terlalu obses dekat freen sehingga dia sanggup rancang semua ni" kata lelaki itu

"Aku tak nak terlibat dalam kes ni, kau jangan risau aku akan bantu kau untuk keluar dari sini" kata lelaki itu

"Kenapa kau bantu aku?" Tanya Becky

"Sebenarnya Alvin ada penyakit mental dia baru keluar dari hospital aku abang dia kitorang kembar tapi tak seiras, sebenarnya aku tak setuju dengan rancangan ni tapi aku terpaksa ikut. Aku tak salahkan kau dan freen. Aku tahu cinta itu tak seharusnya dimiliki. Dia yang memaksa freen untuk menerima cinta dia tapi dengan cara yang salah" kata lelaki itu

"Dulu dia normal tapi pernah sekali dia dicurangi bekas girlfriend dia, dia jadi tak waras dan sejak dia ternampak freen dia mula sukakan perempuan itu tapi perempuan itu sering kali menolak dia jadi sebab kan terlalu obses dia mengalami tekanan sesuatu telah menghasut dia hingga berbagai cara Alvin ingin mendapatkan dia tapi tetap juga dia gagal. Sehingga lah dia tahu kau kawan freen dia berusaha untuk ambil hati freen iaitu menggunakan kau walaupun dia tahu itu mungkin akan membuatkan Korang bergaduh" jelas lelaki itu panjang lebar

"Sebenarnya aku tak sanggup Becky tapi aku merayu dengan kau tolong pujuk freen supaya dia terima adik aku" kata lelaki itu. Becky terdiam

Patut ke dia menolak freen untuk Alvin?

Bagaimana dengan hatinya?

Adakah dia akan baik² saja kalau Alvin bercinta dengan freen?

Kehilangan Becky masih lagi menjadi tanda tanya. Semua pelajar mula beransur pulang

Pemandu yang datang menjemput Becky turut berada di situ.

"Encik yang datang jemput becky kan?" Tanya freen

"Ya, cik ni pasti freen sarocha chankimha kan" jawab lelaki itu sekali gus bertanya

"Ya, macam mana encik tahu nama penuh saya" tanya freen pelik macam mana lelaki itu tahu namanya

"Cik Becky bagitahu saya" jawab lelaki itu, freen hanya mengangguk kecil

"Di dalam kelas ada orang lagi tak?" Tanya lelaki itu.

"Dah tak ada rasanya yang last keluar saya" kata freen

Lelaki itu hanya mengoh

"Ni beg Becky dia tinggal di dalam kelas" kata freen sambil menghulurkan beg Becky

"Macam mana beg Becky boleh berada dengan cik freen? Cik Becky mana?" Tanya lelaki itu. Freen hanya diam

"Erm, freen" seorang sekuriti mendekati freen

"Ni telefon Becky, pak cik jumpa dekat sini tadi. Mula² pak cik ingat ni telefon pelajar lain tapi bila tengok di skrin gambar dia dan freen pak cik ambil lepas tu pak cik simpan" kata sekuriti itu sambil menghulurkan telefon kepada freen

"Aipp selalu ke cik Becky tercicir barang" tanya lelaki yang berada di depan freen

"Kalau tak ada apa² lagi pak cik pergi dulu" freen dan lelaki itu mengangguk

"Becky tak selalu macam ni dia jarang tercicir barang" kata freen

Setelah selesai menyuap Becky makan lelaki itu mengemas tempat itu. Lelaki itu bangun seorang lelaki mendekati lelaki yang berada di depan Becky.

"Kau buat apa?" Tanya lelaki itu kepada Andi

"Tak ada apa" Jawab andi lalu dia meninggalkan Becky dan lelaki itu Becky hanya berdiam diri

"Lapar lagi ke?' tanya lelaki itu, Becky hanya mengangguk kecil. Lelaki tersenyum lalu meninggalkan Becky.

Freen pergi ke rumah Becky setelah dia meminta lokasi rumah Becky daripada Richie. Setibanya dia di sana dia sedikit terkejut rumah Becky sedikit kecil berbeza dengan rumahnya yang besar

Walaupun dia anak orang kaya namun testnya tidak sama dengan seperti yang lain itulah kelebihan yang ada pada Becky.

Dia kaya tapi tidak terlalu menunjuk, tapi kenapa sampai membohongi freen

Freen masuk ke dalam rumah itu dia melihat dalam rumah itu gelap

Bersambung...
Tq 😊


JUST FRIENDS Where stories live. Discover now