Becky sedikit berlari menuju ke dewan akibat terlambat bangun tadi pagi. Awalnya dia ingin melepaskan majlis pagi ini tetapi apabila mendapat tahu ada idol yang akan berkunjung sekali, terus dia bangun dan membersihkan diri dan sanggup drive kereta selaju yang mungkin.
Pintu dewan dibukanya dengan kadar segera lalu mencari keberadaan Namtan sekarang ni. Langkahnya semakin maju ke depan sehinggalah dia perasan kawan baiknya itu sedang memanggilnya sambil melambaikan tangan. Pantas di bergerak ke arah gadis itu lalu duduk di kerusi yang kosong.
"Kau lambat." Kata Namtan.
"Sorrylah. Aku terlajak tidur semalam. Bergaduh dengan daddy aku."
"Hobi kau memang bergaduh dengan daddy kau je ke?" Soal Namtan hairan. Apa ntah seronoknya bergaduh dengan orang tua.
"Nanon datang rumah aku semalam. Ajak keluar time malam-malam. Kau gila ke? Daddy aku mana bagi keluar larut malam. Si bodoh tu pulak tak pandai bahasa. Aku dah cakap banyak kali lepas balik kerja terus balik rumah bukan pergi rumah aku. Tak pasal-pasal aku bergaduh mulut dengan daddy semalam." Terang Becky panjang lebar.
Ingatkan lepas dia maafkan Nanon, lelaki tu akan berubah dan akan faham akan situasinya. Tapi jadi lain pulak. Makin hari perangai makin pelik. Tak faham betul.
"Woi! Betulkan idol rookie tu datang ke kolej kita?" Soal Becky tukar topik.
"Yes! Tapi bukan itu yang di tunggu-tunggukan." Kata Namtan.
"Habis tu apa?" Soal Becky..
"Itu!" Jari telunjuknya menuding kearah pentas.
Anak mata Becky mengikuti arah jari Namtan dan akhirnya dia terkejut melihat siapa yang dimaksudkan oleh kawan baiknya itu. Tak mungkin wanita itu ada di majlis ni sekali. Majlis ini khas untuk pelajar aliran music bukan aliran permodelan.
"Freen Sarocha?" Sebutnya perlahan.
"Kau kenal?" Soal Namtan separuh terkejut.
Becky mengangguk kecil. Semestinyalah dia kenal dengan single mommy anak dua tu. Jiran yang memberi kek separuh masak dekat dia semalam dan membuatkan dia sakit perut bila makan.
Ya dia Freen Sarocha, seorang CEO dari syarikat permodelan. Umur masih muda tapi sudah mempunyai anak kembar yang comel dan apa yang dia tahu, kadang-kadang anak kembarnya itu menjadi model untuk fesyen kanak-kanak juga.
Nice! Mommy dia boss besar, anak-anak dia model dan bekas huband dia pulak model terkenal sekarang ni. Indah betul kehidupan seorang Freen Sarocha.
"Dia buat apa dekat sini?" Soal Becky.
"Hey, tatacara majlis dah kena tukar. Majlis akan berlangsung sampai ke petang. Pagi ni slot untuk pelajar yang amik aliran permodelan and lakonan. Petang nanti baru kita punya slot." Terang Namtan.
Becky mendengus kecil. Sia-sia drive kereta macam pelumba tapi hasilnya macam ni pula. Lagi bagus kalau dia join petang punya slot je. Kedudukannya diperbetulkan ketika majlis dimulakan dengan kata-kata aluan dari Freen. Dia langsung tak berminat dengan slot pagi ni. Membosankan.
"Kalau dia dah habis cakap, bangunkan aku." Katanya dan mula menutup mata.
"Yang dekat sana.." tiba-tiba suara Freen bergema satu dewan.
Namtan menepuk-nepuk lengan Becky agar bangun dalam keadaan segera apabila Freen turun dari pentas dan menuju kearahnya.
"Bangun bodoh!" Namtan memukulnya kuat sehinggakan dia terbangun..
"Apa?"
"Itu!"
Becky terkejut melihat Freen kini beberapa langkah darinya. Baru dia sedar kedudukan mereka sekarang dekat depan pentas. Semestinya mudah untuk di lihat kan? Tambah lagi dia berniat untuk tidur.
YOU ARE READING
The Mommy [Freenbecky]
RomanceFreen adalah seorang pemilik syarikat permodelan yang boleh di katakan berpengaruh di negaranya. Dia juga merupakan seorang single mom kepada dua budak kembar tidak seiras. Selepas dirinya diceraikan, dia bangkit menjadi seorang wanita yang kuat dan...