BAB 18 ~KEMBALI KE THAILAND~

224 18 0
                                    

Hari ini Becky akan kembali ke Thailand untuk menukar syarikat dengan abangnya.

Di airport Thailand

Becky dan bmine masuk ke dalam airport. Becky memegang Amanda manakala bmine membawa beg Becky.

Bukan kerana dia ingin menyusahkan Becky tetapi anaknya sendiri yang ingin di dukung Becky.

Amanda tertidur di dalam dukung Becky.

Sementara menunggu teksi yang masih dalam perjalanan Becky dan bmine membuat keputusan untuk duduk di kerusi dalam airport.

"Cik Becky saya nak pergi beli air kejap, meh saya dukung amanda"

"Eh tak apalah awak pergi beli air Amanda biar saya yang jaga apalagi pun dia tengah tidur nanti kalau dia menangis susah pulak" kata Becky

"Maaf lah dah menyusahkan cik Becky saya tak tahu kenapa Amanda Manja sangat dengan cik Becky dulu tak macam ni pun" kata bmine

"It's okay, biasa lah budak². Dahlah awak pergi jelah beli air" kata Becky bmine mengangguk lalu dia meninggalkan Becky dan Amanda di situ

"Becky" jerit nam, Becky yang terkejut dengan jeritan nam meletakkan jarinya di mulutnya lalu dia bangun

"Opps sorry" Becky membuat muka sambil menepuk belakang Amanda.

Freen dan Heng mendekati nam, freen memandang Becky dengan datar. Becky memandang freen keadaan disitu menjadi tegang

"Cik Becky" tegur bmine. Heng freen dan nam memandang kearah perempuan yang sedang mendekati Becky

"Meh saya pegangkan Amanda" bmine mengambil Amanda dari Becky

Amanda mula menangis tapi tidak lama kerana bmine menggosok belakang Amanda hingga anaknya kembali tertidur.

"By the way, aku nak kenalkan ni bmine dan ni Amanda anak..."

"Jom kita makan aku lapar" kata freen memotong ayat Becky lalu dia meninggalkan mereka berempat yang masihi berada disitu

Di restoran

Becky duduk bersama nam, Heng dan bmine manakala freen memilih untuk duduk bersendirian

Saat yang lain sedang memilih menu. Becky terlalu fokus melihat kearah freen yang sedang menongkat kepalanya.

'Kenapa dia diam tak seperti dulu tubuh badan dia semakin kurus' Becky baru menyedari bahawa freen semakin kurus dan tak terurus

Uwerk uwerk

Teriakan anak bmine mengejutkan Becky dan yang lain

"Dia nak susu kot" kata Becky

"Mungkin tapi saya nak bagi susu dia macam mana kalau dekat sini ramai" kata bmine berbisik

"Awak bagi susu dalam kereta" kata Becky lagi dan bmine mengangguk

"Korang makan lah aku nak pergi ke kereta kejap" kata Becky. Heng dan nam mengangguk. Becky melihat freen sekilas lalu dia pun keluar dari restoran

"Budak tu anak siapa? Anak Becky ke? Sejak bila dia kahwin?" Bisik nam tapi dapat didengari oleh freen

"Awak bagi susu dulu saya masuk balik nanti kalau dah selesai awak masuk" kata Becky bmine mengangguk lalu berterima kasih kepada Becky.

Becky masuk semula ke dalam restoran Heng dan nam memandang Becky

"Becky budak kecil tu anak siapa anak kau ke atau anak...."

"Bmine" nam dan Heng mengangguk

"Budak tu anak bmine, Kenapa?" Jawab Becky sekali gus bertanya

"Aku ingatkan budak tu anak kau, rapat semacam je dengan kau" kata nam

"Memang lah rapat sebab dia selalu datang rumah aku" kata Becky

"Ohhhh"

"Kenapa kau balik sini lagi?" Tanya freen setelah lama berdiam diri

"Freen"

"Kenapa salah ke aku bertanya?" Freen bangun lalu keluar dari restoran itu.

Becky mengejar freen

"Freen" Becky menarik tangan freen, freen menepis tangan Becky kasar

"Kenapa kau balik ke sini becbec, lepas kau tinggal kan aku kenapa kau balik ke sini" tanya freen. Becky memeluk freen dari belakang

"Lepaskan aku" freen melepaskan pelukan itu lalu menolak Becky ke belakang.

"Kenapa bec... Kenapa... Kau jahat Becky aku benci kau!!!" Freen memukul badan Becky air mata yang ditahan tadi kini tumpah

"Aku minta maaf freen" Becky mengelap air matanya

"Aku benci kau Becky" jerit freen sekuat hati

"Freen aku minta maaf, tolong maafkan aku freen aku merayu"

"Aku benci kau Becky!!! Sangat benci!!!!" Jerit freen terduduk.

Becky turut mengalir kan air matanya. Dia turut terduduk di depan freen

"A~aku m~ minta maaf freen aku tahu kau marah kan aku sebab aku dah tinggalkan kau walaupun aku dah berjanji aku takkan tinggalkan kau" kata Becky tergagap

"Aku terpaksa tinggalkan kau... Kau patut bahagia freen aku nak kau bahagia kita tak patut saling mencintai kau tahu sendiri perjanjian tu aku minta maaf sebab tak menunggu kau sehingga kau sedar dari koma please freen maafkan aku" kata Becky

"Aku cintakan kau Becky, kau tahu betapa terseksanya aku bila kau tiada dan kau tahu betapa kecewanya aku bila dapat tahu kau tinggalkan aku, sedangkan kau sudah berjanji takkan tinggalkan aku" kata freen

"Aku minta maaf freen... Aku betul² minta maaf" Becky bangun lalu meninggalkan freen disitu.

Freen bangun lalu mengejar Becky.

"Korang tolong hantar kan bmine" kata Becky lalu dia berlari keluar dari restoran itu

"Ta..." Belum sempat nam ingin bertanya. Freen mengejar Becky.

Becky memandu kereta di turuti freen di belakang. Freen memotong kereta Becky hingga Becky membrek kereta secara mengejut.

Freen keluar dari keretanya begitu juga dengan Becky. Setelah Becky keluar freen terus menarik Becky dan mencium Becky. Becky tergamam

"Tolong jangan tinggalkan aku lagi, aku merayu pada kau Becky" freen melepaskan ciuman itu lalu dia menunduk dan memeluk pinggang Becky.

"No!!! Kau patut bahagia, kau patut cari kebahagiaan kau sendiri freen. Aku tak layak untuk kau. Aku tak layak terima cinta kau" kata Becky

Freen menggeleng

"Kau kebahagiaan aku Becky aku cintakan kau sejak lama, pasal perjanjian tu aku akan batalkan asalkan kau tak tinggalkan aku, aku akan lakukan apa² saja demi kau Becky aku ingin kau dalam hidup aku please aku merayu tolong jangan pergi" rayu freen dengan deraian air mata sungguh dia tak sanggup kehilangan Becky

"Freen lepaskan aku!!" Becky cuba melepaskan tangan freen tapi freen memeluknya erat

"Tak aku takkan biarkan kau pergi, kalau kau nak aku batalkan perjanjian aku akan lakukan asalkan kau janji dengan aku jangan tinggalkan aku" kata freen dia berdiri lalu memeluk Becky.

Becky memejam matanya lalu dia membalas pelukan freen. Sebenarnya dia juga tak sanggup untuk berjauhan dengan freen

"Maafkan aku freen aku tak boleh" Becky tetap dengan ego dia. Freen terkaku lalu dia meninggalkan freen.

Freen masuk ke dalam rumahnya. Dia menolak semua yang berada di atas meja.

"Aaaaaaa" jeritnya sekuat hati sambil memukul dinding. Nam yang baru sampai menghalang freen dari terus melukai tangannya. Nam memeluk freen.

Becky masuk ke dalam biliknya, dia mencampak begnya. Becky menangis

"Maafkan aku freen maafkan aku" ucap Becky sebak

Bersambung...
Tq 😊

JUST FRIENDS Where stories live. Discover now