LAST ~PERTUNANGAN~

466 21 4
                                    

1 bulan kemudian

Hari ni freen dibenarkan pulang setelah mendapat kebenaran dari doktor.

"Jom kita balik" kata tuan chankimha sambil menolak kerusi roda, freen mengangguk lalu tersenyum.

Becky yang berada disitu mampu untuk bersembunyi di sebalik tiang.

'Aku tahu kau mampu lupakan aku freen' kata Becky air matanya yang mengalir disapunya.

"Malam ni kita dinner dekat luar, papa nak pertemukan freen dengan kawan papa" kata tuan chankimha

"Baiklah papa" balas freen tanpa membantah lalu dia tersenyum dan melihat kearah luar

'Bagaimana dengan kau Becky? Kau baik² je kan? Aku merindui mu Becky kenapa kau tak datang disaat aku terlantar di hospital sebegitu bencikah kau pada aku' bisik freen dalam hati

Di restoran

Freen, tuan chankimha dan puan chankimha berada di sebuah meja khas yang ditempah oleh papa freen.

Freen memakai gaun berwarna merah.

"Selamat malam uncle,auntie,freen" sapa nam dan Heng

"Selamat malam juga Heng nam" balas puan chankimha sambil tersenyum kepada mereka berdua

"Dah alang² kamu berdua ada disini jomlah join dengan kitorang sekali"

"Eh tak apa lah uncle, nam dan Heng boleh duduk tempat lain. Nam tak nak mengganggu family time uncle" kata nam menolak ajakan tuan chankimha

"Tak lah, tak mengganggu pun duduklah Heng nam" kata tuan chankimha.

"Baiklah uncle" nam dan Heng duduk disebelah freen

Orang yang dinantikan oleh freen sekeluarga akhirnya tiba

"Tuan Chankimha my friend" jerit tuan wichai

"Tuan wichai" tuan chankimha memeluk kawannya

"Silakan duduk lama kita tak berjumpa" kata tuan chankimha

"Ya, apa khabar semakin berisi kau sekarang"

"Sihat biasalah bini masak sedap cepatlah berisi" semua yang ada disitu ketawa dengan apa yang diberitahu oleh papa freen.

Dari kejauhan ada seseorang mendengar perbualan dua keluarga.

"Cik Becky nak pesan makanan lagi ke" tanya pelayan

"Tak ada nanti kalau ada saya akan panggil thanks" Becky memberi semula menu itu kepada pelayan itu.

"Oh ya aku lupa nak kenalkan anak aku Seng wichai dia baru habis balik Thai dulu dia tinggal dekat China"

"Hello uncle auntie" sapa Seng penuh dengan sopan santun

"Hello Seng, handsome anak kau. Bu the way ni anak perempuan aku freen sarocha"

"Hello uncle auntie" sapa freen tersenyum.

Mereka saling mengenalkan anak² mereka.

"Kembali kepada niat asal kami sebenarnya kami berhajat ingin menyatukan freen dan Seng" kata tuan chankimha setelah selesai makan.

Semua yang berada disitu terkejut dengan rancangan tuan chankimha begitu juga dengan Becky.

"Aku nak tunangkan freen dan Seng" kata tuan chankimha. Becky yang mendengar itu tersentak sudu yang dia pegang tadi terjatuh.

Bunyi sudu yang jatuh itu membuatkan freen memandang kearah Becky. Kerana takut ketahuan Becky langsung bangun dan saat dia inginkan pergi tidak sengaja pelayan melanggar Becky.

JUST FRIENDS Where stories live. Discover now