Kelihatan sepasang anak kembar sedang menunggu orang tersayang untuk mengambil mereka dari sekolah sambil ditemani oleh cikgu mereka sendiri.
Ayleen melihat ke sana sini sambil memakan lolipop blueberry kesukaannya manakala Aydin menatap ke lantai bawah kerana sinaran matahari membuatkan matanya silau.
"Abang, betul ke mommy ambil kita hari ni? dah 30 minit kita tunggu. Mana mommy? Ayleen lapar."
Ayleen mula merengek kecil.
Kakinya hampir kebas kerana berdiri terlalu lama. Aydin memandang adiknya yang setinggi bahunya itu.
"Sekejaplah. Mungkin mommy tertidur. Mommy dah janji nak ambil kita hari ni. Tunggu je sekejap lagi datang lah tu.."
"Erm..."
"Apa kata teacher je yang hantar kamu balik?" cadang Mrs Mina.
"Takpelah..nanti mesti mommy am--"
"Mommy!!"
Ayleen menjerit teruja apabila kereta mewah milik mommy-nya mula kelihatan dari jauh. Mustang GT berwarna merah itu meluncur laju membelah jalan raya dan akhirnya berhenti tepat dihadapan mereka berdua.
Freen turun dari kereta dengan penuh gaya. Dia memandang kedua anak kesayangannya dan selepas itu memberi senyuman tipis dekat Mrs Mina yang sanggup menemani mereka berdua.
Badannya menunduk sedikit "maaf sebab terlambat.."
"Eh takpe." kata Mrs Mina sambil tersengeh-sengeh.
Tiba-tiba salah tingkah apabila ditatap sebegitu rupa oleh seseorang yang cantik. Walaupun dia dah berkahwin dengan seorang lelaki, dia akui yang dia juga cukup berkenan dengan seorang perempuan. Lagi-lagi mommy kepada anak kembar ini.
Orangnya cantik, tinggi , kaya, mempunyai senyuman yang mematikan dan yang paling penting adalah..dia bergelar single mom selama 3 tahun.
Dia bercerai kerana bekas suaminya menganggap dirinya dan anak-anak adalah beban hidup. Di pergi meninggalkan mereka bertiga begitu sahaja demi kepentingan diri sendiri.
Walaupun dah beribu kali Freen cuba untuk memujuk tetapi si dia masih enggan kembali kerana takut hidup dalam serba kekurangan. Nak buat macam mana kan? dah orang tak nak, terpaksa lah tinggal sendiri dan besarkan anak tanpa kasih sayang seorang daddy.
Namun, itu bukanlah sebab utama mereka bercerai.
"Aydin, Ayleen..jom kita balik.." katanya.
Si kembar itu mengangguk semangat lalu menunduk hormat dekat Mrs Mina sebelum masuk ke dalam kereta.
Tiba-tiba..
Pin Pin
Suara hon kereta menghentikan langkah mereka bertiga. Kereta Nissan putih itu berhenti tepat dibelakang kereta Freen lalu turun.
Freen menghembus nafasnya dengan kasar lalu tersenyum sinis. Kedua-dua tangannya masuk kedalam poket seluar sambil menatap bekas suaminya itu.
Seorang lelaki bertubuh tinggi dan tegap itu jalan menghampiri mereka bertiga. Mrs Mina pulak sudah masuk ke dalam terlebih dahulu.
"Hello my kids!" sapanya riang sambil memaparkan senyuman manis.
"Daddy.." balas Aydin dan Ayleen separuh gembira kerana sedikit terkejut dengan kehadiran lelaki handsome itu.
"Jom ikut daddy pergi makan...daddy belanja makan makanan sedap.." ajaknya..
Aydin dan Ayleen memandang sesama sendiri. Agak teruja jugak apabila di ajak sebegitu rupa tapi mereka berdua dah berjanji dengan Freen untuk ke cafe kegemaran mereka dan ke kedai buku.
YOU ARE READING
The Mommy [Freenbecky]
RomanceFreen adalah seorang pemilik syarikat permodelan yang boleh di katakan berpengaruh di negaranya. Dia juga merupakan seorang single mom kepada dua budak kembar tidak seiras. Selepas dirinya diceraikan, dia bangkit menjadi seorang wanita yang kuat dan...