23 - Who's her?

1.2K 167 17
                                    

Becky duduk termenung memandang dinding biliknya yang kosong. Perkara tadi masih lagi bermain cantik di mindanya. Betul ke apa yang berlaku tadi?

Bukan mimpi?

The mommy just kiss her lips twice!

Bukan dalam keadaan yang mabuk tetapi dalam keadaan yang sedar.

Kenapa dia buat?

Kalau betul pun malam itu Becky tidak sengaja menciumnya, perlu ke ulang balik kiss tu?

"Argh!"

Becky menghumban tubuhnya ke katil. Kini pandangnya fokus pada siling bilik pula.

"She kiss me.."

"She kiss me.."

"She take serious about the prize.."

"Did I'm win this game?"

Monolognya sendiri dan tiba-tiba kejadian di hotel singgah di fikirannya. Iaitu kejadian di mana dia berlaku jujur di depan Faye.

Bukan niatnya untuk jujur tetapi Faye tidak henti mendesaknya dan menceritakan kejadian sewaktu dia mabuk pada malam mini party tersebut.

"Kid, awalnya aku anggap kau salah target sebab suka dekat orang paling dingin sekali."

"Tapi bila tengok cara kau dan cara dia, aku rasa kau akan menang dalam game ni. Mungkin kau boleh buat si dingin tu jatuh cinta dekat aku."

"Aku cakap macam ni sebab aku ada bukti yang kukuh. Aku kenal dia dari zaman sekolah lagi. Selepas dia bercerai, dia susah untuk bergaul dengan seseorang. Itu baru bergaul. Bercinta? Jauh sekali untuk dia rasakan benda tu."

"Dia dah hidup menderita sepanjang berkahwin dengan Archen. Dia jatuh sendiri tapi ada aku, family dan anak-anak dia yang support dari belakang. Sekarang dia dah dapat apa yang dia nak. Tapi masih ada yang kurang. Aku tahu dia sunyi tapi dia tak bagitahu orang."

"Sejak kau muncul dalam hidup dia, aku dah nampak sedikit perubahan. Dulu dia tak suka masuk campur dalam urusan orang. Tapi sejak kau muncul, tiba-tiba dia jadi orang yang lain. Aku terkejut bila dia selamatkan kau malam tu dekat club malam."

"Tapi aku lagi terkejut bila dia sendiri yang offer diri untuk hantar kau masuk bilik. Bukan setakat tu je, dia paksa aku tidur dengan anak-anak dia. Alasannya sebab takut aku apa-apakan kau. Padahal aku tahu maksud disebalik kata-kata dia."

"Kalau betul kau suka dia, tolong suka dia secara ikhlas bukan sebab harta dia. Aku tengok anak-anak dia pun suka kau juga. Mungkin harapan kau nak dapatkan dia tu tinggi. Aku boleh nampak yang dia mula terima orang baru dalam hidup dia. Mungkin orang tu adalah kau."

"Kalau kau perlukan bantuan, minta tolong aku. Mungkin aku boleh bantu kau untuk buat Freen suka dekat kau juga."

Becky mengingati setiap bait-bait perkatakaan yang Faye ucapkan dan jantung tiba-tiba berdegup dengan hebat.

"Aku suka dia tanpa sedar. Aku suka dia sebab dia lain dari yang lain. Tapi betul ke perasaan ni? Perasaan ni tak salah kan?" Monolognya sendiri.

Dia kembali duduk menegak dan melihat kearah luar bilik. Dia bangun lalu menyelak sedikit langsirnya untuk melihat jirannya itu.

Lampu masih menyala dan mungkin dia masih terjaga walaupun sudah penat seharian kerja dan melayan kerenahnya dan anak kembarnya.

The Mommy [Freenbecky]Where stories live. Discover now