.BECKY POV.
Aku terbangun secara mengejut apabila melihat Freen yang sedang tidur di katil sebelah. Badannku menegak dan melihat ke segenap ruang untuk memastikan aku tidur di bilik aku sendiri.
Dan ya..
Aku memang tidur dekat bilik aku tapi kenapa dia ada dekat sini? Mana Faye? Selimut aku selak dan lagi sekali aku terkejut.
SIAPA TUKAR BAJU AKU?
Dia tukar ke?
Tak mungkin. Aku yakin aku yang tukar sendiri. Aku cuba berfikir secara positif.
Okey, aku yang tukar.
Aku yang tukar.
AKU YANG TUKAR!
"Kau dah kenapa?" Tiba-tiba suara berat dari katil sebelah bergema.
Aku menatapnya yang separuh sedar.
"Kenapa awak dekat sini? Mana P'Faye?" Soalku.
"Dekat bilik aku."
"Awak tidur sini semalam?" Soalku lagi.
"Kau rasa?" Soalan aku dibalas dengan soalan.
"Awak ke yang ba-"
"Banyak pulak soalan kau budak.."
Kata-kataku dipotong. Dia bangun lalu duduk menghadap kearah aku. Tidak ada suara yang keluar dari mulutku kerana aku sedikit taksub melihat wajahnya. Jujur, dia masih cantik walaupun baru bangun.
"Aku yang hantar kau masuk ke bilik. Kau mabuk berat semalam. Aku dah cakap jangan minum wine. Kau degil. Nak juga minum. Takkan aku nak biarkan kau dengan Faye? Kalau berlaku sesuatu macam mana?"
Dia dah mula berleter di waktu pagi. Sakit kepala aku. Ingatkan jauh dari family, tak kena bebel.
Rupanya??
Sama juga!
Aku menatapnya datar. Sumpah aku malas nak dengar bebelan dia.
"Jadi apa? Itu P'Faye. Kawan baik awak juga. Dia takkan buat apa-apa lah. Orang yang patut di jauhi tu awak."
Kataku terlebih jujur.
"So, kau nak biarkan dia tukar baju kau? Layan kerenah manja kau? Nak biarkan dia buat semua tu?"
Aku terdiam. Apa tadi dia cakap? Dia apa? Baju? Manja? Siapa? Aku? Dia?
Hah?
"Wait.."
Tanganku naik ke udara. Rambut panjangku ditolak kebelakang lalu kembali menatapnya.
"Awak tukar baju saya? Means awak nampak bo--"
"Kemas lah baju kau. Jumpa dekat lobby tengah hari ni."
Potongnya dan langsung bangun. Jacket hitamnya dicapai lalu dipakai. Sebelum pergi dia tatap wajahku seperti ingin menyampaikan sesuatu.
"Bye pencuri.."
Katanya dan terus keluar dari bilik.
Apa?
Pencuri?
Pencuri apa?
"Freen!"
Aku memanggil namanya sedikit kuat sambil melompat turun dari katil semata nak kejar dia.
Apa yang dia maksudkan dengan pencuri?
Aku curi apa semalam?
Aku ada ambil apa-apa barang masa party tu berlangsung ke?
YOU ARE READING
The Mommy [Freenbecky]
RomantiekFreen adalah seorang pemilik syarikat permodelan yang boleh di katakan berpengaruh di negaranya. Dia juga merupakan seorang single mom kepada dua budak kembar tidak seiras. Selepas dirinya diceraikan, dia bangkit menjadi seorang wanita yang kuat dan...