"Kenapa kau sebarkan?" Tanya Becky setelah berada tepat di depan lelaki itu
"Kau sendiri yang cabar aku, selama seminggu aku tunggu tapi apa hasil yang aku dapat tak ada" kata lelaki itu dengan mukanya yang tenang tiada rasa bersalah
"Patutlah freen tak nak dengan kau kalau perangai kau macam ni suka ugut² orang sekarang Tuhan dah tunjuk. ya walaupun aku tak pasti sama ada freen baca ataupun tak artikel ni tapi tak menyesal pun bagi aku daripada aku menyesal menyerahkan freen kepada kau yang berani mengugut orang jika kau menginginkan sesuatu" kata Becky walaupun hakikatnya dia takut kalau freen tahu dan akan memutuskan persahabatan mereka.
"Aku kena tanya dia sendiri" freen lekas bangun
"Freen freen" nam dan Heng turut bangun lalu dia mengejar freen
Freen masuk ke dalam kelas tapi Becky tiada di sana
"Kau ada nampak Becky?" Tanya freen kepada salah satu pelajar
"Dia dekat padang" kata pelajar itu
Freen lantas berlari diikuti nam dan Heng di belakang
"Aku minta tolong dekat kau je tapi kau susah sangat nak tolong aku, aku cuma nak dapatkan freen je tapi kau yang tak nak bantu jadi jangan marah lah semua berpunca daripada kau bukan aku" kata lelaki itu cuba menyalahkan Becky
"Apa semua ni Becky" Becky terkedu apabila suara freen muncul di belakangnya.
Freen mendekati belakang Becky. Freen menarik tangan Becky lembut
"Aku tanya kau jawab aku" kata freen. Becky masih terdiam. Dia tidak tahu apa yang patut dia lakukan sekarang
"Dan kau ni semua pasti kerja kau kan. Kau nak dapat kan aku tapi menggunakan Becky" kata freen tenang walaupun hatinya sedang marah tapi dia bersabar
"Kau tak marah sebab dia tipu kau" tanya lelaki itu
"Tak... Aku tak marah" kata freen dengan menatap tajam anak mata Becky. Freen menarik tangan Becky.
Di rumah freen
"Tergamak kau tipu aku Becky" marah freen
"Freen aku minta maaf aku tiada niat nak tipu kau, tolong maafkan aku"kata Becky
"Tiada niat kau cakap.. kau masih ingat perjanjian kita Becky tiada rahsia Becky tiada rahsia dan sekarang kau sendiri yang mungkiri" kata freen
"Kau tahu sendiri kan apa akibat dia kalau kalau langgar perjanjian tu... Kenapa Becky kenapa" freen mula sebak. Becky masih terkaku
Ya dia masih mengingati perjanjian itu dimana dia tidak boleh berahsia
"Aku minta maaf freen aku betul² minta maaf"
Freen membalikkan badannya menghadap ke belakang
'Aku tahu kita berdua ada rahsia tapi aku tahu Becky kalau aku bagitahu kau tentang perasaan aku pada kau sekarang mungkin akan mengeruhkan lagi keadaan' freen cuba menenangkan dirinya lalu kembali melihat Becky yang sudah menangis di belakangnya
"Perjanjian tetap perjanjian... mulai daripada hari ni kau bukan kawan aku lagi dan persahabatan kita putus" kata freen lalu dia meninggalkan Becky
Freen berlari masuk ke dalam biliknya.
"Ahhhhh" freen meraung sekuat hati sambil terduduk
"Kenapa Becky kenapa kau sendiri yang hancurkan persahabatan kita" kata freen dalam tangisan
"Maafkan aku freen" ucap Becky
Setelah kejadian tu Becky dan freen bukan lagi sahabat. Becky dihalau keluar dari rumah Freen.
Di rumah Becky
"Becky" Richie membuka pintu setelah pintu itu diketuk beberapa kali
"Nah" Richie memberikan air kepada Becky
"Thank you" ucap Becky
"So sekarang apa plan kau?" Tanya Richie
"Beberapa hari lagi akan ada exam akhir, aku hanya ingin fokus exam lepas exam selesai aku akan balik British" kata Becky
"So kau nak kerja dekat sana?" Tanya Richie. Becky mengangguk
"Aku dah bincang dengan daddy aku akan ambil alih syarikat dia dekat sana and syukurlah daddy setuju"
"Freen macam mana?" Tanya Richie, becky hanya diam
"Baiklah kalau begitu welcome back" kata Richie.
Sepanjang dia tinggal di rumah freen, Richie yang tinggal di rumah becky. Mereka berdua mempunyai rumah yang dihadiahkan oleh daddy mummy mereka.
Awalnya daddy dan mummy nya tidak bersetuju tapi disebabkan Becky tak nak tinggal serumah dengan Richie daddy dan mummy terpaksa mengikut kehendak anak perempuannya
Di sisi lain Freen masih dengan keputusannya untuk tidak menerima perasaan dari lelaki itu. Walaupun beberapa kali lelaki itu menghantar surat tapi tiada satu pun dia baca hingga lelaki itu berdendam dengan Becky.
Baginya semua berpunca daripada perempuan itu kalau dia mengikuti rancangannya pasti rahsia Becky dia simpan tetapi anggapan dia salah kini hubungan Becky dan freen seperti orang asing.
Becky menuruni tangga saat dia ingin menuruni anak tangga yang terakhir seseorang menarik tangannya hingga membuatkan langkah terhenti. Dia memandang ke belakang
"Kau nak apa?" Tanyanya datar setelah melihat wajah perempuan itu
"Aku nak minta maaf" Becky menghembus nafasnya kasar lalu dia turun tanpa memandang irin.
"Becky aku merayu dengan kau, tolong Maafkan aku" irin memegang tangan Becky
"Irin lepaskan aku"
"Aku merayu dengan kau tolong maafkan aku, tolong Becky aku merayu. Aku betul² dah menyesal" rayu irin
"Menyesal... Selepas kau tahu siapa aku baru kau nak cakap yang kau menyesal. Selama ni aku datang dekat kau, kau selalu mengelak dan sekarang kau datang dekat aku lepas tu kau boleh cakap kau menyesal" kata Becky sambil ketawa mengejek
"Kenapa kau baru sedar sekarang kalau bukan disebabkan berita pasal family aku tak terbongkar aku yakin lah kau takkan datang sini lepas tu minta maaf dengan aku. Aku kenal kau lah irin aku tahu kau bencikan aku, kau berdendam dengan aku sebab aku rapat dengan bright kan. Tapi sekarang bright dah tak ada kenapa kau masih berdendam dengan aku lagi ataupun kau masih marah sebab bright memilih beritahu pasal penyakit dia pada aku dan bukan kau, kau teman wanita dia tapi kau tak tahu apa² pasal dia pasal penyakit dia" kata Becky. Irin terdiam
"Dia menghidap kanser otak tahap yang keempat, dia pengsan waktu kau keluar dari bilik hotel, aku tak tahu apa yang dia rancang setelah aku duduk dekat hospital baru aku faham kenapa dia buat macam tu di waktu yang tepat kau datang. Aku tak salahkan dia sebab aku tahu dia menderita dia takut nak putuskan hubungan korang sebab dia tahu berbulan² kau cuba rapat dengan dia cuba untuk ambil hati dia dan last² kau nampak dia cium aku dan kau putuskan persahabatan kita dan hubungan cinta kau dengan dia tanpa mendengar penjelasan kitorang" kata Becky sebak
"Aku tak kisah irin kau nak bencikan aku kau nak balas dendam dengan aku tapi tak kan tak ada rasa kasihan kau pada dia, kau terus pergi tanpa dia menjelaskan apa yang terjadi di antara kitorang" kata Becky semakin sebak
"Hubungan persahabatan kita dah putus jadi lebih baik kau jauh kan diri dari aku" kata Becky lalu meninggalkan irin. Irin terkaku
Bersambung...
Tq 😊
YOU ARE READING
JUST FRIENDS
Romancefreen dan Becky merupakan sahabat. freen mempunyai perasaan terhadap Becky tapi Becky tidak pernah menyedari sehingga satu kejadian dimana Becky diculik dan Becky mengetahui perasaan sebenar freen terhadapnya