BAB 19 ~KOMA KALI KEDUA~

213 18 0
                                    

Becky mula tertidur apabila sudah puas menangis.

Di taman yang indah terlihat seseorang sedang duduk sambil menikmati udara yang segar.

Seorang perempuan mendekati Becky lalu dia mencium pipi Becky dari belakang manakala tangannya merangkul leher Becky.

"Freen" Becky menoleh ke belakang. Freen melepaskan pelukan itu lalu berdiri di sebelah Becky dengan tubuh badannya yang sangat kurus

"Kenapa kau semakin kurus?" Tanya Becky

"Kau tahu apa yang aku akan bagi jawapan kan?" Becky menggeleng

"Sebab kau becbec, sejak aku kehilangan kau aku tak pernah rasa yang diri aku ini masih bernyawa. Kerana kau lah nyawa aku, kau lah jantung aku. Tidur aku selalu terjaga kerana amat merindukan kau, sejak engkau pergi hati aku hancur, tiada siapa yang mampu untuk menggantinya, aku tahu semua masalah ni berpunca daripada aku. Sebab aku jatuh cinta pada kau walaupun aku yang membuat perjanjian. Hidup aku menderita becbec. Adakah kau nak tambah lagi luka di hati ini? Bebaskan aku daripada cinta yang menyiksa hati aku ni becbec aku merayu" kata freen, Becky hanya diam kerana tiada jawapan dari orang itu freen perlahan² mengundur ke belakang lalu hilang disebalik kabus tebal

"Freen!!! Freen!!! Freen!!!" Panggil Becky

"Freen" Becky tersedar dari tidurnya. Air matanya kembali mengalir

"Aku minta maaf freen" Becky memeluk kedua lututnya lalu menangis

Bunyi sudu dan garfu sedang bergesel memecahkan suasana di meja makan

"Heng tambah lah lagi" kata tuan chankimha sambil menghulurkan nasi goreng kepada Heng

"Terima kasih uncle" ucap Heng, tuan chankimha tersenyum

"Freen makan dulu sayang" suruh puan chankimha risau anaknya langsung tidak mahu makan

Freen menggeleng lalu dia bangun

"Freen dah kenyang" freen meninggalkan yang lain di meja makan itu menambah lagi kerisauan tuan chankimha dan isterinya

Disisi lain Becky juga tidak mempunyai selera kerana masih berfikir dengan mimpi.

Becky tinggal seorang diri di rumahnya, bmine tinggal bersama suaminya.

Becky kau dah bangun ke?~ nam

Ye,ada apa nam?~ Becky

Boleh kita berjumpa~ nam

Okay shared location kejap lagi aku pergi~ becky

Okay~ nam

Di restoran

"Aku nak jumpa kau ni sebab freen, kau tak kasihan kan freen ke Becky kau tahu dia seperti mayat hidup dah aku tengok dia tak makan tak tidur sebab rindu kan kau tahu dia terseksa becky" kata nam setelah Becky melabuhkan punggung

"Tapi kau tahu sendiri kan pasal perjanjian tu"

"Kau lebih mementingkan perjanjian tu daripada kau harus melihat freen menderita, kau pentingkan diri kau sendiri Becky aku tak sangka kau sebenarnya jahat. Kalau kau lebih memilih perjanjian tu daripada freen lebih baik kau jauhkan diri dari freen aku tak sanggup nak tengok kawan aku macam tu" nam bangun dalam keadaan marah lalu meninggalkan Becky

Becky membuka pintu rumahnya dia pergi kearah dapur.

Dia termenung mengingati apa yang nam beritahunya tadi.

Apa yang diberitahu nam tu ada betulnya memang dia mementingkan dirinya sendiri dia juga mencintai freen tapi dalam masa yang sama dia mementingkan perjanjian itu.

Salah ke kalau aku ikut apa yang di janjikan freen dulu?.

Patut ke aku menerima freen?

Becky menelan wine rakus lalu dia masuk ke dalam biliknya.

Dia melemparkan beg diatas katil lalu dia turut menghempas badannya keatas katil.

Sepanjang hari dia akan tidur, dia harus menenangkan fikirannya yang sedang kacau.

'Kau pentingkan diri sendiri Becky!!! Kau jahat kau sakiti hati dia!!! Lebih baik kau luahkan perasaan kau pada dia daripada kau akan menyesal' bisik seseorang di telinganya

Dia tersedar lalu bangun dia bermimpi, orang yang berbisik di telinganya adalah dirinya sendiri namun dia tidak menyedarinya.

Freen mengambil sesuatu di dalam laci meja. Dia membuka tudung botol itu dia mengambil ubat lalu menelannya.

Tidak lama kemudian dia pengsan.

Tok! Tok!

"Freen boleh mama masuk?" Puan chankimha mengetuk pintu tapi kerana tiada balasan dari sang anak dia membuka pintu.

"Freen" puan chankimha mendekati freen yang sedang terbaring di atas lantai.

"Abang!!! Abang!!!" Panggil puan chankimha

"Ya sayang ada apa ya tuhan freen" sahut tuan chankimha panik apabila isterinya tiba² memanggilnya

"Kita bawa dia ke hospital sekarang" tuan chankimha mengangkat freen

Di hospital

"Uncle auntie macam mana keadaan freen?" Tanya nam setelah tiba di hospital.

"Freen masih diperiksa doktor" jawab tuan chankimha

"Semua ni berpunca dari Becky, aku kena jumpa dia" marah nam dia ingin keluar dari hospital tapi belum sempat dia melangkah doktor yang merawat freen sudah pun keluar.

Tuan chankimha, puan chankimha dan nam terkejut dengan apa yang diberitahu doktor

Freen mengambil ubat berlebihan hingga dia koma untuk kali kedua

Puan chankimha terduduk begitu juga nam dan tuan chankimha.

Nam mengelap air matanya lalu meninggalkan tuan chankimha dan isteri yang masih menangis dengan keadaan yang menimpa pada anak perempuannya itu.

"Becky!!! Becky" nam mengetuk pintu rumah Becky

Becky yang mendengar pintu rumahnya diketuk kuat lantas keluar dari biliknya

"Nam, kau kenapa ni jerit² tak malu ke jiran dengar" marah Becky

"Aku nak kau ikut aku sekarang" nam terus menarik tangan Becky secara paksa

"Nam kau nak bawa aku kemana ni?"

"Kau masuk sekarang" jerit nam, Becky hanya akur

Setibanya di hospital nam menarik tangan Becky.

"Kau tengok tu" nam melepaskan tangan Becky.

Becky terkaku

"Apa yang terjadi pada freen" tanya Becky

"Freen koma punca dia makan ubat berlebihan" kata puan chankimha

Mata Becky mula berkaca

"Puas hati kau kan tengok keadaan dia macam tu atau masih tak cukup kau nak dia tambah lagi. Kau masih nak pertahankan ego kau lagi? Kau masih tak boleh percaya yang dia betul² cintakan kau. Dia rela korbankan diri dia untuk kau Becky kau masih nak pertahankan perjanjian tu" kata nam, mata Becky mula mengeluarkan air

"Atau urat belas kasihan kau dah putus hingga susah sangat kau nak turunkan ego kau dan terima dia. Kalau kau tetap dengan ego kau kau akan kehilangan orang yang tulus sayangkan kau, kalau kau tak boleh terima dia lepaskan dia jauhkan diri daripada dia biar dia cari kebahagiaan dia sendiri jangan bagi dia harapan" kata nam

Becky jatuh tersungkur di lantai.

"Maafkan aku nam... Maafkan aku" ucap becky dalam tangisan

"Kalau aku tahu dia akan nekad buat macam ni aku akan halang dia" kata Becky

"Kau dah terlambat Becky, dia dah lakukan dah pun" kata nam

"Aku cintakan dia juga nam, aku sedar aku lebih pentingkan diri aku sendiri, aku tak menyangka dia akan lakukan benda ni... Maafkan aku nam maafkan Becky uncle auntie" kata Becky sambil melutut di kaki papa dan mama freen

Bersambung..
Tq 😊



JUST FRIENDS Where stories live. Discover now