Becky tersedar dari tidurnya. Dia menggeliat kecil lalu dia bangun dan berjalan menuju ke bilik mandi
Freen meletakkan motornya di tempat parking. Freen memandang kearah sebuah kereta mewah berwarna putih berhenti tepat di depannya.
Seorang lelaki berbadan tegap membuka pintu dan terlihatlah kaki yang putih keluar dari kereta itu.
"Terima kasih" ucap Becky sayu
"Cik Becky betul² okay ke muka cik Becky pucat lebih baik cik Becky tak perlu hadir ke kolej" kata lelaki itu kelihatan jelas risau di wajahnya dengan keadaan wajah Becky yang pucat
"Saya okay awak tak payah risau awak pergi jelah" kata Becky dengan suara yang lemah
"Baiklah cik Becky saya minta diri dulu kalau ada apa² call saya" kata lelaki itu walaupun dia risau kan anak muda itu tapi dia tahu Becky seorang yang degil jika dia memaksa mungkin anak itu memberontak jadi dia hanya membiarkan saja. Becky mengangguk lemah tapi dia masih memberi senyuman manis kepada lelaki itu.
Becky melambaikan tangan kepada lelaki itu dan lelaki itu membalas dengan menghon kan kereta
Huks huks Becky batuk
Freen mendekati Becky. Freen menyentuh dahi Becky. Becky sedikit terkejut dengan tindakan freen
"Dahi kau panas kenapa kuatkan diri datang ke kolej" tanya freen dengan tangannya masih melekat di dahi Becky
"Aku okay demam sikit je" kata Becky
Freen hanya mengangguk lalu dia masuk ke dalam kolej diikuti becky di belakang
Saat menuju ke tangga Becky naik anak tangga dengan perlahan kerana dia tidak larat untuk berjalan laju. Walaupun tubuhnya lemah dia tetap gagahkan diri untuk berjalan.
Huks huks huks
Freen memandang Becky yang sedang batuk.
Huks huks huks
Becky meletakkan pen lalu dia menongkat kepalanya menggunakan tangannya dan memandang kearah luar.
Freen bangun lalu menghulurkan air kepada Becky.
"Minum lah air bagi lega sikit batuk tu" freen kembali ke tempatnya. Becky melihat freen dia mengambil air lalu meminum sedikit
"Terima kasih" ucapnya perlahan
Tidak lama kemudian Becky mula tertidur di dalam kelas. Freen hanya membiarkan saja.
"Aishh mentang² lah orang dah tahu dia anak orang kaya suka hati je tidur dalam kelas" kata vivi. Becky tersedar dari tidurnya
"Amboi nyenyaknya kau tidur" kata vivi
"Dia kan tak sihat biarkanlah dia yang kau nak ganggu dia kenapa" tanya nam yang berdiri di depan freen
"Kalau dah tahu tak sihat kenapa datang. saja nak tarik perhatian orang supaya kasihan kan kau" kata perempuan itu. Becky hanya diam
Becky menegakkan badannya.
"Menyusahkan" umpat vivi sambil berjalan ke belakang. Becky menundukkan wajahnya ke bawah.
Becky berjalan sambil memegang pinggang dan gelas dia duduk di sebuah meja yang tiada orang, tidak jauh dari keberadaan freen Heng dan nam
Sejak kejadian itu becky tidak banyak bercakap badannya mula kurus dan sering sakit.
Becky menyuapkan makanan ke dalam mulutnya tapi belum sempat kerana ada seorang perempuan sengaja melanggarnya hingga makanan itu terjatuh di lantai.
Becky memandang geram perempuan itu. Dia mengutip semula makanan yang sudah berselerak di atas lantai
"Kau kan kaya, kau beli lah yang baru berlagak jadi orang miskin" kata vivi
Becky mengutip makanan itu sambil menangis walaupun keadaan dia tak kuat tapi tetap dia memaksa diri.
Dia bangun selepas selesai mengutip makanan itu. Dia menatap wajah perempuan itu
"Memang saya anak kaya tapi tak sepatutnya awak buat macam tu" marahnya tapi dengan nada yang begitu lembut.
"Kenapa awak ganggu saya?" Tanya Becky
"Sebab kau punca dari semua, kau tahu rat tu tunang aku kau masih nak menggedik² dengan dia kenapa? Kau tahu tak rat jarang bercakap dengan aku dan mungkin tu ada kaitan dengan kau" tegas vivi
"Bila masa aku kacau tunang kau, tunang kau yang datang merayu dekat aku, aku pun tak hadaplah dia kalau kau nak dia ambik jelah tapi jangan ganggu aku." Becky mengambil gelas lalu meninggalkan perempuan itu.
Kerana tidak berpuas hati vivi ingin menolak Becky tapi lantas kawannya menghalangnya kerana disitu banyak orang. Vivi hanya menganggukkan.
Becky sedang menaiki tangga tiba-tiba langkahnya mengundur ke belakang sedikit kerana ada orang menarik tangannya kasar dan pasti orang itu tak lain tak bukan vivi.
"Urusan kau dengan aku belum selesai"
"Lepaskan aku lah" Becky cuba melepaskan diri tapi perempuan itu menggenggam tangannya erat
"Vivi lepaskan saya" Becky memaksa vivi agar melepaskan dia. Vivi menarik Becky lalu dia tersenyum jahat. Vivi melepaskan Becky hingga Becky hilang keseimbangan badan lalu terjatuh dari tangga.
"Becky... Becky..." Mata Becky terkebil-kebil lalu dengan perlahan-lahan matanya tertutup.
Becky dikejarkan ke hospital. Selama Becky dirawat di hospital freen yang menemani dia. Keadaan Becky stabil tetapi dia belum menyedarkan diri.
'Becbec... Tolong bangun... Tolong kuat demi aku.... aku rindukan kau, rindu suara kau' ucap freen dalam hati
"Freen kau balik lah dulu Becky biarkan aku yang jaga"
"Aku nak jaga Becky aku nak jadi orang yang pertama tengok dia sedar"
"Tapi kau perlu berehat dah banyak hari kau masuk kolej nanti kau kena buang macam mana" kata Richie
"Aku tak boleh hilang Becky dalam hidup aku Richie aku ingin dia selalu ada dengan aku. Aku tak kisah kalau aku kena buang kolej kerana ingin menjaga dia aku dah berjanji pada diri aku sendiri untuk melindungi dia dari sesiapa yang cuba untuk melukai dia. Kalau waktu boleh diputar balik aku nak gantikan tempat dia sekarang. Aku sakit, sedih melihat dia dalam keadaan macam ni aku tak sanggup Richie" kata freen ikhlas daripada hati dia
"Kau cintakan Becky?" Tanya Richie. Freen terdiam
"Tapi aku dengan dia tak boleh menyatu"
"Kenapa sebab family kau tak terima hubungan sejenis" kata Richie, freen menggeleng
"Aku dah buat perjanjian. dalam perjanjian tu tiada siapa boleh mencintai atau menyukai antara satu sama lain kalau salah satu dari aku dan Becky mempunyai perasaan tu secara automatik hubungan kitorang putus tapi aku tak tahu perjanjian tu memakan diri aku sendiri. Aku mula sukakan dia waktu kitorang berjumpa aku belum sedar lagi perasaan tu tapi lama-kelamaan perasaan aku semakin hari semakin kuat hingga setiap kali aku berjauhan dengan dia membuatkan hati aku semakin tak tenteram, rindu dan rasa cemburu bila dia bersama dengan orang lain"
"Dan... Pasal family kau Becky tipu aku dan disebabkan tulah hubungan kitorang putus. Ya, aku kecewa sebab dia dah langgar perjanjian tu tapi dalam masa yang sama juga aku mempunyai perasaan dekat dia. Kitorang sama² mempunyai rahsia aku...." Freen mula sebak. Richie hanya diam dia tidak tahu bagaimana untuk menenangkan freen
Bersambung...
Tq 😊
YOU ARE READING
JUST FRIENDS
Romancefreen dan Becky merupakan sahabat. freen mempunyai perasaan terhadap Becky tapi Becky tidak pernah menyedari sehingga satu kejadian dimana Becky diculik dan Becky mengetahui perasaan sebenar freen terhadapnya