.BECKY POV.
Di sinilah aku sekarang. Berada di kelompok yang begitu asing sekali. Aku tak kenal mereka semua kecuali Freen, Aydin, Ayleen dan Faye.
Yang lain semua adalah KRU yang bertanggungjawab dengan perkejaan di Bali nanti.
Walaupun kami dah bersua muka di bilik meeting beberapa kali, aku masih belum rapat dengan mereka semua kecuali Faye.
Kalau lah gadis maskulin ni tak ajak aku berborak, mungkin aku dah jadi patung bernyawa.
Anak mataku menatap kearah Freen yang sedang melakukan kerjanya. Bila tengok lama-lama, cantik juga dia ni. Dia 2 dalam satu. Cantik dan maskulin. Dia nampak professional sangat bila bekerja.
Cuba kalau di luar kerja, tak habis-habis buat hati aku sakit. Sebelum datang ke sini, dia sempat beramah mesra dengan mommy daddy tahu tak? Pandai juga dia senyum rupanya. Daddy pun bukan main luas lagi senyuman tu.
"Nah tiket dan passport kau.." tiba-tiba dia datang dan menghulur barang milik ku.
"Thanks.." kataku.
"Erm.." hanya itu sahaja dia balas.
Mungkin kouta bercakap dia capai tahap maksimum. Dia mengambil tempat duduk di sebelah anak-anaknya. Sedangkan aku duduk di sebelah Faye.
Dia ingat aku tak tahu ke kalau dia tenung aku dengan tatapan tajam? Dia ingat, dia pakai spec hitam, aku tak boleh tahu?
Sibuk tengok aku kenapa? Masih terkejut sebab aku setuju dengan tawaran dia bagi?
Bukan salah aku. Siapa suruh bagi tawaran yang best? Siapa je yang akan menolak tawaran ke luar negara secara percuma?
Memandangkan aku tengah cuti, apa salahnya aku cuba benda baru? Lagipun boleh lah aku merasa bekerja di luar bidang.
"Tengok apa?" Soalku tanpa mengeluarkan suara.
Aku harap dia dapat bacalah. Mesti dia faham kan?
See? Dia menggeleng. Maksudnya dia faham apa yang cuba sampaikan.
"Stress tak jadi jiran dia?" Soal Faye tiba-tiba.
"Huh?"
"Stress tak jadi jiran dia? Dalam banyak-banyak orang yang aku kenal, dia lah manusia paling cerewet sekali. Semua salah kalau tak kena pada selera dia." Kata Faye lagi.
"Bolehlah. Dia suka sakitkan hati orang."
"Itu aku setuju. Tapi jangan ambil hati. Itu memang sikap dia. Tapi dia baik kan?" Soal Faye lagi.
"Baik? Bolehlah.." jawabku.
"Oh ya, kita sebilik dekat hotel nanti. Kau okey kan? Ke nak sebilik dengan big boss?"
"Tak nak. Saya okey je.."
"Nice. Aku pun tak sanggup sebilik dengan dia."
Siapa je nak sebilik dengan dia? Aku lagi sanggup melayan cerita Ayleen kisah dongeng daripada kena tatap oleh Freen. Tenung orang macam nak makan je.
Seram!
.POV END.
Memandangkan mereka belum memulakan kerja, Becky mengambil kesempatan untuk meluangkan masa di cafe. Walaupun dia bosan sendiri, dia tetap merasakan ketenangan.
Seolah-olah berada di suatu pulau yang tidak berpenghuni. Tiada sesiapa di sini melainkan dirinya dan beberapa pekerja sahaja.
Tenang sangat rasanya.
Sisa airnya diminum sehingga habis lalu dia bangun dan menuju ke persisiran pantai untuk mengambil angin malam pula.
Dia pun mengambil tempat di kerusi lalu duduk sambil memandang ombak yang bergelora.
YOU ARE READING
The Mommy [Freenbecky]
RomanceFreen adalah seorang pemilik syarikat permodelan yang boleh di katakan berpengaruh di negaranya. Dia juga merupakan seorang single mom kepada dua budak kembar tidak seiras. Selepas dirinya diceraikan, dia bangkit menjadi seorang wanita yang kuat dan...